MELAYAN

399 8 2
                                    

"Susah betul nak keluar dengan you ni." Ungkap Mira terduduk senyum di sebuah meja di restoran masakan Melayu dengan senyuman terukir di bibirnya yang digincu merah jambu melihat Mirul. 

"Tak la...I busy la Mira. Banyak benda nak kena buat sekarang. Belajar lagi, kerja lagi.." Balas Mirul memandang ke bawah seakan-akan malas melayan Mira.

"Bagus la you ni. Rajin and tak bergantung langsung dekat family. Mana la nak cari laki macam ni sekarang?" Ujar Mira seraya menongkatkan tangan kirinya ke pipi.

"Ramai je I rasa laki macam tu..." Balas Mirul.

"Siapa je? I tak jumpa lagi so far." Soal Mira.

"Syuk? Jali?" Jawab Mirul mengangkat kedua-dua keningnya.

"Jali? Eh mengarut la you ni. Syuk tu nampak la juga, but Jali? Tak kott." Balas Mira tergelak kecil.

"You dengan family you tinggal area Shah Alam ke?" Soal Mirul.

"Tak la. Family I duduk Petaling Jaya, tapi firm bapak I dah lama dah operate dekat sini. Thats why I menyewa dekat sini, jauh la nak ulang alik PJ dengan Shah Alam setiap hari. Penat.." Terang Mira sambil mengangkat tangan kanannya untuk membetulkan rambutnya.

"Pastu you menyewa dengan siapa je sekarang? Senah tu housemate you ke?" Tanya Mirul yang ingin tahu.

"Ada la..mana boleh bagitahu. You dengan Sue macam mana sekarang?" Mira tiba-tiba bertanya.

"Okay je dengan Sue. So far so good. Malam ni I nak keluar dengan dia tengok movie. You pulak?  You dengan Am okay?" Soal Mirul cuba untuk mengelak dari ditanya lagi mengenai Sue.

"You hidup zaman bila ni? I dah lama lah break dengan dia, dah berapa bulan dah. Kalau tak, tak ada I nak masuk group assignment you haritu." Mira mengeluh. Wajahnya tiba-tiba berubah menjadi sedikit muram.

"Sorry you... I... tak tahu you guys dah broke up. I tak follow sangat cerita dekat fakulti kita..." Mirul berkata dengan nada yang perlahan. 

"Tak apa you... I faham je you busy, you kan baru kehilangan your dad... Thats why I terus suruh my dad ambil you kerja bila dapat tau you apply. I cuba la tolong you anyway I can." Jawab Mira yang bersimpati dengan keadaan yang menimpa Mirul.

"Thanks Mira. Jujur I cakap, I owe you big time. Kalau I tak dapat kerja dekat firm bapak you ni, I tak tau la apa jadi dekat I sekarang ni...mungkin dah stop belajar kot." Kata Mirul tersenyum tepat ke mata Mira. 


Mirul yang selama ini menyangka Mira seorang yang tidak serius, tidak  prihatin serta seorang yang hanya minat untuk berfoya-foya dan bersuka ria, rupa-rupanya seorang yang baik dan amat mengambil berat tentang perihal kawan-kawan. Pandangannya terhadap rakan sekelasnya itu terus berubah menjadi positif, membuatkan Mirul kini semakin selesa berbicara dengan Mira.

"No problem Mirul...anything..for you." Balas Mira tersenyum kembali. Matanya memandang tepat ke arah Mirul. Hatinya berasa sedikit hangat dan kencang apabila melihat Mirul membalas senyumannya.


Sedang mereka berdua bersembang, pelayan-pelayan restoran juga datang dan pergi menghidangkan makanan serta minuman yang dipesan mereka sebelum ini. Suasana di meja itu berubah menjadi sedikit ceria dengan Mirul yang sebelum ini seperti tidak ingin melayan kerenah Mira, secara perlahan-lahan mula menerima Mira.

"Makanan dah sampai ni. Sila-sila." Pelawa Mirul.

"Banyak juga portion nasi I order ni...kalau I tak habis, you habiskan eh?" Pesan Mira.

Dendam Budak Baik (18 PG)Where stories live. Discover now