24

60.6K 2.5K 443
                                    

Majlis diteruskan sekelip mata, ramai jugak orang yang datang. Ada yang daripada itali pun ada tau! Maybe saudara aryan.

"finally, i can hug you!"

Aryan memeluk naura, merah pipi aku. Dah lah ramai orang dekat sini. Hanya mampu senyum saja.

"aw.. Awak.. Ramai orang ni."

"im your husband. So? Kalau aku nak peluk kau macam mana sekalipun diaorang faham." ujarnya.

"Aryan!"

Satu suara menyapanya daripada belakang, aryan melepaskan pelukannya. Serentak menoleh ke arah lelaki berkulit putih, berjambang dan bermata biru.

"Cemito! Sayang, meh abang perkenalkan saudara abang."

"saudara?"

"yes. Co me va, cemito?" (apa khabar?)

Aryan berjabat tangan dengannya, naura hanya melambai tangan kepada cemito. Memang orang itali ni semua handsome ke?

"sto bene non ti preoccupare! So? questa è tua moglie? lei è così bella!" (khabar baik, jangan risau. So? Ini ke isteri kau? Cantik betul!)

Aryan ketawa kecil, naura buat-buat faham sahaja. Apa benda bahasa diaorang pakai ni?.

"aw.. Awak."

"yes, dear."

"dia kata apa?" soal naura secara berbisik. Aryan ketawa. Lucu melihat naura yang tidak faham sepatah.

"saudara abang kata naura cantik." ujar aryan.

Naura mengangguk faham, lama kelamaan tersenyum malu. Aku dah lama tahu aku cantik cuma orang malu nak puji je. Ceh!

Cemito melihat jam tangannya.

"sorry, aryan. devo andare ora! arrivederci!"

"okay, bye!"

Aryan melambai tangan, cemito akhirnya berlalu pergi. Habis sudah perbualan bahasa asing diaorang, nampaknya aku kena belajar bahasa itali lepas ni.

"awak, awak kata semalam awak nak minta something kan? Ap.. Apa dia ek? Boleh saya tahu sekarang?" soal naura.

"no."

"why?! Saya nak tahu. Awak tahu tak saya tak boleh tidur sebab terfikir pasal permintaan awak tu. Saya takut awak minta benda yang saya tak boleh nak bagi."

"jangan risau, benda ni tak memudaratkan pun."

"apa-apa je lah! Tak nak bagitau sudah! Saya nak pergi cari melur. Dia tu bukan boleh di biarkan sorang-sorang. Nanti sesat."

Naura melangkah kaki ingin pergi, aryan sudah menarik tangan naura kembali ke arahnya.

"takkan nak tinggal abang sorang-sorang dekat sini?"

"saya bukannya tinggal awak dalam hutan pun."

Aryan membuat muka series. Ini yang aku paling Menyampah bila dengan dia!

"arh! Yela-yela!"

Naura memeluk tubuhnya, terpaksa jugak teman husband aku yang pericolo ni! Aryan tersenyum, pinggan naura di rangkul aryan.



"What the F*ck! Sial kau naura!"

Terbeliak mata angah melihat gambar-gambar perkahwinan mereka di instagram. Lupa pula, aryan kan terkenal? Mesti tersebar luas punya.

"angah, kenapa tu?"

"nek pah tengok ni! Tengok apa cucu kesayangan nek pah ni buat! Memalukan betullah!"

Angah menunjukkan gambar itu pada nek pah, hanya senyuman yang di balas nek pah. Dia bahagia melihat naura yang bahagia dengan pasangannya.

"nek pah senyum? Nek pah jangan cakap yang nek pah setuju dengan pernikahan haram diaorang ni!"

"angah, alhamdulillah kalau diaorang dah kawin. Haram apanya?"

"nek pah jangan jadi bodohlah! Diaorang kawin sebab si naura tu mengandung tau tak? Mengandung anak luar nikah! Nek pah takkan tak rasa malu?"

"tapi diaorang dah betulkan kesilapan, angah."

"susahlah kalau bercakap dengan orang buta, nyanyok ni!"

Nek pah terdiam. Angah mencampakkan talefonnya ke tepi, dia mencekak pinggang memikirkan sesuatu.

"sekarang dia dah kawin dengan naura, and what should i do now?! Payahlah ada adik macam si naura ni."

"tak payah paksa dia. Nek pah akan pergi jumpa dengan engku dian pasal naura. Angah jangan risau ye."

"kau jangan memandai ek! Suka-suka hati nak pergi jumpa keluarga orang kenapa?! Kita ni dah malukan diaorang, so kita kena jugak cari naura nek pah! Tolonglah bagi otak tu berjalan sikit!"

Jari terlunjuk menolak kasar kepala nek pah, naik turun nafas angah.

"nek pah jangan Pandai-pandai jumpa engku dian kata pasal naura ek. Hal ni angah akan uruskan. Apa-apa yang terjadi, angah tetap nak satukan faris dengan naura. Ini wasiat kak long, nek pah kena faham tu!"

"tapi, angah. Naura tu isteri orang. Kamu jangan jadi perosak rumah tangga dia. Lagipun kamu yang halau dia! Kamu yang tak nak jumpa dia!"

"kau diam lah setan!!" bentak angah.

Nek pah menahan sebak, serabut kepala angah di buatnya.

"kau takkan faham lah kalau berada dekat tempat aku?! Kau tu cuma perempuan tua yang bodoh! Tak reti bahasa yang menumpang dalam rumah aku! Wasiat tu penting kau tau tak?!"

"apa yang pentingnya?!"

"pentingnya sebab kak long tu berharap sangat dengan naura! Kalau perempuan tu tak jalankan tanggung jawab dia, dia akan seksa arwah kak long!"

"apa kamu merepek ni angah? Wasiat tu bukannya.. "

"Argh! Aku tak nak dengarlah! Kau seorang je yang bela perempuan tak guna tu. Keluarga engku dian lebih memahami aku tau tak?! Serabut duduk dengan kau ni! Heh!"

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEWhere stories live. Discover now