BOHONG

166 5 0
                                    

Suasana  sejuk pagi menyelubungi bilik sewa Mirul yang sunyi dan gelap yang berada di tingkat lima pangsapurinya. Angin pagi bertiup perlahan memasuki tingkap biliknya yang terbuka luas menyebabkan tirai yang digantung melayang lembut.  Jam menunjukkan pukul 6.00 pagi, Mirul terbangun dari tidurnya yang lena dan masih berbaju kerja. Dia terus mengangkat badannya dan duduk di hujung katilnya, menghadap jendela yang terbuka ditemani pemandangan langit gelap yang diterangi lampu jalan yang bertebaran di sekeliling bandar. Hatinya tenang, seakan-akan lega dengan perjumpaan bersama Mr. Dinh semalam. Tangannya menyeluk poket kanan seluar kerjanya untuk mengeluarkan rokok dan pemetik api, lalu dibakarnya sebatang rokok.

Di dalam fikirannya, apa yang terjadi semalam bagaikan mimpi. Mirul masih tidak percaya bahawa ayahnya yang kelihatan miskin itu sebenarnya seorang yang kaya dan berjaya semasa zaman mudanya. Tetapi apa yang lebih membuatkan dia lega adalah kesemua duit ayahnya itu berada di dalam genggamannya, dan bukan keluarganya. Walaupun dia tahu keluarganya di Terengganu ada hak ke atas harta pusaka ayahnya, namun dia tidak akan sewenang-wenangnya menyerahkan aset tersebut kepada mereka. Baginya, keluarganya tidak layak untuk mewarisi harta ayahnya tersebut. 

Fikirannya yang tenang memikirkan harta pusaka ayahnya tiba-tiba berubah menjadi gelisah, Mirul baru teringat bahawa dia telah memungkiri janji dengan wanita kesayangannya. Tergesa-gesa dia menghembus asap rokoknya itu dan terus bergegas bangun membuka baju seluarnya lalu meluru ke bilik air untuk bersiap-siap. Ada penjelasan yang perlu dibuatnya kelak tentang apa yang berlaku semalam.


                                                                         **********


"Mira! I gerak pergi kelas dulu!" Sue melaung sambil memakai kasut jenis Mary Janes-nya berwarna hitam.

"Okay take care babe!" Balas Mira dari bilik mandi.

Sue terus mencapai pemegang pintu rumahnya lalu ditariknya sehingga terbuka luas, belum sempat kakinya mengambil langkah keluar rumah badannya terus terhenti serta-merta. Di hadapannya, terdapat Mirul yang sedang berdiri sambil hisap rokok.

"Eh baby...buat apa kat depan rumah I?" Tanya Sue yang bingung.

"I tunggu you la. Kita keluar jom." Jawab Mirul dengan senyuman manis.

Sue perlahan-lahan menutup pintu rumahnya sebelum berjalan ke arah Mirul. Matanya memandang tajam seakan-akan marah tentang kejadian semalam. 

"You...you tahu kan I ada kelas sekarang...semalam you tiba-tiba hilang, I text, call, semua you tak balas. You pergi mana?" Soal Sue dengan geram.

Mirul terdiam seketika melihat reaksi Sue berubah garang. "Semalam I penat, I minta maaf sangat. I tertidur lepas sampai rumah. That's why I datang rumah you harini, nak keluar and cerita dekat you pasal semalam tu la." Ujarnya dengan tenang sambil membuang rokoknya.

"I ada kelas pukul 8.00." Mira membalas dengan tegas.

"Emm...Boleh you skip kelas pagi ni?"  

"Tak nak." Balasnya lagi.

"Kita makan Kyochon jom." Pujuk Mirul. Dia tahu Sue amat suka makanan Korea.

Sue hanya diam sambil memandang mata Mirul. Perasaan geramnya terhadap Mirul masih kuat, tapi cepat reda apabila melihat Mirul berusaha memujuknya, terutamanya bila diajak makan makanan kegemarannya.

"Lepas tu kita makan FourFin"

"Ha yelah..jom jom. I lapar juga ni." Sue terus menyampuk lalu berjalan meninggalkan Mirul. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 20, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dendam Budak Baik (18 PG)Where stories live. Discover now