" Pengetua, Jungkook, Jimin dan Taehyung melakukan perbuatan buli terhadap saya dan Eunsang. Pengetua perlu kenakan tindakan yang tegas terhadap mereka bert__ "" saya tahu " kata pengetua. Aku tersenyum apabila mengetahui denda yang akan dikenakan kepada Taehyung, Jungkook dan Jimin.
" tetapi saya tidak boleh mendenda mereka bertiga. Jimin adalah anak kesayangan saya. Jadi boleh tak awak hantarkan surat jemputan prom itu " kata-kata daripada pengetua Park itu membuatkan aku ternganga.
Aku. Tak. Percaya. Semua. Ini.
Aku melihat wajah Eunsang. Dia menggelengkan kepalanya.
" tolong ya Mingyu. Untuk kebaikan awak dan anak saya. " pujuk pengetua Park.
Aku mengeluh dan menganggukkan kepala. Nampaknya aku terpaksa juga pergi ke Seoul Girl Highschool.
•
•
•Sebaik sahaja aku dan Eunsang keluar daripada bilik pengetua, Eunsang terus menarik tangan aku agar pergi ke belakang sekolah.
Kami mengambil tempat duduk di tepi longkang. " kenapa kau tarik aku ke sini? " tanya aku sebaik sahaja kami berdua duduk.
Tangan Eunsang aku lihat mencabut rumput-rumput yang berada di sekitarnya.
Dia kemudian memandang muka aku. " jimin tu anak kesayangan pengetua Park. Jadi apa sahaja yang dia mahu, pengetua akan beri. Termasuklah jika dia melanggar peraturan sekolah " terang Eunsang.
Hmm. Boleh tahan manja juga anak si pengetua Park tu. Ingatkan gangster sangat.
" jadi, kenapa aku kena hantar Surat jemputan ke prom tu? Tak boleh ke orang lain yang hantarkan "
" tak. Sebab pelajar perempuan di sana dah bosan dengan muka kitaorang. Dan pada waktu yang sama, kau pelajar baru di sekolah ini "
Eunsang menerangkan pada aku.Dia tiba-tiba menghulurkan tangannya. " oh, ya. Kita belum berkenalan lagi. Nama aku Lee Eunsang. Just call me Eunsang "
"Minkyu. Kim Minkyu"
Aku menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan dengan pelajar yang bernama Lee Eunsang. Dia kemudian mengukirkan senyuman.
Harap-harap kami boleh menjadi rakan karib.
------
Tbc
Sorry for the late update.
YOU ARE READING
[C] Terlalu Tampan | pdx101.Mingyu
FanfictionAku rimas dengan muka kacak ini. Rimas dengan gadis-gadis yang mengejar aku. Ini bukan kisah cinta yang biasa. Ini adalah kisah cinta seorang jejaka yang terlalu tampan. (っ'-')╮=͟͟͞͞💌 ▪Kim Mingyu ▪Short story ▪Pictures credit to their owners Was ...