SYAMIE tiba ditempat pertemuannya dengan Adam. Senyum langsung terukir dibibir kecil milik Syamie sebaik melihat Adam sedang berdiri, termenung menatap keindahan alam semesta.
" Assalamualaikum Cik Adam " Sapa Syamie, memberi salam. Berdiri disebelah Adam.
" Walaikumsalam Cik Syamie " Adam menjawab salam Syamie seraya tersenyum.
" Kenapa Cik Adam nak jumpa saya? "
Langsung Syamie bertanya, mereka berdiri saling berpandangan. Syamie, Si Lelaki peramah itu tidak lekang dek senyuman. Sedangkan Adam, menatap sayu ke wajah Syamie. Sebenarnya, amat berat hati untuk Adam katakan pada Syamie. Tetapi, dia terpaksa merelakan meski hati masih sayang pada Dania.
" Saya nak berterus terang dengan awak, Syamie "
Agak terkejut juga bagi Syamie bila Adam tidak lagi memanggilnya dengan panggilan Encik. Sebenarnya dari dalam perbualan telefon itu lagi Syamie sudah berasa pelik dengan tutur bicara Adam.
" Awak nak berterus terang tentang apa? " Syamie juga mula hilang formal. Senyum Adam.
" Saya tak tahu nak mulakan dari mana. Saya bingung " Ujar Adam.
" Saya... Saya adalah suami Dania yang hilang "
Syamie tersenyum lebar, terkejut. Adam rasa sangat berdebar ketika itu, berfikir-fikir. Benarkah dengan apa yang baru saja dia ucapkan. Lalu, Adam cuba beranikan dirI kerana ini pilihannya.
" Saya suami Dania, suami dia yang berpura-pura hilang demi keselamatan dia. Suami yang berpura-pura hilang demi cinta terhadap dia. Suami yang hilang peluang kerana nyawa isterinya yang terancam! "
Syamie... Sangat terkejut. Lebih mengejutkan hatinya bila Adam menangis di depan dia. Berombak dada kedua lelaki itu kerana bernafas dengan laju. Ada kemarahan, ada kekesalan dan ada kekecewaan.
Bak kata pepatah, tidak mungkin dua nakhoda di dalam satu pelayaran. Salah satu di antara mereka harus mengalah. Tetapi, adakah kekalahan yang Adam inginkan dari Syamie?.
" Apa yang awak cuba nak sampaikan? Awak nak... "
Akhirnya Syamie bertanya. Memajukan sepatak kehadapan Adam tetapi, cepat Adam memintas ucapan Syamie buatkan langkah kaki lelaki itu terhenti.
" Tolong bahagiakan Dania... Saya akan lindungi dia dengan cara saya sendiri "
Ucap Adam, cepat-cepat berpaling kerana makin banyak air matanya yang mengalir. Syamie sangat terkesima dengan kata-kata itu. Syamie cuba buang perasaan kecewa sementara, dia berganjak dan berdiri dihadapan Adam.
" Tolong jelaskan pada saya! Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa nyawa Dania terancam? Tolong katakan pada saya "
Rayu Syamie, meminta Adam untuk menceritakan padanya. Adam mengesat air mata sendiri, berganjak bersama Syamie menuju ke keretanya. Di dalam kereta, Adam cuba menceritakan serba sedikit yang dia tahu.
" Saya sebenarnya tak berapa pasti, tapi saya cukup kenal macammana sikap uncle saya. Setahun yang lalu, dia datang menemui saya dan membawa saya pergi. Dia mengatakan sesuatu pada saya yang membuat saya terpaksa menurut perintah dia " Cerita Adam.
" Uncle awak kata apa? " Tanya Syamie.
" Dia kata dia tahu siapa Dania. Kalau saya nak Dania selamat ketika itu, saya harus menuruti permintaan dia " Lanjut Adam bercerita.
" Permintaan apa? " Semakin Syamie bertanya kerana ingin mengetahui.
" Dia minta saya untuk berkahwin dengan anak dia, sepupu saya. Sepanjang setahun tu, saya terdengar sesuatu dari opah saya. Dia menyebut tentang nama Darwina, iaitu kekasih uncle saya "
YOU ARE READING
Suami Yang Hilang(COMPLETE)
RomanceDia di ancam agar kandungan itu di gugurkan . Dia enggan lalu melarikan diri dan bersembunyi . 3 tahun hidup bahagia bersama anak perempuannya , keberadaannya berhasil ditemui . Lantas anaknya terpaksa ia buang di suatu tempat . Dia tahu , anak itu...