Dalam keadaan cuaca yang hujan renyai-renyai, aku berjalan perlahan ke rumah asalku.Aku masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan mama, papa dan juga Seokjin.
Tangga untuk ke tingkat atas aku daki dan masuk ke dalam bilikku.
Aku merebahkan badan aku di atas katil. Aku letakkan lengan di atas dahi dan menutup mata.
“ mingyu— ” panggil mama. Dia mengetuk pintu bilikku sebelum masuk.
Mama mengambil tempat di atas katil. Dia mengusap badanku untuk Cuba menenangkan diriku.
“ maafkan mama dan papa sebab ambil kesempatan terhadap Mingyu. ” kata mama. Aku bangun dari pembaringanku dan memeluk mama.
“ tak. Mama dan papa tak salah. Kalau mama dan papa tak berbuat sedemikian, Mingyu mungkin tidak dapat merasa perasaan mempunyai seorang kawan ” kata aku lagi.
Mama mengusap kepala aku. “ tapi sekarang. Mingyu dah khianti persahabatan kami. Semua Salah Gyu ” adu aku. Aku mengalirkan air mata di dalam pelukan mata.
Dan pada malam ini, tumpas juga seorang lelaki bernama Kim Mingyu dengan air mata. Bukan disebabkan oleh wanita tetapi disebabkan oleh persahabatannya.
•
•
•Setelah kejadian tempoh hari, Eunsang menjauhkan dirinya daripada aku.
Apabila aku mahu mendekati dirinya, dia menjauhi diriku.
Apabila kami terserempak, dia seperti berpura-pura tidak mengenaliku.
Dan
Apabila aku cuba berbual dengannya, dia akan sengaja mahu melarikan dirinya daripada diriku.
Adakah begini hidup tiada kawan?
Keseorangan.
Tiada teman mahu berbual.
Sungguh bosan-----
Tbc
YOU ARE READING
[C] Terlalu Tampan | pdx101.Mingyu
FanfictionAku rimas dengan muka kacak ini. Rimas dengan gadis-gadis yang mengejar aku. Ini bukan kisah cinta yang biasa. Ini adalah kisah cinta seorang jejaka yang terlalu tampan. (っ'-')╮=͟͟͞͞💌 ▪Kim Mingyu ▪Short story ▪Pictures credit to their owners Was ...