₡ҤλPŦEr 01

526 49 10
                                    

"Hey, adik. Nak aku kenalkan gadis pada kau tak?" Tanya abangku Kim Seokjin. Aku merenung mukanya.

"Boleh juga"

Dia tersenyum apabila aku kelihatan berminat dengan topik tersebut.

"Kau nak gadis yang macam mana?" Aku diam seketika. Seokjin sabar menanti jawapan daripada aku

"Gadis itu mestilah comel, baik dan paling penting sekali tak suka aku"

Senyuman Seokjin tadi terus mati. Aku segera bangun dari duduk dan bergerak ke bilik tidurku.


"Itulah yang terjadi" Cerita Seokjin kepada Tuan Kim dan Puan Kim. Mereka berdua mengeluh.

"Papa pun kena macam itu juga"



"Mingyu seronok bukan dapat bersenam dengan papa. Main bola keranjang bersama-sama" Kata Tuan Kim. Dia mengelap peluh yang sedang menitik.

Aku merenung muka papa.
Dia tahu yang aku tidak gemarkan sukan.
Tetapi mengapa dia tiba-tiba bercakap tentang keseronokan bersukan.

"Tak seronok langsung papa."

Tuan Kim merenung muka aku. Tidak menyangka langsung bahawa kata-kata ini yang diucapkan oleh anaknya.

"Main catur lagi seronok daripada bermain benda ini" Kata aku. Seusai itu, aku terus masuk ke dalam rumah.



Seokjin dan Puan Kim ketawa apabila mendengar perkara yang diceritakan oleh Tuan Kim.

Tuan Kim berdehem. Cuba untuk menarik perhatian anak dan isterinya.

"Kita tak boleh biarkan Mingyu berperangai seperti itu. Kita mesti ubah perangai dia" Kata Tuan Kim. Satu persatu wajah dilihat.

"We have do something to change him"

"I have an idea!" Tuan dan Puan Kim melihat Seokjin. Seokjin tersenyum sinis.


---------
Tbc

Comment here!

[C] Terlalu Tampan | pdx101.MingyuWhere stories live. Discover now