Jam hampir menunjukkan pukul 3.45 petang. Idham berpisat pisat bangun setelah matanya perit disinari cahaya mentari dari tingkap cermin keretanya. Haziqah yang masih setia memandu dikerling sekilas.
"Dah bangun dah putera raja kita ni", perli Haziqah. Idham yang masih mamai membetulkan kedudukan dirinya. Terasa tegang urat lehernya akibat terlalu lama lena.
"Awak nanti sampai kita terus solat jamak, saya malas nak berhenti kat RnR", beritahu Haziqah kepada Idham.
"Pukul berapa ni?", tanya Idham sambil menggosok mata
"Dah nak pukul 4", selamba Haziqah menjawab.
Idham terkejut, "Ha? Lamanya saya tidur, kenapa awak tak kejut saya? Kita dah sampai mana ni?"
Bertubi tubi soalan Idham. Haziqah hanya menggeleng lalu menjawab, "Dah nak masuk kampung awak ni ha".
"Awak drive dari KL sampai sini? Awak ingat jalan sampai kampung saya ni?!", Idham seakan tidak percaya dengan Haziqah. "Yela, dah putera sebelah saya ni syok tido takkan nak suruh hantu pulak yang drive. Apa awak ingat saya lupa ke jalan kampung awak? Saya akan ingat sampai bila bila, nanti senangla saya nak lari ngadu kat ummi bila awak buat hal. Memang lunyai ummi kerjakan awak", jawab Haziqah selamba. Idham terkesima. Sungguh dia tak sangka Haziqah mampu memandu sejauh ini, tanpa ditemani dirinya. Ya jasadnya ada, tapi hanyut dibuai mimpi.
"Awak saya minta maaf, saya penat sangat tu yg tertidur tu", sungguh Idham merasa amat bersalah. "Alaa takpe saya faham, dah sampai dah pun", Haziqah tersenyum, kereta Range Rover yang dipandunya membelok memasuki Kampung Mahkota, Kuantan, Pahang. Kelihatan sebuah rumah batu berwarna kuning keemasan yang tersergam indah di hadapannya. Haziqah memberi signal ke kanan lalu membelok masuk ke halaman rumah Idham. Kereta diparkir dengan sempurna berhadapan gazebo kayu. Tidak susah mencari rumah Idham, hanya beberapa minit setelah memasuki pintu gerbang kampung. Rumah Idham adalah rumah yang keenam. Haziqah dan Idham mengucapkan syukur kerana sudah selamat sampai. Tiba tiba kedengaran bunyi riuh dari dalam rumah. Mereka berpandangan sesama sendiri. Sebuah kerusi plastik telah tercampak keluar sebaik mereka keluar dari perut kereta. Apa yang sedang berlaku?
YOU ARE READING
Jodoh 281 KM
Non-FictionJarak sejauh 281 km dari dua negeri yang berbeza tidak boleh memisahkan Muhd Idham dan Ruwaidatul Haziqah. Pertemuan kali pertama 8 tahun yang lalu menyulam kisah yang mereka cipta.