DENDAM BERPUTIK

529 15 1
                                    

Dalam perjalanan menuju ke tempat yang dijanjikan untuk bertemu Sue, Mirul hanya duduk keseorang termenung di dalam bas Rapid yang bergerak perlahan gara-gara jalan yang kian sesak dengan pelbagai jenis kenderaan berpusu-pusu memenuhi jalan. Seperti biasa, ini adalah masa kemuncak bagi mereka yang bekerja untuk pulang ke rumah. Sedang termenung, tiba-tiba muka Mirul mula berkerut seakan-akan risau. Di dalam fikirannya, dia hanya balik kerana ingin berjumpa dengan ayahnya yang sedang tenat, dan tidak ingin berjumpa dengan abang-abangnya dan juga ibunya. Kisah silam mula kembali di dalam fikiran MIrul yang hanya termenung di kerusinya sambil menunggu bas bergerak.


                                                                **********

"Comel laa aku tengok Wana ni, kenang aku orang kulit hitam manis ni. Doh la tinggi , pipi besor pulok, sedap ni wak hinggap bibir." Ujar Wan Tempang.

"Lior mata ayam ni. Tapi gitu ah, Wana dok minat ke mu Wan, ye minat ke Sharul Ustak. Awek ni kolo tengok hok pakai pioh sikit terangkat selalu bea, banding dengan mu hok baca doa makan pun gagap macam kena stroke. Cari ore lain je la bea." Manu membalas.

"Natang, mu dok kenal lagi aku sapo! Ni Wan.. ore soleh dari Bukit Depu! Galok-galok jugok tapi agamo kawe jago bea. Zohor kekgi pakat gi sura belako, dengor suaro merdu kawe bang macea tok bilal sejid Terapung."

"Bising natang eh. Aku nok bace ning. Gi main jauh ar." Mirul menyampuk sambil membelek-belek buku teks Matematik Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Mirul, Wan dan Manu pada ketika itu berada di perpustakaan pada pukul 12.00 tengah hari. Cikgu Rogayah tidak mampu untuk hadir ke sekolah atas alasan cuti sakit dan tiada guru ganti yang ada untuk menggantikannya di kelas 5 Efektif. Mirul mengambil masa lapang ini untuk mengulangi pelajaran di bilik perpustakaan usang sekolah tersebut bersama-sama Wan dan Manu. Namun, mereka hanya di sana untuk melihat pelajar-pelajar perempuan yang ada sahaja dan tidak minat untuk turut serta Mirul mengulang kaji. Bagi mereka, usaha Mirul adalah sia-sia dan tidak akan membawanya jauh.

Di pintu masuk perpustakaan, kelihatan seorang pelajar hitam, gempal, pendek, berbaju biru pengawas dan berseluar hitam yang disarung tinggi sehingga mencapai paras pusat baru sahaja masuk dan sedang berjalan dengan lenggang lenggok menuju ke sebuah meja di hadapan kaunter pertanyaan.

"Tu bukan Adek or?" Tanya Mirul kepada Manu di sebelahnya.

"Ye ar, bakpe?"

"Ayam tu 'top student' op? Kelas depan skali op?"

"Ye ar, tapi 'top student' skoloh ni pandai setare mane ngatt, lebih kurang budok kelas belakang sekoloh Sultan Sulaiman je bohh."

"Dok kisoh ar. Aku nok tnya pasal Matematik jap, pening pale aku main huruf (x,y kuasa 2) bodo ni." Jawab Mirul seraya mengambil buku serta notanya untuk bertemu dengan Adek.

Wan dan Manu hanya melihat Mirul bergerak meninggalkan meja mereka seakan-akan tidak percaya Mirul berubah menjadi seorang gigih belajar.

"Mapuh gi arr. weh tengok ni Wan, Facebook awek skoloh Khairunisah. Parokkk."

"Fuhhh jahat 'body' tu. Dale skoloh tudung labuh kuor skoloh rambut perang bea. Lagu ni hok kito nok nii!"

"Hmm..hmmm..Eh Wan meh kuor gi tandas jap."

"Natang ni...tengok seksi siket basoh doh ke?"

"Isak rokok bodo."

"Haaa jom-jom."

Wan dan MIrul terus bergerak keluar perpustakaan menghala ke tandas di hujung blok tersebut tanpa diperasan oleh MIrul. Pada masa yang sama, Adek yang sedang meletakkan beg sekolahnya di kerusi sebelahnya di datangi oleh Mirul.

Dendam Budak Baik (18 PG)Where stories live. Discover now