2 hari berlalu,
" Inspektor Syed Muhammad Ilham Iqbal Bin Syed Ismail awak dibenarkan keluar hari ini, sebab kecederaan awak semuanya sudah pulih seperti sediakala. " Jelas Doktor Hannah kepada Inspektor Am.
" Yesssss Wuhuuuuuuuuuuuuu " Sorak Inspektor Am. Keseronokkan.
" Terima kasih doktor sebab pantau saya semasa saya terlantar atas katil pesakit ni. "
" Haha, tak apa, dah memang tanggungjawab saya sebagai seorang doktor. Awak tunggu di bilik recharge, nanti Inspektor Shah dan kawan awak sorang lagi Cik Hanisa tak silap saya, diorang akan bawa awak pulang ya. " Jelas Doktor Hannah.
" Baik doktor. "
Usai itu, Inspektor Ilham terus bangun daripada pembaringannya lalu mengemaskan segala barang keperluannya supaya tidak tertinggal disitu manakala Doktor Hannah beredar meninggalkan Inspektor Ilham sendirian untuk pergi mengisi surat tentang maklumat pelepasan pesakit pada hari itu.
Selesai mengemas, Inspektor Ilham mengangkat bagasinya menuju ke pintu keluar masuk yang pernah menempatkannya suatu masa ketika dahulu.
" Aishh, asal la beg aku ni berat sangat. Shah kau isi batu ke mayat ke baju aku dalam ni. Aduhai " Rungut Inspektor Ilham sendirian.
********
Bilik Recharge Hospital Besar Kuala Lumpur.
Inspektor Ilham terus-terusan menunggu ketibaan Inspektor Shah untuk mengambilnya dari hospital yang membosankan dan hatinya pula berdebar-debar dup dap dup dap dup dap manakala jantungnya pula berdetak laju tatkala Inspektor Ilham mengetahui bahawa Tengku Hanisa akan turut menemani Inspektor Shah mengambilnya pulang bersama.
" Inspektor Ilham. " Sergah Doktor Hannah. Mengejut.
" Aiyayayayaya saya " latah Inspektor Ilham. Terkejut.
" Hihi, maaf. Tuan inspektor nanti minta sesiapa datang jumpa saya untuk ambil segala dokumen pesakit tentang diri awak ya. Saya ada saja dalam bilik. "
" Baik doktor. "
" Okey terima kasih. "
Inspektor Ilham menghantar pemergian Doktor Hannah hanya dengan lirikkan matanya sahaja.
Tanpa disedarinya, Tengku Hanisa pula menyergahnya dari arah belakang membuatkan Inspektor Am sedikit terkejut dan terjerit kecil.
" Baaaaaaaaaaaaaa !!! " sergah Tengku Hanisa.
" Aaauuuuuuuuuuu " spontan Inspektor Am terjerit kecil sehingga mengeluarkan suara perempuannya.
" hahahahahaha, comel lah awak. "
" Ish suka sakat kan. Kalau meninggal terus macam mana.? "
" Alololololololololo jangan la macam tu abang inspektor. Maaf ye "
" Maaf diterima. Nasib sayang. Hai.. "
" Ha macam ni kan bagus. Senyumm je. "
" Ye, awak datang dengan siapa ni.? Mana Shah.? " Tanya Inspektor Ilham sambil mencari kelibat sahabatnya yang tidak kelihatan sejak tadi.
" Ouhh Abang Shah eh.? Dia pergi jumpa Doktor Hannah. Tadi kita orang terdengar perbualan awak dengan Doktor Hannah. So, laju je dia wakilkan diri dia nak pergi jumpa Doktor Hannah tu. " Jelas Tengku Hanisa panjang lebar.
YOU ARE READING
Abang Polis You Are Mine ( Slow Upadate. )
ActionSyed Muhammad Ilham Iqbal Bin Syed Ismail - Seorang anggota polis berpangkatkan gelaran Inspektor yang bekerja di sebuah balai polis sekitar kawasan Kuala Lumpur. Berumur 24 tahun dan masih membujang. Takdir telah menentukan., satu insiden secara ti...