DAHLAN dan isterinya serta pihak polis sedang dalam perjalanan menuju ke tempat yang kejadian anaknya kemalangan. Dahlan memandu dengan berhati-hati kerana hari malam. Ditambah lagi dengan masalah penglihatannya. Beberapa buah kereta polis menyusul di belakang keretanya.
"Aku yang suruh dia buat begitu." kata perempuan yang berkulit pucat itu. Dari segi fizikalnya kelihatan seperti sebaya dengan mereka ataupun lebih muda dari mereka.
"Kau siapa?!" tanya Hirmi berani.
"Akulah mangsa pembunuhan yang tidak dijumpai itu. Tiada siapa yang mencari jasadku. Aku terkurung di tempat ini." jawab perempuan itu. Suaranya halus tetapi keras. Abang Ali mereka pula, jatuh pengsan beberapa minit yang lalu. Shocked barangkali. Tadi bukan main gagah perkasanya. Hirmi dan Afiq telah mengalihkannya ke tepi.
"Macam mana kau boleh mati dekat sini hah?" aduh..lancang sekali mulut Afiq ni. Sekali lagi lengannya dicubit oleh Hirmi. Kali ini Afiq mengaduh kesakitan.
"Masa tu kami ada acara camping di sekolah ini. Aku merayau di sekitar sekolah ini. Tiba-tiba saja mulutku ditekup dan aku pengsan. Setelah aku sedar, beberapa orang lelaki mengasari tubuhku. Aku diperlakukan seperti binatang. Aku diperkosa lalu dibunuh. Lelaki-lelaki jahanam itu membawaku ke tempat ini dan menanam tubuhku. Tiada siapa yang mengetahui tempat ini sepenuhnya." Yusran, Hirmi dan Afiq mendengar dengan tekun cerita perempuan itu. Malang sungguh nasibnya. Tidak lama kemudian datang Harith dan Iqbal. Mereka juga terkejut melihat semua orang berada di situ termasuk perempun misteri itu. Terkebil-kebil mata mereka.
"Yusran!" Harith berlari mendapatkan kawan baiknya yang sudah dianggap abangnya itu. Dipeluk diciumnya Yusran sepuas-puasnya. Yusran pula macam biasa sedaya upaya menepis Harith.
"Aww...so sweet.." usik Iqbal, Hirmi dan Afiq sambil membuat pose comel. Harith tersengih.
"Kami memang selalu macam ni kat rumah." kata Harith dengan bangganya. Yusran membuntangkan matanya.
"Mana ada kau aje yang terhegeh-hegeh kat aku. Aku tak layan." bantah Yusran. Mereka yang lain mentertawakannya. "Iyelah tuu.." kata mereka serentak. Terlupa seketika tentang perempuan misteri itu.
"Dah sampai. Sarah jangan jauh dari abang tau. Pegang tangan abang erat-erat." pesan Dahlan kepada isterinya. Isterinya mengangguk lagi. Dahlan memimpin erat tangan isterinya.
Pihak polis sudah berpecah ke kawasan itu. Sebahagiannya masuk ke dalam hutan di belakang bangunan sekolah. Selalunya hutan juga salah satu tempat pembunuhan sering berlaku. Manalah tahu pembunuh itu menanam mayat anak mereka di situ. Dahlan hanya menahan rasa, sakit hatinya hanya Tuhan yang tahu. Bahkan hatinya juga pilu melihat kesedihan isterinya.
"Encik Dahlan, kami telah menjumpai sesuatu di hutan. Sila ikut kami ke sana segera." kata salah seorang pegawai polis itu. Mereka semua bergegas ke sana.
Sedang mereka bercengkerama di bawah tanah itu, bunyi derapan kasut yang banyak menghampiri tempat itu. Perempuan itu menghilangkan dirinya dalam sekelip mata sahaja.
"Abang polis!" jerit Afiq kegembiraan. Mereka yang lain pula hairan sedangkan tiada seorang pun dari mereka yang memanggil pihak polis.
Abang Ali tersedar dari pengsan yang lama. Terpisat-pisat dia membuka matanya.
"Apa kamu semua buat di sini? Adakah kamu semua ada kaitan dengan kes pembunuhan remaja perempuan ini?" Ah sudah, sekarang mereka sudah mula disoal siasat oleh abang polis tersebut. Iqbal mara ke hadapan untuk menjelaskan keadaan sebenar. Nasib baik Iqbal ada. Dia seperti abang kepada mereka semua kerana dia lebih matang di antara mereka berlima. Pegawai polis itu mengangguk mendengar penjelasan Iqbal yang tenang. Setelah itu pegawai polis yang dipanggil inspektor Firman itu mengarahkan polis-polis yang lain menggeledah tempat itu dengan penuh teliti.
"Inspektor! Tengok ni." kata polis wanita itu. Dinding papan yang tersusun rapi itu telah dipecahkan oleh mereka. Terkejut bukan kepalang mereka yang ada di situ apabila satu objek jatuh ke lantai.
"Ya Allah bang!" isteri Dahlan sudah terlorot mengongoi di sisinya. Dahlan juga turut menangis melihat mayat anak perempuannya yang sudah reput. Bau busuk memenuhi ruang itu. Mereka segera menutup hidung masing-masing kerana tidak tahan dengan bau busuk mayat reput yang menusuk ke dalam rongga hidung.
"Encik Dahlan, Puan Sarah, bawa banyak bersabar ya. Syukurlah kita sudah menjumpai jasad anak perempuan encik setelah sekian lamanya. Jangan khuatir kami akan uruskan pengebumiannya segera." kata inspektor Firman sambil menepuk-nepuk bahu Dahlan menyalurkan sedikit semangat. Dahlan hanya mampu menganggukkan kepalanya. Dia melihat ke arah sekumpulan remaja lelaki itu.
"Kamu semua ni pelajar kat sini ke?" tanya Dahlan lembut.
"Ya pakcik, kami pelajar di sekolah ini." jawab Hirmi sopan. Dahlan tersenyum. "Terima kasih ya tolong kami cari anak perempuan kami." ucapnya terharu.
"Sama-sama kasih pakcik." jawab mereka semus serentak termasuk Fasha. Mereka menoleh ke arahnya.
"Apa? Muka aku kotor ke?" tanya Fasha kehairanan.
"Memang pun." jawab Afiq selamba.
"Eh budak ni bising betul, aku cepuk karang. Bila masa kau sedar Fasha?" tanya Hirmi kepada Fasha setelah memarahi Afiq.
"Tadi dah..korang aje yang tak perasan." jawab Fasha selamba. Perangainya pun sudah terjangkit dari Afiq.
Mereka semua pun keluar dari tempat itu. Abang Ali pula, terdiam seribu bahasa selepas melihat kejadian tadi. Trauma barangkali. Fasha dihantar ke rumah sakit untuk merawat tubuhnya yang cedera akibat terjatuh ke dalam lubang besar di dalam hutan. Nasib baik dia berjaya keluar dari lubang itu. Yusran, Harith, Iqbal, Hirmi dan Afiq pulang ke rumah masing-masing. Tanggungjawab mereka telah pun selesai.
Dahlan dan isterinya pula menyusuli mayat anak perempuan mereka yang dibawa oleh pihak polis ke hospital. Ternyata memang benar jasad anak mereka tersiksa. Manusia zaman sekarang benar-benar sudah hilang keperimanusiaan. Sedih dia memikirkannya.