"Lans Koperal Muhd Idham bin Salleh, tahniah anda dinaikkan pangkat kepada Inspektor seterusnya dipilih pegawai atasan untuk mengetuai Unit Siasatan Jenayah IPD Bukit Aman. Inspektor Idham dipilih atas kejayaannya menumpaskan Geng Botak yang merupakan supplier dadah terbesar di Kuala Lumpur 6 hari yang lalu seterusnya menggantikan posisi ASP Azlan Muhammad yg ditukarkan ke IPD Kuching berkuatkuasa hari ini. Diharapkan semua dapat memberi kerjasama yang erat. Mesyuarat bersurai". Lantang suara ASP Badruhisham di bilik mesyuarat 2 IPD Bukit Aman.
Idham tersenyum gembira. "Bro, tahniah bro, kita sama sama kena ragging tapi kau naik pangkat dulu caya lah" ujar Nukman. "Alah man terima kasih hahhah". "Am tahniah wey, fulamak ketua siasatan jenayah wey" Fuad mencelah. " Takde apa la 'Ad semua ni". "Okay kawan kawan disebabkan Am naik pangkat malam ni kita makan sama sama Am belanja!" Yusof yg dari tadi tersengih bersuara. "Eh Usop Am yg naik pangkat kau la belanja asal pulak dia" Fuad mula membebel. "Dah dah aku belanja aku belanja" Idham malas nak dengar Fuad berdebat dgn Usop. Fuad tu kalau membebel kalah makcik Siah tukang masak kafe IPD Bukit Aman. "Hahahahhahahhh cayalah ketua kita" kata Nukman. Semua beredar dari bilik mesyuarat dgn senyuman bahagia.
Hari itu Idham dihujani ribuan tahniah daripada staff staff IPD Bukit Aman atas kenaikan pangkatnya. Mana tidaknya pada usia 25 tahun dia sudah menggalas jawatan Ketua Siasatan Jenayah. Idham tersenyum di mejanya. Tak sia sia usahanya selama ini. Dia mengusap mejanya. Minggu depan dia bakal berpindah ke bilik siasatan jenayah, pasti dia bakal merindui mejanya itu. Ditempat itulah dia, Nukman,Usop dan Fuad bergosip. Walaupun kaum Adam, mereka tidak lepas dari adegan gosip mengosip.
"Ah baru aku teringat" Idham mula mendail nombor insan yang melahirkannya ke dunia ini. "Titt...titt... Asalamualaikum Ummi, ya Abang Ngah ni Ummi Bangah naik pangkat ni jadi inspektor pastu Bangah dapat jadi Ketua Siasatan Bahagia Jenayah. Aah mi, ha ye, okay mi i love you muuuahh, ye mi dengar ha yela bye mi assalamuaikum". Sukanya Idham mendengar umminya menasihatinya, yang pasti nasihat umminya akan dibalas usikan daripada anak bujangnya yang satu itu. Setelah Umminya meletakkan telefon, Idham mendail seorang lagi insan yang sedari dulu mencuri hatinya. "Haziqah💓" nombor itu didail.
YOU ARE READING
Jodoh 281 KM
Non-FictionJarak sejauh 281 km dari dua negeri yang berbeza tidak boleh memisahkan Muhd Idham dan Ruwaidatul Haziqah. Pertemuan kali pertama 8 tahun yang lalu menyulam kisah yang mereka cipta.