14

63.8K 2.8K 202
                                    

                      Matahari sudah terpacak di atas langit, naura membasuh pinggan yang bertimbun di sinki.

"eh? Naura. Tak payahlah basuh. Biar mummy je yang buat."

Nurin menolak naura ke tepi, mengambil alih tugas membasuh pinggan.

"apa pulak macam tu, puan. Takpa, biar saya je yang basuhkan."

"ish, mana boleh macam tu. Kamu kan menantu mummy. Janganlah panggil puan, tak sedaplah dengar. Tak lama lagi kan naura nak jadi menantu mummy." ujar naura.

Naura hanya tersenyum kelat. Semalam punya hal, aku setuju je lah. Kalau aku tolak, siapa nak jaga aku?

"mummy tak sangka aryan bawa balik kamu semalam. Ingatkan dia main-main nak bagi mummy menantu. Kamu dah berapa lama kenal aryan?"

"lama jugaklah. Saya kenal dia sejak kerja dekat kilang."

"kilang? Kilang yang terbakar tu?"

"haah."

"patutlah si aryan ni tolak calon yang mummy pilihkan. Rupa-rupanya dia dah ada bidadari sendiri. Cantik pulak tu!" puji nurin.

"takdalah, saya biasa-biasa je." balas naura, malu.

Bagi aryan mungkin aku ni bidadari. Tapi bagi aku, si aryan tu jin! Omel naura

"Mummy!! Mana stokin aryan!!" jerit aryan daripada bilik.

Nurin mengeluh kecil. Dah besar panjang pun nak ibu carikan stokin. Mengada!

"ish, si aryan ni. Naura boleh tolong carikan stokin aryan tak? Mummy simpan dalam laci dekat sebelah pasu bunga dekat bilik aryan."

"bo.. Boleh. Saya pergi cari kerjab ye."

Naura pun melangkah pergi daripada situ. Dia terus naik anak tangga, menuju ke bilik aryan.

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik di ketuk, naura menolak sedikit pintu bilik aryan melihat aryan yang sedang membetulkan tali lehernya.

"awak pergi kerja ke?" tegur naura.

Aryan menoleh memandang naura.

"haah. Kenapa?"

"saya kerja ke cuti?" soal naura. Aryan melangkah ke arahnya.

Tangan naura di tarik, namun naura sudah menepis awal-awal. Dia menoleh ke arah kiri dan kanan. Karang, keluarga dia nampak, mampus aku!

"kita belum kawin. Awak tak payah nak sentuh saya, saya rimas." degus naura.

Aku terima lamaran dia tak bermaksud aku maafkan dia.

"alaa.. Takkan nak manja sikit pun tak boleh? Kalau kau nak tahu, aku ni manja tau. Kalau kau marah macam ni, aku boleh nangis."

"kesah pulak saya? Saya tanya awak ni, saya kerja ke tak hari ni?"

"tak. Aku tak nak kau kerja lagi. Nanti kakak kau cari kau pulak." ujar aryan.

Naura mengerut kening.

"apa salahnya diaorang cari saya?"

"tak boleh. Aku tak nak kau jumpa diaorang lagi. Sebab, diaorang dah halau kau. Takkan kau nak terima diaorang?"

"tapi diaorang keluarga saya.."

"dan aku tak suka diaorang. Macam mana kalau diaorang cari kau sebab nak satukan kau dengan faris? No, aku tak nak benda tu jadi." degus aryan.

Naura mengeluh kecil.

"mana mungkin diaorang nak satukan saya lagi, diaorang dah benci gila dekat saya."

"tapi aku tetap tak nak kau kerja lagi. Faham? Manalah tahu, faris cari kau ke? Dia kan selalu datang office."

"kalau dia cari saya maknanya dia masih sayang saya lagi." ujar naura perlahan.

Aryan mengecilkan matanya, walaupun perlahan sebutan naura tadi tapi jelas aryan menangkapnya.

"kau cakap apa tadi?"

"takda apa, saya nak cari stokin awak kejab."

Naura melangkah masuk ke dalam bilik aryan, aryan menarik semula tangan naura mengundur ke belakang. Masih tak puas hati dengan jawapan naura tadi.

"kau suka faris ke?"

"ya Allah, awak ni kenapa? Saya nak cari stokinlah. Nanti lambat karang susah."

"aku tanya kau,  kau sayang faris ke?! Tak payah sibuk pasal stokin aku!" bentak aryan.

Naura tersentak. Pergh! Bahaya betul ni. Jeles tak bertempat. Memang sesuai kalau aku gelar dia Pericolo. Iaitu bahaya dalam bahasa itali.

"ya..yang nak marah tak tentu pasal ni kenapa? Mummy dengar nanti macam mana?"

"biarlah dia dengar! Ni rumah aku, aku boleh marah! Aku boleh jerit sesuka hati."

"tak! Sekarang ni saya datang bilik awak sebab nak cari stokin awak bukannya nak gaduh pasal faris."

"tapi kau sebut pasal faris tadi! Kau kata kau sayang dia! Kan?! Cakaplah!"

Tubuh naura di goncangkan, memaksa naura untuk bercakap jujur. Eh, mamat ni, nasib baik kau bakal suami aku. Kalau tidak, aku belasah jugak kau ni.

"saya tak sayang dia lah! Awak ni kenapa? Ish, susahlah dapat orang macam awak ni. Redha je lah!"

Naura menepis tangan aryan, dia terus melangkah masuk ke dalam bilik aryan dan menuju ke arah laci.

Aryan memeluk tubuhnya. Naura mengambil stokin, lalu dia kembali ke arah aryan.

"nah."

"tolong pakaikan."

"eeii.. Dah besar panjang, pakailah sendiri!"

Naura mencampakkan stokin itu ke arah aryan, dia belum suami aku lagi jadi bolehlah kurang ajar Sikit-sikit. Hehe.

Naura menjeling lalu beredar daripada situ.

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEWhere stories live. Discover now