mingyu's povPagi-pagi lagi Eunsang sudah buat aku naik angin. Manakan tidak, dia mengejutkan aku dari tidur semata-mata mahu pergi bermain futsal.
" Gyu, bangunlah. Jom kita main futsal " ajaknya lagi. Tetapi aku membiarkan ajakannya tanpa sahutan.
Aku menutup telinga aku dengan bantal.
" Kau ni muka je kacak, tapi tak mengamalkan gaya hidup yang sihat " sindir Eunsang. Aku terus bangun dari pembaringan aku dan merenung mukanya.
Geram apabila dikutuk oleh rakan sendiri. " jom, futsal "
Aku mengeluh. Nampaknya, aku perlu juga menerima ajakannya.
Eunsang melihat muka aku dengan pandangan yang berharap agar aku mengikut dirinya bermain futsal.
" yelah, yelah "
•
•
•
•
•
Eunsang menyepak bola kepada aku namun sempat dirampas oleh pemain musuh.
Aku menghembus nafas. Bersusah payah, aku mengejar bola. Dia boleh pula main rampas sahaja bola aku tu.
" Mingyu! " jerit salah seorang rakan pasukanku dari arah belakang. Aku melihat ke belakang dan dia memberi hantaran bola kepada aku.
Aku segera menyepak bola tersebut ke arah pintu gol.
" GOL! "
•
•
•
•
•
" hebatlah kau, Mingyu. Aku ingat kau tak suka bersukan " puji Eunsang. Aku tersengih, gembira apabila dipuji.
" Aku suka je sukan, tapi aku tak suka berpeluh " kata aku. Eunsang memandang aku pelik.
" kenapa? "
" sebab, bila peluh aku merecik ke muka orang lain, muka dia akan menjadi kacak. Macam kejadian tadi " cerita aku.
Ya, memang betul. Selepas sahaja permainan tadi tamat. Wajah dua orang daripada pasukan lawan bertukar menjadi kacak. Dan sekarang, gadis-gadis yang menonton perlawanan tadi sedang bersama dengan mereka berdua.
" kenapa kau tak cakap awal-awal yang peluh kau boleh tukarkan wajah orang agar menjadi lebih kacak? Aku pun nak juga kalau begitu" kata Eunsang. Aku menggelengkan kepala aku.
" wajah tu akan bertahan selama 1 hingga ke 2 jam je. Kau nak ke kalau perempuan kata muka kau ni palsu? Lagipun muka kau dah kacak bagi aku" kata aku. Mukanya nampak kecewa apabila aku berkata sedemikian.
Aku menepuk bahunya. Dan dia memandang aku.
" kau dan aku sama-sama kacak. Jangan risaulah "
------
Tbc
•Maaf bosan.
YOU ARE READING
[C] Terlalu Tampan | pdx101.Mingyu
FanfictionAku rimas dengan muka kacak ini. Rimas dengan gadis-gadis yang mengejar aku. Ini bukan kisah cinta yang biasa. Ini adalah kisah cinta seorang jejaka yang terlalu tampan. (っ'-')╮=͟͟͞͞💌 ▪Kim Mingyu ▪Short story ▪Pictures credit to their owners Was ...