" Tuan Inspektor., Suspek masih berada di sekitar kawasan dalaman bank tu tuan !!!..Hati-hati., takut - takut suspek menyerang hendap terhadap kita..." Cakap Leftenan Zamri kepada ketuanya sendiri., Inspektor Ilham. Leftenan Zamri mengingatkan orang atasannya bahawa bahaya bila - bila sahaja boleh menjelma. Sediakan payung sebelum hujanlah katakan.
" Ya baik Zam., terima kasih kerna mengingatkan saya. "
Ujar Inspektor Ilham selaku ketua yang sah kepada orang bawahannya., Leftenan Zamri.Sekarang kami sedang berada betul - betul di hadapan pintu gerbang masuk bank negara. Di dalam., hanya berbaki 2 orang suspek sahaja lagi iaitu Yakuza dan orang kepercayaannya., Hayabusa. Kuli - kuli kepada Yakuza yang selaku menjadi ketua mereka., telah menjadi mayat yang kaku tidak bergerak dan berselerak bergelimpangan di atas pasak tanah muka bumi milik Yang Esa.
" Shah, Kau pergi berjalan menghadap ke pintu kanan..kau kepung pintu nun disana. Tujuan dia aku tak nak Yakuza dengan Hayabusa dapat melarikan diri lagi. Kau tahukan kalau diorang terlepas., lesap macam palesit. Cepat., aku akan support kau dari depan. "
Arah aku memberi arahan kepada rakan setugas., merangkap kepada sahabatku yang aku kenali sejak kecil lagi." Baik Am, Okey aku akan gerak ke kanan dengan unit A, kau jaga diri kau baik-baik Am."
Tanpa menunggu balasan kata - kata dari rakan sekerjanya., Inspektor Shah bersama unit skuad A bergerak dengan pergerakan seperti seekor penyu yang merangkak mahu berenang merentasi dasar laut, perlahan bersahaja., asbab.? Mereka hanya takut jikalau perilaku mereka yang perlahan itu disedari oleh Yakuza dan Hayabusa.
Shah part👔
Aku hanya memasang telinga mendengarkan sahaja apa yang diarahkan oleh Inspektor Ilham kepadaku.
Dan kini ku mengerti bahawa Inspektor Ilham mahu aku mengawasi keadaan pintu bank di bahagian kanan supaya Yakuza dan Hayabusa tidak dapat melarikan diri lagi." Baikkk Am, Okeyh..kau jaga diri kau baik-baik Am. " Ujar aku kepada Inspektor Ilham yang juga merupakan sahabat ku dari kecil sehingga sekarang.
Lahir sahaja., mereka menjadi akrab dari tadika., sekolah rendah., sekolah menengah., universiti., kesemuanya sama. Keakraban mereka tiada tandingannya. Boleh dikatakan mereka adalah seperti belangkas yang selalu bersama. Suka dan duka dikongsi bersama dan dilalui sekali.
Aku bergerak ke pintu kanan bank dan terlihat Yakuza bersama orang kepercayaannya., Hayabusa sedang menenung sambil merenung tajam ke arah setiap gerak-geri ku.
Aku segera menggapai walkie-talkie yang terselit di celahan seluar hitamku dan tanpa berlengah., aku menghubungi Inspektor Ilham.1801., 1801., sila beri respons., over.
" 1511., 1511 over., Yaya., ada apa - apa masalah ke.? "
1801., Am.., bahaya..zon merah..suspek dah sedar aku ke pintu kanan, over.
....kedengaran Walkie-talkie berbunyi
" Allahu., masalah kita macam ni..tak apa..kau tunggu aku jerit 1 sampai 3., kau terus tembak pintu bank tu. Okeyh.? Dan aku dengan unit skuad B & C akan serang hendap dari hadapan.. Jelas.? "
" Okeyh jelas. 1511 off. "
Angin sepoi - sepoi bahasa datang menghinggap ke lengan sasa milik Inspektor Shah yang sedang menunggu arahan tembakan daripada ketua operasi mereka., Inspektor Ilham.
YOU ARE READING
Abang Polis You Are Mine ( Slow Upadate. )
ActionSyed Muhammad Ilham Iqbal Bin Syed Ismail - Seorang anggota polis berpangkatkan gelaran Inspektor yang bekerja di sebuah balai polis sekitar kawasan Kuala Lumpur. Berumur 24 tahun dan masih membujang. Takdir telah menentukan., satu insiden secara ti...