KEESOKKAN harinya Yusran, Harith, Iqbal, Hirmi, Afiq serta Fasha tidak hadir ke sekolah untuk menghadiri pengebumian anak perempuan encik Dahlan dan Sarah. Mereka membacakan doa tahlil dan menyiram kuburnya dengan air asah-asahan.
"Nurul Sarafina binti Mohd.Dahlan. Sedap nama dia pakcik," kata Iqbal kepada encik Dahlan. Dahlan dan isterinya berpandangan dan senyum.
"Iye makcik Sarah kamu yang pilih nama tu." ujar Dahlan.
"Kamu pun apa kurangnya Iqbal, nama sedap, orangnya pun boleh tahan. Akhlak mulia, sopan dan berbudi bahasa dengan orang tua. Kalaulah Fina masih hidup, makcik akan kahwinkan dia dengan kamu Iqbal." kata Sarah panjang lebar bersama keluhan. Iqbal merasa pipinya hangat dan merah mendengar pujian itu.
"Sarah tak baik tau selalu mengeluh. Kita kena bersyukur dengan apa yang Allah beri. Kita bernafas ni pun hanya sementara, macam anak kita. Allah sudah menetapkan segalanya sejak azali lagi. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa kepada-Nya. Semoga roh Fina tenang di sana." kata Dahlan panjang lebar menasihati isterinya. Sarah menerima nasihat suaminya dengan senang. Lepas ini mereka akan memulakan hidup baru, Nurul Sarafina akan sentiasa berada di hati mereka.
*****
Di sekolah"Wei Fasha pandanglah kat sini, aku tengah cakap dengan kaulah." kata Afiq.
"Tak nak." jawab Fasha pendek.
"Pleaasee...." rayu Afiq.
"Eii malas aku layan kau, kau tu tak habis-habis nak berloyar buruk dengan aku." dengus Fasha.
"Alaa..kalau serius sangat tak best. Dull sangat." kata Afiq sambil membuat muka bosan.
"Kau tu je melebih-lebih, tu yang aku menyampah tu." balas Fasha tidak mahu kalah. Afiq menyilang tangan di dada dan menjeling Fasha. Tergelak Fasha melihat Afiq yang sudah merajuk seperti anak kecil.
"Haih morang berdua ni tak habis-habis bergaduh. Perangai kebudak-budakan. Padan sangatlah korang bersama." ujar Iqbal yang bergeleng kepala melihat telatah Afiq dan Fasha. "Lepas sorang merajuk, pulih, pastu sorang lagi menyambung." Mereka yang lain hanya tergelak.
"Biarlah diorang Iqbal. Kau jeles ke yang dari tadi asyik mengomel aje ni?" usik Yusran pula.
"Aku nak jeles?" Iqbal menuding ke mukanya sendiri. "Sorilah bro, aku dah ada pilihan hati. Tuu.." Iqbal memuncungkan mulutnya ke arah yang dimaksudkan. Yusran, Harith, Hirmi, Afiq dan Fasha menoleh ke arah seorang perempuan yang sedang asyik bergelak ketawa dengan kawannya. Perempuan itu perasan mata-mata yang melihatnya lalu melambai ke arah mereka sambil tersenyum. Iqbal malu-malu membalas lambaian gadis itu.
"Oi cik abang, tak payah lah nak shy-shy cat pulak. Be a gentleman please." perli Afiq. Geram Iqbal dibuatnya lantas pipinya dicubit oleh Iqbal. Mereka berkejaran di kelas. Yusran dan lainnya tidak mahu ketinggalan.
Kini mereka lebih menghargai persahabatan dan...Afiq telah pun melamar Fasha menjadi teman wanitanya secara rasmi. Iqbal pula mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan dengan gadis idaman hatinya. Lebih baik daripada menjalin hubungan tanpa ikatan. Perkahwinan mereka pula akan berlangsung pada hujung tahun ini setelah tamat belajar di tingkatan enam. Semoga bahagia milik mereka semua selama-lamanya.
~킅 (TAMAT)~
A.N: Fuh lega rasanya...akhirnya siap juga satu cerita ni. Owh...sweetlah diorang semua ni...gentlemanlah sangat hahaha... > ¥ < So siapa yg rajin beri komen tu silakan. Syok ke tidak citer ni? ^_^ Oh ye, sye paling suka watak Iqbal dalam citer ni. korang pulak mcm mna...hehehe xp jangan lupa afundi @zeemah..chewah mcm akademi fantasia pula xD...gurau ajelah..^^
