Usai menghantar Tengku Hanisa pulang ke kediaman rumah agam mewahnya, seorang lelaki muda yang memandu kereta Audi hitam berjenama segera menanggalkan kot hitam yang dipakainya berserta tali leher miliknya lalu dilemparkan kearah tempat duduk penumpang di belakang. Beliau kemudian memandu keluar dari persimpangan istana gah milik keluarga Dato Zaid Azman sambil dirinya diperhatikan oleh seorang pengawal keselematan di mana mukanya seperti ala-ala orang jepun dan mempunyai bentuk tubuh badan yang berketul-ketul dan sado itu tanpa sebarang secalit senyuman di bibirnya. Lelaki muda itu hanya membiarkannya sahaja.
Hilang pemandangan kereta Audi milik lelaki muda itu di hadapan matanya, pengawal keselamatan yang berkulit sawo matang itu hanya berbicara sendirian di dalam gelap yang menghiasi dirinya
" i won't to let you go, Ilham Iqbal. "
Kata pengawal itu berbaur nada kegeraman ditambah bara api kemarahannya.Lelaki muda yang memandu kereta Audi hitam berjenama itu hanya meneruskan sahaja fokus pemanduannya di jalan raya tanpa memikirkan sikap pelik perangai pengawal keselamatan yang berada di dalam lingkungan 20-an yang memerhatikannya seperti mahu dibaham hidup-hidup.
Kereta Audi itu memaparkan jelas di dashboard nya tertera waktu 24 jam dan nama kepada sang pemilik kereta berjenama tersebut. 23:59 dan nama pemiliknya ialah Syed Muhammad Ilham Iqbal Bin Syed Ismail. Hanya 1 minit sahaja lagi mahu masuk hari hujung minggu iaitu hari yang amat dinantikan oleh para pekerja sepertinya untuk beristirehat di hujung minggu.
Ting.! Ting.! Ting.!
Bergema ruangan kereta tersebut dibingitkan dengan loceng jam yang memberitahu kepada tuan empunyanya dimana waktu sudah berganjak tepat pada pukul 12 tengah malam. 00:00 a.m.
Fokus pemanduan Ilham Iqbal a.k.a Inspektor Am langsung tidak terganggu walau sekelumit sekali pun. Lebuh raya kosong. Inspektor Ilham hanya ditemani oleh lagu dihujung corong radio kereta miliknya. Haa tepok. Nyanyian MeerFly feat. Kidd Santhe dan Mk_clique. Nyanyian popular trend zaman kini yang sering disiulkan oleh para remaja dan kanak-kanak zaman sekarang. Setiap lirik bait lagu rap tersebut hanya diikuti dan diangguk-angkkan sahaja oleh Inspektor Ilham.
Anak mata coklat miliknya mengerling sekilas jam di dashboard nya. 00:07 a.m. Sempat lagikah dia untuk menuju ke kediamannya di tengah kota bandaraya Kuala Lumpur.?
Idea menjelma secara tiba-tiba di benak pemikirannya. Shah Iskandar. Ya. Inspektor Shah. Rumahnya hanya 800 m sahaja lagi dari lebuh raya lama ini.
Inspektor Ilham hanya berkira-kira mahu sahaja dia pergi ke rumah sahabat karibnya Inspektor Shah di Taman Kota Raya Merak, Kuala Lumpur.
Tanpa berlengah., pedal minyak ditekan sekuat hatinya meredah lebuh raya lama yang diterangi dan disuluhi lampu jalan bewarna merah keorenan itu. Dengan kelajuan 250 km/j kereta berjenama milik lelaki muda itu telah meninggalkan lebuh raya lama beberapa saat yang lalu dan secara tiba-tiba kesemua lampu jalan di bahu jalan raya kesemuanya telah terpadam secara sendiri bahkan seperti seseorang telah memadamkannya. Gelap gempita serta dihiasi suara kuat mengilai seorang wanita. Kini., lebuh raya lama yang baru sahaja digunakan oleh Inspektor Am sebentar tadi telah menjadi seram sejuk apabila munculnya seorang lelaki tua di bahu jalan berhampiran pondok bas yang usang didalam keadaan berbungkus kain putih sambil perlahan melompat entah menuju arah dimana dan kemana. Lompatan lelaki tua berbungkus itu hanya ditemani suara hilaian seorang wanita yang datangnya entah dari mana. Berbungkus. Pocong!!.
********
Vrooommm ! Vroooommmm !
Deruman ngauman enjin besar kereta berjenama milik Inspektor Ilham membingitkan seluruh perkarangan kediaman Taman Kota Raya Merak di sini.
YOU ARE READING
Abang Polis You Are Mine ( Slow Upadate. )
AçãoSyed Muhammad Ilham Iqbal Bin Syed Ismail - Seorang anggota polis berpangkatkan gelaran Inspektor yang bekerja di sebuah balai polis sekitar kawasan Kuala Lumpur. Berumur 24 tahun dan masih membujang. Takdir telah menentukan., satu insiden secara ti...