58

46.4K 2.1K 77
                                    

                      Melur melangkah masuk ke dalam kawasan masjid, dia melihat nek pah yang sedang menyapu sampah.

"assalamualaikum, nek pah."

"waalaikumsalam. Ha, melur kamu pergi mana? Sejak dua tiga menjak ni asyik keluar aje? Kamu kerja ke?" tegur nek pah.

"takdalah nek pah, melur keluar dengan faris tadi. Lepastu, melur dengar cerita aryan dah kena tangkap semalam. Lega sikit melur bila dia dah masuk lokap." ujar melur.

Dia melabuh punggung di atas tangga, nek pah terdiam apabila bercerita tentang aryan. Penyapu di letakkan di tepi, nek pah duduk disebelahnya.

"kamu keluar dengan faris?"

"iyelah,kenapa? Alaa..nek pah tak payah risaulah. Faris tu baiklah, kalau takda faris tu melur tak tahu siapa yang rogol melur tau?"

"kejab. Maknanya, kamu buat report tentang aryan rogol kamu disebabkan faris yang Cerita? Kamu percaya dia?"

"of courselah percaya nek pah. Benda macam ni bukan boleh di buat main. Lagipun, melur tengok aryan tu macam misteri tau. Takkan nek pah nak biarkan naura hidup dengan jantan macam tu?"

"melur. Faris tu dah lama berdendam dengan naura. Tak mustahil kalau dia nak fitnah aryan yang bukan-bukan. Lagipun.."

"nek pah ni suka sangat anggap buruk dekat faris! Kesian dia tau. Semua orang ingat dia jahat, tapi sebenarnya aryan tu yang durjana! Manusia bertopengkan setan, nek pah." sinisnya.

Nek pah tergamam. Apa yang faris hasuk melur sampai termakan semua kata-katanya?

"sudahlah nek pah, melur nak bersihkan diri kejab sebab faris tengah tunggu melur ni. So? Nanti kita borak lagi ye nek pah."

Melur bingkas bangun lalu melangkah masuk ke dalam masjid. Tadi kata keluar dengan faris,takkan nak keluar lagi sekali?

"kamu nak buat apa jumpa dia, melur? Tadi masih belum cukup ke kamu jumpa dia?" soal nek pah.

"tadi tu just keluar makan aje, sekarang nak pergi lepak pula." balasnya.


                              Aryan dan cemito sama-sama melangkah keluar daripada balai polis. Mujur ada cemito, penyelesaian masalah.

"thankyou, bro. Aku tak tahu nak balas jasa kau macam mana, nasib baiklah kau jumpa semua bukti tu."

"takkan aku nak biarkan kau terperap dalam lokap? Agak-agaklah. Aku kesian dekat naura tau, siapa nak jaga dia kalau kau takda nanti?"

Aryan mengangguk kepala, cemito betul-betul memahami aryan. Langkah mereka terhenti apabila berada di kereta.

"kenapa?" soal cemito.

"Kau cakap pasal naura, dia dah balik rumah ke?"

"tak tahulah pulak, tapi tadi dia ada tanya aku pasal melur. Aku bagi tahu aje lah melur ada dekat masjid, tapi tak pastilah dia pergi masjid or terus balik." jawabnya.

"macam ni lah senang cerita, kau hantar aku balik kejab sebab aku nak ambil kereta lepastu kita pergi masjid?" cadang aryan.

Cemito mengangguk setuju sahaja, mereka terus masuk ke dalam kereta lalu di pandu pergi daripada situ.


                               Faria bersandar di pagar masjid, menunggu ke datangan melur. Tak sampai beberapa minit, melur berjalan menuju ke arah faris dengan memakai baju kurung merah.

"wau, cantiknya. Kau nak ikut aku pergi lepak ke pergi mana ni?"

"Haha. Ada-ada aje lah kau ni faris. Aku pakai biasa aje lah. Jom, kita pergi."

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEWhere stories live. Discover now