PETANG itu Yusran menelefon kawan-kawannya untuk bermalam di rumahnya selama beberapa malam. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka berlima merancang strategi yang bernas daripada buah fikiran masing-masing.
"Hirmi, since awak ada kuasa telekinesis saya nak awak elakkan para pelajar dari cedera dengan menggerakkan atau menghalang apa saja yang datang," arah Yusran dengan tegas.
"Baiklah, saya akan buat yang terbaik." jawab Hirmi dengan yakin.
"Iqbal, awak pantau dan kawal keadaan sekiranya ada sesuatu yang tidak kena berlaku faham. Saya takut nanti ada pelajar yang lemah semangat akan pengsan atau diganggu." arah Yusran lagi. Iqbal mengangguk tanda faham.
"Afiq, awak tolong alihkan perhatian semua orang jika berlaku sesuatu. Awak tahu kan apa yang perlu dilakukan?" kata Yusran.
"Beres. I know just exactly what to do." balas Afiq dengan lagak mengada-ngada sambil mencuit hidungnya sendiri. Perasanlah tu.
"And the last person, Harith. You are going with me." kata Yusran.
"I'm okay with that. So what are we gonna do? Fight?" tanya Harith dengan rupa innocent nya.
"Of course. We are going to beat 'them' and keep our school safe and sound. All of us will protect the school together. So I hope our plan will work just fine." ujar Yusran.
"Yusran tadi saya berjaya godam kata kunci CCTV di pondok security. Lepas ni kerja kita akan bertambah senang sebab saya dah install kat ipad saya. Ni dia..." Iqbal yang diam dari tadi bersuara. Dia menunjukkan app yang dapat menyambungkan CCTV tersebut ke ipad nya.
Mereka semua memerhatikan keadaan sekolah yang suram dan sunyi. Di tepi pagar sekolah, terdapat sebuah pondok security di mana abang Ali mereka berkawal. Kesian dia terpaksa berkawal pada lewat malam.
Woosh~~
Angin kencang diikuti dengan hujan lebat serta kilat yang bersabung di langit merisaukan Ali. Mulutnya tidak henti terkumat-kamit berzikir dan berdoa agar tiada apa-apa yang tidak baik berlaku tambahan lagi dia seorang saja yang berkawal di situ. Rakan setugasnya, Imran tidak dapat menemaninya atas alasan cuti sakit.
Manakala Yusran dan yang lainnya tekun memerhatikan di skrin laptop Iqbal. Tiba-tiba ada objek yang melintas laju di skrin laptop itu. Terkejut mereka dibuatnya.
"Guys lets head out to the school. I think abang Ali is in danger." cadang Hirmi.
"Yelah elok juga tu. Kesian abang Ali tu aku tengok gelisah semacam." Iqbal bersetuju dengan cadangan Hirmi.
"Kalau macam tu kita sediakan apa yang perlu lepas tu kita blah. Kita kena pastikan abang Ali selamat." kata Yusran yang sedang risau akan keselamatan sekuriti mereka yang telah lama berkhidmat di sekolah itu.
