83

45.4K 2K 90
                                    

                           Nek pah menyiram pokok bunga yang di tanam di tepi masjid. Seorang wanita bercermin mata hitam, kepala di lilit dengan selendang begitu sahaja, dan berseluar jeans.

Dia melangkah berdiri di belakang nek pah dengan senyuman jahat.

"Assalamualaikum nek pah."

"waalaikumsa.."

Suk!

Satu tusukan terus di tikam pada perut nek pah semasa nek pah memusing memandang wanita itu.

"Mampus kau orang tua! Berani kau oecah rahsia aku ya. Sekarang baik kau mati!"

Bisiknya. Suara itu, nek pah sangat mengenalinya. Pisau itu di biarkan melekat pada perut nek pah, nek pah jatuh tersungkur ke tanah menahan betapa perit dan pedihnya luka itu.

"a.. Along.. "

"sekarang baru kau mati. Belum cucu kesayangan kau lagi. Heh, lepas aku dapat harta tu, memang Cukup-cukup aku kerjakan naura tu biar dia mampus macam kau!" sinisnya.

Perut nek pah di tendangnya kuat, darah mengalir keluar lebih banyak. Melur yang baru tiba di hadapan masjid terkaku sejenak melihat kejadian itu.

"nek pah!!"

Melur terus berlari ke arah nek pah, along tersenyum sinis. Tanpa melengahkan masa, dia terus berlari pergi daripada kawasan itu.

"nek pah, bangun nek pah! Ya Allah.."

"Me.. Melur.. Hos.. Hospital.. "

"baik nek pah. Melur pergi minta bantuan kejab ya! Nek pah bertahan ya."

Melur melangkah masuk ke dalam masjid ingin meminta bantuan, nek pah masih cuba untuk mencari nafas yang semakin lama semakin sukar dia mencarinya.


                   
                                 "Argh!"
Naura terjerit kecil, jari terlunjuk tangan kirinya berdarah terkena bucu pisau semasa memotong sayur.

"naura, kak naura okay ke tu?" tegur daniella.

Naura mengangguk kepala, dia menghisap darah yang mengalir keluar. Daniella menarik kerusi, lalu melabuh punggung di hadapan naura.

"macam mana boleh luka tu? Ini mesti kak naura rindukan abang yan kan?"tekanya.

Eh? Tiba-tiba pula kaitkan dengan aryan dah kenapa? Apa kena mengena luka ini dengan aryan yang berada di malaysia?

"takda maknanya, kak naura termamai tadi. Sampai tak sedar terpotong jari sendiri."

"Seriously? Hahaha. I know you miss aryan at malaysian. I can feel you, naura." camella mencelah.

Naura tersengih memandang seorang wanita tua yang bongkok, berambut putih yang memegang tongkak kayu. Itulah camella.

"no, im never miss aryan. Maybe, he's happy right now with melur." balas ku.

Entah mengapa, saat bercerita tentang aryan hati aku terasa bagai di hiris pisau yang tajam.

Camella ketawa. Naura mengerut kening.

"but i think aryan miss you. Aryan is your husband naura, and there's no way he'll forget you." ujar camella.

Naura terus terdiam. Dia hanya mampu senyum.


             
                               Semua baju sudah siap di kemaskan. Aryan meletakkan beg bagasinya di dalam kereta. Cemito sudah tidak sabar ingin bertolak ke itali.

"aku ikut kau ni sebab terpaksa tau? Kau janji dengan aku, lepas aje kita melawat camella. Kita balik ek."

"okay,bro.kalau itu yang kau cakap. Aku ni bukannya apa, takutlah kalau kau ternampak bidadari tiba-tiba tak nak balik pulak." sinsir cemito.

"heh, aku takkan pandang perempuan lain selain naura. Tiada benda yang boleh buatkan aku bahagia selain dia. Ingat tu."

"hmm.. Apa-apa aje lah. Tapi, kalau kau nak stay dekat sana. Siap kau!"

Aryan menjeling, memang tak lah dia ingin menetap di sana. Kalau ada naura, mahu lah juga.

Aryan terus masuk ke dalam perut kereta, cemito memandang keluarga aryan yang tercegat di hadapannya.

"semoga berjaya." ucap carina.

Cemito membuat isyarat okay dan mengenyitkan sebelah matanya, lalu masuk ke dalam kereta.

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEWhere stories live. Discover now