Baru sahaja Haziqah melangkah keluar bilik mandi, telefonnya berdering.
"Ummi" nama pemanggil dipandang sekilas sebelum icon hijau dileret. "Hello, assalamualaikum ziqa" "Waalaikumsalam ye ummi, ada apa?" "Am ada call ziqa?" "Ada ummi" "Dia bagitau ziqa tak ummi nk buat kenduri" "Ada ummi, Am kata Ummi ajak balik kampung" "Ye ziqa, ummi rindu kamu, last jumpa pun raya tahun lepas, macam mana la rupa bakal menantu ummi sekarang ni" " hehehe ummi ni ada ada je la" "Ziqa jadi balik ye nak, ummi rindu betul ni" "Ziqa tak janji la ummi, banyak kerja kat butik tu mi, tak boleh tinggal hmm" "Ziqa, kalau kamu taknak balik kampung sbb Fatin, jgn la risau, Fatin tak ada dia kat kolej lagipun dia sibuk nak final exam, ummi tak bagitau dia pun ummi nk buat kenduri ni, balik ye nak" " eh ummi bukan pasal Fatin pun la ziqa.." "takpelah ummi faham apa apa bincang dengan Am ye Assalamualaikum" "tit..titt.." .Panggilan dimatikan. Faham benar wanita tua yang merupakan bakal mertuanya itu akan isi hatinya. Ya memang benar, dia tidak mahu pulang ke kampung Idham kerana Fatin. Fatin, adik sepupu Idham yang dibela ummi dan abah Idham sedari kecil setelah kematian ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya. Namun, Fatin selalu memusuhinya kerana Fatin mengganggapnya sebagai pesaingnya. Bukannya Haziqah tidak tahu yg Fatin menaruh hati terhadap Idham. Kerana hal itu la Haziqah tidak mahu pulang ke kampung Idham. Pasti ada saja perangai Fatin yang menyakiti hatinya. Sakit hatinya melihat Fatin tergedik gedik dgn Idham. Tapi mengingat kembali perbualannya dgn Ummi yang Fatin tiada di rumah pasti kali ini dia pulang bersama Idham. Lantas nombor Idham didail.
YOU ARE READING
Jodoh 281 KM
Non-FictionJarak sejauh 281 km dari dua negeri yang berbeza tidak boleh memisahkan Muhd Idham dan Ruwaidatul Haziqah. Pertemuan kali pertama 8 tahun yang lalu menyulam kisah yang mereka cipta.