UiTM

1.6K 31 0
                                    

Ringggg! Ringggg! Ringgggg!

Bunyi loceng telefon bimbit berdering dengan kuat sehingga membuatkan Mirul terkejut daripada tidur yang lena di atas katil bujangnya dengan selimut tebal menutupi sebahagian badannya. Dia bangun dan hanya duduk termenung di bucu katilnya, cuba mengigati kembali mimpi yang dialaminya semasa zaman persekolahannya dahulu. Loceng di telefon bimbitnya yang masih berbunyi membuatkannya tersedar daripada termenung lama. Mirul terus mencapai telefon bimbitnya dan menutup loceng yang ditetapkan untuk mengejutnya pada pukul 7.00 pagi, namun, terpapar di skrin telefonnya jam pukul 8.15 pagi. Dari luar rumahnya, bunyi guruh bergema kedengangan. Mirul kemudiannya menyelak langsir di sebelah kiri katilnya dan mendapati hujan sedang turun dengan lebat.

"Shit...lambat gi kelah.." Katanya kepada diri sendiri.


Mirul terus bangun dari katilnya lalu mengambil barang-barang mandi yang diletakkan di dalam bakul kecil berwarna hijau muda dan berjalan dengan perlahan menuju ke tandas untuk bersiap ke kelas.

Di bilik mandi, Mirul hanya tertunduk sambil menyandarkan tangannya ke dinding dengan dilimpahi air yang keluar dari paip yang membasahi dirinya. Termenung jauh, terkenangkan kawan-kawannya yang berada nun jauh di Terengganu sementara dirinya di UiTM Shah Alam. Menyedari sudah lama di tandas, Mirul terus bergegas mandi dan bersiap-siap untuk ke kelas.

Empat tahun sudah berlalu selepas Mirul menghabiskan zaman persekolahannya. Berbekalkan 6A, Mirul telah berjaya mendapat tawaran untuk masuk pra-universiti di UiTM Shah Alam di dalam bidang undang-udang dan kini di Tahun ke-3 semester ke 2. Satu bidang yang amat janggal baginya kerana tidak pernah terlintas di dalam fikirannya untuk mengambil jurusan ini sepanjang hidupnya. Namun selepas menerima nasihat daripada ayahnya, Mirul akur dan mengikut nasihat tersebut. Kini, Mirul sudah pun berjaya menghabiskan pra-universiti tersebut cemerlang dan berjaya mendapat tawaran dari universiti yang sama untuk menyambung Sarjana Muda Undang-Undang.

Dari rumah sewanya, Mirul menaiki kereta Proton Iswara lama yang dibelinya untuk ke kampusnya. Sebaik sahaja Mirul sampai di parking kereta, dia terus berlari meredahi hujan yang kian surut menuju ke bangunan Fakulti Undang-Undang yang terletak di seberang jalan lalu terus menuju ke kelas. Mirul yang sudah terlambat selama satu jam lebih dengan selamba Mirul masuk dan mengambil tempat duduk di bahagian belakang kelas. Kelas pada ketika itu dikendalikan oleh seorang pensyarah wanita bernama Prof. Aina Kamaruzzaman yang mengajar kelas Perlembagaan. Namun, Prof. Aina hanya melihat sahaja gelagat Mirul tersebut dan terus menyambung kelasnya.

Berada di sebelah Mirul ialah Jali, yang tergelak melihat Mirul duduk dalam keadaan basah di tempatnya.

"Boh kenapa mu lambat pagi ni bohh?" Soal Jali kepada Mirul.

"Hujan doh..malas sial nak bangun tadi.." 

"Hok aloh nate beruk ni malas sokmo. Kelas lepas ni 'cancel' doh, kita lepak ar jom." 

"Siyes ar..bereh je bohh."

Di sebelah kanan Jali pula terdapat seorang budak 'nerd' bernama Syuk yang sedang gigih menulis nota semasa Prof. Aina sedang memberikan syarahannya. Melihatnya yang sedang gigih menulis Jali terus tepuk meja Syuk secara tiba-tiba membuatkan Syuk terkejut.

"Oi Melanau, jangan la gigih sangat..nanti dorang 'upload' slide jugak dalam server." Ujar Jali kepada Syuk.

"Diam ah, slide dorang upload tak selengkap nota aku." Balas Syuk.

"Perghh power sial nota kauu..confirm A+ la sem ni hanatt." Jali menjawab semula dengan nada main-main.

"Hmphhh..come on la ini Syuk kot. Sejak bila aku tak pernah dapat A hanatt."

Dendam Budak Baik (18 PG)Where stories live. Discover now