PULANG

289 9 10
                                    

Di sekitar pusat membeli belah SACC Mall di Shah Alam, bunyi deruman enjin pelbagai kenderaan bergema di sekeliling membuatkan suasana hidup di hari yang semakin menggelap menjemput malam untuk tiba. Di sebuah kerusi panjang bahagian luar pusat membeli belah itu, Mirul sedang duduk keseorangan dengan kaki bersilang dan kepalanya menoleh dari kiri dan kanan berkali-kali seperti mencari sesuatu sambil memegang telefon bimbitnya. Di ruang kecil sebelah kirinya terdapat dua cawan plastik air kopi Starbucks yang dibeli untuk dirinya dan Sue, manakala di atas lantai di tengah-tengah kakinya, sebuah beg besar yang dibawanya untuk pulang ke Terengganu diletakkan disitu supaya lebih selesa menunggu.

Hari semakin gelap, cahaya matahari mulai terbenam dan Mirul sudah terduduk di tempat yang sama hampir setengah jam. Tidak lama kemudian, bunyi tapak kasut dapat didengari daripada arah belakang dan semakin lama semakin menghampiri Mirul. Menyedari kehadiran seseorang di belakangnya, Mirul bertoleh kepalanya ke belakang untuk melihat siapa yang menhampirinya, dan sebagaimana yang dijangkakannya, berdiri disitu ialah Sue yang berbaju kemeja putih mengenakan seluar bewarna krim, memegang beg dengan kedua-dua belah tangannya kedepan. Pakaian yang ala kadar tetapi kelihatan anggun dan cantik dengan Sue, walaupun raut wajahnya kelihatan bimbang dengan pertemuan ini.

Wajah Mirul yang sebentar tadi bosan menunggu pantas berubah dengan memberikan senyuman kepada Sue, membuatkannya tersenyum juga. Tanpa berlengah, Mirul menepuk sebanyak dua kali sebelah kanan kerusi itu memberikan isyarat kepada Sue untuk datang dan duduk di sebelahnya.

Sue yang sudah biasa dengan isyarat itu terus berjalan ke kerusi itu dan duduk di sebelah Mirul tanpa memandangnya. Walaupun gembira dapat bertemu, namun hatinya tetap sakit dengan perbuatan Mirul yang mengabaikannya selama beberapa minggu. Lantas Sue mengangkat tangan kirinya dengan laju dan menjemput lengan kanan Mirul dengan cubitan yang kuat, berkali-kali cubitan itu menghinggap ke lengan Mirul seperti melepaskan perasaan marah yang dipendamnya kebelakangan ini. Sebaik sahaja Sue puas mencubit, Sue memandang ke arah Mirul dengan riak muka yang marah. Mirul hanya tertunduk kebawah dengan mulutnya sedikit muncung ke kiri.

"Cubit ar lagi..lama tak kena." Ungkap Mirul memecahkan sunyi diantara mereka.

"You ingat I main-main ke..sampai hati you buat I macam ni.." Balas Sue bernada sederhana.

"Thats why I suruh you cubit lagi, I tau you marah. And I tau I silap buat you macam ni. So, cubit la puas-puas, takpe I faham."

"Tak nak la..I tak nak you pulak tenat japgi.." Ujar Sue seraya memeluk lengan kiri MIrul yang dicubitnya sebentar tadi dengan kepalanya tersandar di bahu.

"Orang rindu dia tau tak? Jangan buat macam ni lagi dekat I boleh? Layan I macam I ni bukan siapa-siapa..sedih la macam ni you." Tambah Sue mengeluh.

"Ya, faham. I dah tak buat dah okay? Janji-janji. I minta maaf sebab tiba-tiba jadi macam ni, I jadi serabut and rasa nak blah je dari sini cepat-cepat balik kampung. Tapi tak boleh sebab banyak benda nak kena buat.."

"So I ni salah satu yang buatkan you serabut la?"

"No, and Yes. No sebab I sayang you, Yes sebab bila kita mesej dan berjumpa memang akan buatkan I lagi serabut sebab otak I fikir pasal bapak I and I tak boleh nak fokus dekat you. Bila tak boleh fokus dekat you, you pun 'of course' akan marah dan merajuk. And for sure you akan merajuk lebih teruk daripada sekarang ni I rasa."

Wajah Sue terus berubah murung, lengan Mirul yang dipeluknya juga dilepaskan. Sue kemudian melihat tajam ke mata Mirul tanpa berkelip.

"Am I such a burden to you? Apa ingat I ni tak boleh bawak bincang ke? Sayang, I bukan tunggul kayu, I girlfriend you. Kalau ada apa-apa masalah kita cerita sama-sama, jangan pendam sorang and buat assumption yang entah apa-apa. Family matter ke, apa ke, if anything, I am here to help you. Cara you cakap tadi macam nak bagitahu I ni useless sangat bagi you. Seriously I sedih la.."

Dendam Budak Baik (18 PG)Where stories live. Discover now