"Ummi tipu! Ummi memang sengaja kan? Saja tak nak bagi orang jumpa Abang Am! Ummi seksa orang! Arghhhhhhhhhh!"
Keadaan menjadi semakin kucar kacir, Fatin sudah tidak mampu untuk dikawal. Hjh Khadijah hampir pengsan melihat ruang tamu yang tersusun rapi sejak pagi tadi kini ibarat tongkang pecah apabila Fatin mengamuk. Habis semua kerusi meja berantakan.
"Fatin bawa mengucap Fatin, kamu ni kenapa?! Tak malu ke orang kampung tengok?", lantang suara Mak Lang Ilah.
"Mak Lang diam, mak lang takde kena mengena dalam hal ni!"
"Fatin dah la nak, mesti Fatin penat baru sampai, mari nak kita makan", Hjh Khadijah mula memujuk.
"Sampai hati ummi buat orang macam ni!", teriak Fatin sambil menangis.
"Ummi minta maaf bukan Ummi sengaja tak nak bagitau Fatin, tapi Fatin kan tengah sibuk nak final exam Ummi taknak ganggu Fatin lagipun ni kenduri kecil kecil je nak", terang Hjh Khadijah bersungguh sungguh.Kejadian ini sungguh tidak disangka. Keadaan rumah yg sibuk dengan persiapan kenduri kesyukuran yang bakal berlangsung malam ini dikejutkan dgn kehadiran Fatin. Entah dari mana Fatin mendapat khabar tentang majlis ini. Kehadirannya menjadi onar pada petang itu.
"Sudahlah kak long biarkan saja si Fatin tu" , Mak Lang berkata kepada Ummi lalu berlalu pergi. Menyampah dia melihat muka Fatin. Dasar anak tidak kenang budi, sudah dibela dari kecil, sudah besar selalu saja membuat onar. Jika tidak mengenangkan yang Fatin itu anak arwah Abang Ngahnya Ishak, sudah lama dia menyuruh Kak Long menghalaunya.
Fatin masih menangis di birai pintu.
"Apa yang jadi ni?", suara itu mengejutkan Ummi dan Fatin. Terlihat sahaja empunya suara itu terus Fatin berlari ke arahnya.
"Abang Am!", teriak Fatin. Idham dipeluk erat. Idham terkejut dengan tindakan Fatin. Dirinya lemas dalam pelukan wanita itu. Mata Idham mengerling ke arah Haziqah yang masih setia disisi kereta. Ada siak marah di wajah Haziqah.
"Abang, Fatin rindu abang. Kenapa balik tak bagitau Fatin. Fatin dah rindu sangat kat abang", teresak esak Fatin melafazkan kata katanya.Idham sesak. "Fatin, lepaskan abang". "Tanak, Fatin rindu Abang Am", tegas Fatin. "Abang tak dapat nafas ni". Barulah pelukan terhadap Idham dilepaskan dengan berat.
"Abang Ngah bila sampai?", ujar ummi.
"Baru je Ummi, Haziqah ada kat luar tu", kata Idham. Tangan tua ibunya dicapai lalu dicium lembut. Mendengar sahaja nama Haziqah, mata Fatin terus mencerlung ke arah luar. Sakit jiwanya melihat kelibat perempuan itu. Nanar hatinya apabila Idham pulang bersama perempuan itu. Kaki terus diayun laju menuju ke biliknya. Derap tapaknya sengaja dikuatkan. Pintu bilik dihempas dgn kuat. Hjh Khadijah hanya menggeleng."Eh ziqa, mari masuk nak buat apa kat luar tu mari sini", gamit ummi. Haziqah menyapa ummi lalu dikucup tangan tua itu. "Ummi apa khabar?" "Alhamdulillah macam ni la". "Abah mana Ummi?", Idham bersuara kembali. Matanya sedari tadi meliar melihat kepincangan rumahnya yg disepahkan Fatin. "Abah pergi pekan dgn Pak Lang cari barang kenduri yg tak cukup. Syafiq pun ikut sekali", terang ummi. "Abah tak tau la ni Fatin balik?", tanya Idham. Ummi hanya menggeleng. "Ummi kata Fatin tak balik? Kenapa tiba tiba ada, siap mengamuk lagi apa dah jadi ni ummi? Kenapa Fatin menangis meraung raung sampai ke luar dengarnya?", Idham melepaskan segala persoalan hatinya sejak melihat adegan Fatin sebentar tadi. "Ni kamu berdua dah makan belum?", tanya ummi prihatin. Soalan Idham dibiar sepi. "Tak sempat nak singgah mana ii tadi ummi takut lambat sampai", Haziqah menjawab dgn jujur. "Jom pergi dapur, ada masakan kenduri yang dah siap tu. Kesian anak menantu ummi ni. Perut yang lapar mesti diisi", ujar Ummi dgn senyuman. Ummi masih mampu tersenyum walaupun hatinya luka dengan perbuatan Fatin sebentar tadi. Haziqah tersenyum, belum lagi dia menjadi isteri Idham yg sah sudah dipanggil anak menantu. Terus lupa dia kejadian yg berlaku sebentar tadi. Mereka berdua membontoti ummi ke dapur. Benar kata Ummi, perut yang kosong perlu diisi, agar manusia dapat berfikir dengan waras.
YOU ARE READING
Jodoh 281 KM
No FicciónJarak sejauh 281 km dari dua negeri yang berbeza tidak boleh memisahkan Muhd Idham dan Ruwaidatul Haziqah. Pertemuan kali pertama 8 tahun yang lalu menyulam kisah yang mereka cipta.