Idham melabuhkan punggungnya di sofa ruang tamu setelah pulang makan malam bersama sama rakan rakannya meraikankan kejayaaan dirinya. Rasa penat mula menjalar dalam diri Idham terasa tiada daya baginya untuk berdiri. Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, telefonnya berdering. "Ah siapa pula yang call aku malam ii ni, jangan kata ada operasi sudahlah", desis hati Idham. Nama pemanggil dilihat. Tersenyum bibirnya terasa hilang segala penatnya. Deringan telefon disambut dengan hati yang berbunga bunga.
"Hello, awak"
"Hello, baru nak call saya penat saya tunggu awak call" nada Idham seakan akan merajuk.
"Alaa kan dah call ni" lembut suara si pemanggil memujuk.
"Yela ada apa", sengih Idham.
"Nak bagitau ni saya ikut la awak balik kampung"
"Awak serius la?"
"Hmm"
"Okay cun, Khamis pagi saya ambil awak depan rumah"
"Kalau ambil depan butik boleh tak? Dalam pukul 12 kita gerak sebab saya nak settle hal paling last sebelum kita balik, boleh?", takut takut suara itu bertanya.
"Hmm ni siapa nak balik kampung siapa ni sebenarnya?"
"Alaaa"
"Yela yela pukul 12 depan butik, lambat saya tinggal"
"Hehehe tenkiu"
"Yela sayang saya tak?"
"Belum boleh lagi, bye titt...tittt"Talian diputuskan. "Aikk, end call gitu je haihla Haziqah nasib la" , bebel Idham seorang diri. Idham mengangkat punggung lalu melangkah naik masuk ke dalam biliknya. Badan dihempas diatas katil yang empuk. Tidak sabar menunggu kunjung tibanya hari Khamis. Matanya mulai kuyu. Idham tertidur bersama segaris senyuman manis. Ya manis seperti madu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Jodoh 281 KM
Non-FictionJarak sejauh 281 km dari dua negeri yang berbeza tidak boleh memisahkan Muhd Idham dan Ruwaidatul Haziqah. Pertemuan kali pertama 8 tahun yang lalu menyulam kisah yang mereka cipta.