Vroooommmm bushhhhhhh !!!!!
Geseran tayar berhenti mengejut pabila pemandu van buruk bewarna putih memberhentikan kenderaannya bersebelahan sebuah bangunan hospital dalam keadaan mengejut.
Segera dicapai sejambak bunga ros dan dibawa turun dari kenderaannya menuju ke pintu utama keluar masuk hospital.
Beliau menoleh ke seluruh posisi dan sudut hospital tersebut dan tidak mengetahui bilik sebenar yang menempatkan seorang pesakit yang bernama Syed Muhammad Ilham Iqbal Bin Syed Ismail.
" Ermmm Nurse, boleh tumpang tanya, kat mana bilik Encik Syed
Muhammad Ilham Iqbal Bin Syed Ismail.? Saya bapa saudaranya.." Tanya ' Bapa saudara ' Ilham Iqbal kepada pekerja hospital dikaunter pertanyaan." Kejap ya encik...., ok encik., bilik Encik Ilham Iqbal ada didalam wad 18 katil 1 bilik 2003.
Disana encik boleh bertemu dengan Encik Syed Muhammad Ilham Iqbal Bin Syed Ismail. " Terang si pekerja itu menerangkan dimana wad yang menempatkan Inspektor Ilham." Ok baik terima kasih ya "
" Sama-sama "
' Bapa Saudara ' Inspektor Am terus beredar dari kaunter pertanyaan dan berjalan menuju ke bilik 2003.
Tiba di wad 18, ' Bapa Saudara ' Inspektor Ilham terkejut apabila mendapati bukan dia seorang sahaja yang datang melawat Encik Ilham Iqbal bahkan terdapat dua orang insan berada di hadapan matanya kini.Seorang lelaki muda yang memakai seluar track suit berserta baju berlengan panjang berwarna biru gelap manakala dibelakangnya pula berdiri seorang gadis berkaca mata bulat ayu yang hanya mengenakan baju kurung keemasan berserta tudung ala-ala kampung yang bewarna kehitaman.
" Awak siapa orang ni awak, mencurigakan je...? " soal gadis berkaca mata bulat kepada lelaki dihadapannya.
" Kejap, saya pun tak tahu ni, kejap awak tunggu sini Hanisa. Saya pergi bertanya dahulu.. " jawab lelaki muda itu yang menggelar gadis itu sebagai Hanisa yang kini merupakan kenalan rapatnya sekarang.
" Encik, siapa encik ya.? Ada apa datang kemari.? " soal lelaki muda itu yang merupakan Inspektor Shah. Pertanyaan itu ditanya dengan sekadar berbasa-basi dengan harapan orang dihadapannya itu akan memberikan kerjasama terhadapnya.
" Aku bapa saudara Ilham Iqbal..kenapa.? Kau ada masalah dengan aku.? "
" Ermmmm, Bapa Saudara ya.? Tapikan encik, Bapa Saudara kawan saya tu dah meninggal lama dah masa kami dua orang masing-masing berumur 9 tahun.." kata Inspektor Shah yang sudah mulai curiga akan lelaki dihadapannya itu.
Dia berkata begitu kerana Inspektor Shah tahu bahawa Inspektor Ilham menjadi yatim piatu dikala umurnya masih mentah. Inspektor Ilham kini sudah tidak punya sesiapa lagi di dunia ini dan hanya bergantung kepada Inspektor Shah serta keluarganya sahaja. Inilah asbab mengapa Inspektor Ilham dianggap seperti abangnya sendiri.
" Eh, kau sibuk apa., hal aku, lantak aku la aku nak jumpa anak buah aku tak ada kaitan langsung dengan kau lah bodoh.. "
" Hermmm, saya tak akan benarkan sesiapa pun melawat Ilham buat masa sekarang.. "
Inspektor Shah segera kebelakang beberapa langkah mendekati Tengku Hanisa Irdina dengan penuh was-was.
" Awak, saya rasa baik awak masuk kedalam sekarang, sebabnya saya rasa akan ada sesuatu perkara buruk yang akan berlaku antara saya dengan lelaki didepan ni. " ujar Inspektor Shah separa bisik yang mula merisaukan keadaan Tengku Hanisa pada waktu ini.
" Tapi Doktor Hannah tak benar...... "
" Tak apa, awak masuk sahaja dan kalau boleh halang pintu ni dari dibuka dan jangan benarkan sesiapa yang ada didalam wad ni keluar..Katakan kepada Doktor Hannah yang bahaya bakal menjelma kalau awak dan Doktor Hannah degil. "
YOU ARE READING
Abang Polis You Are Mine ( Slow Upadate. )
AcciónSyed Muhammad Ilham Iqbal Bin Syed Ismail - Seorang anggota polis berpangkatkan gelaran Inspektor yang bekerja di sebuah balai polis sekitar kawasan Kuala Lumpur. Berumur 24 tahun dan masih membujang. Takdir telah menentukan., satu insiden secara ti...