Tengku Hanisa kini berjalan bersebelahan Inspektor Ilham sambil matanya khusyuk melihat cermin poketnya manakala tangannya pula ligat memperbetulkan tudung bawal ungu yang dipakainya kini.
" Eh awak ni Nisa, awak perbetulkan tudung awak ke, huduh ke, tudung awak tak lawa sekali pun, Awak tetap jelita di mata saya. " seloroh Inspektor Ilham menyakat Tengku Hanisa.
" Ish, awak ni kan. Main-main. "
" Main-main apa pula awak ni. Jomlah duduk dulu. Kesian saya tengok awak ni macam badut sarkas pula. "
" ILHAM IQBAL !!!! "
" Ehehehahahahahahaha...gurau sahajalah awak ni. "
Inspektor Ilham memimpin Tengku Hanisa yang merajuk dengannya agar duduk bertentangngan dengannya supaya mudah dia hendak berbicara bersama Tengku Hanisa.
" Waiter. " Panggil Inspektor Ilham.
" Ya Tuan. " Sapa si pelayan merupakan pekerja kedai makanan segera di Giant Mall itu.
" Erm, Beri saya mocha coffee latte satu. Awak Nisa.? "
" Saya ikut je. "
" Haishhh, Bagi kat kami Milk Manggo Coffee satu dan mocha coffee latte satu. " Pesan Inspektor Ilham kepada pelayan lelaki yang berbaju T-polo rasmi pakaian kedai segera mereka.
" Ok Encik. Pesanan encik akan kami hantarkan dengan segera. Terima kasih. " Ucap si pelayan.
" Baik. Sama-sama. "
Usai menghantar pemergian pelayan lelaki itu dengan lirikkan matanya, anak mata coklat milik Inspektor Ilham segera berpaling semula menghadap wajah masam mencuka Tengku Hanisa yang masih merajuk dengannya akibat gurauan nakalnya sebentar tadi.
" Nisa. "
" Hermmm. " Balas Tengku Hanisa dengan nada acuh tidak acuh.
" Merajuk ke.? "
................ ( sunyi. )
" Ok. Saya jujur ok. Awak cantik. Awak comel. Muka awak tak macam badut pun ha. Macam anak puteri diraja Malaysia. " Pujuk Inspektor Ilham dengan lunak suara manjanya agar Tengku Hanisa Irdina cair dengan segala pujian yang dia telah luahkan.
" Eeeeiii awak ni sengajakan. Nasib saya sayang awak. Ermmm.. Betul ke apa yang saya dengar tadi tu.? " Soal Tengku Hanisa sengaja menduga.
" Ye betul sayaaa tak tipu. " Balas Inspektor Hanisa sambil mengangkat sebelah tangannya bagi membuktikan bahawa dia jujur.
" Erm okey. Sayang awak. "
" Ye. Ha'ah. Cakap pasal......... "
" Tuan. Puan. Pesanan dah tiba. Sempoi bak hang. Ayaq ni tuan puan minum pasti meleleh dan tuan puan mesti datang lagi ke kedai kami hat yang power ni. Tudia dia punya sempoii bak hang tak leh bawak bincang. " Celah satu suara lelaki lantang memotong percakapan Inspektor Ilham sambil mempromosikan air hidangan yang dipesan oleh Inspektor Ilham dan Tengku Hanisa.
" Hahaha..yayaya..Thanks yah. " Ucap Inspektor Ilham. Geram kerna percakapannya dipotong begitu sahajaa.
" Most Welcome Tuan and Puan. Silakan menjamu minuman anda. "
Usai melangsaikan sepatah dua kata, suara milik sang lelaki itu beredar meninggalkan Inspektor Ilham dan Tengku Hanisa berduaan menikmati air hidangan yang dipesan mereka.
" Hah awak nak cakap apa tadi.? " Ujar Tengku Hanisa tidak sabar.
" Kita minum dulu awak. Sedap air ni. " Bidas Inspektor Ilham yang sedang menyedut air minumannya sehingga ke titisan akhir air minuman miliknya. Gelojoh. Lupa segala kegeraman yang melanda dia sebentar tadi.
YOU ARE READING
Abang Polis You Are Mine ( Slow Upadate. )
AksiyonSyed Muhammad Ilham Iqbal Bin Syed Ismail - Seorang anggota polis berpangkatkan gelaran Inspektor yang bekerja di sebuah balai polis sekitar kawasan Kuala Lumpur. Berumur 24 tahun dan masih membujang. Takdir telah menentukan., satu insiden secara ti...