"JANGAN menyerah terlalu awal Harith. Kita kena cari jalan untuk selamatkan diorang. Jom ikut aku. Aku rasa aku tahu di mana mereka berada." ujar Iqbal.
"Di mana mereka berada Iqbal, cepat beritahu aku." tanya Harith tidak sabar.
"Aku pernah dengar tentang pintu rahsia bawah tanah. Dan akar tadi tu cuma perangkap yang di set oleh seseorang. Sekarang ni kita kena cari pintu tu secepat mungkin." Harith bersetuju dengan Iqbal. Semangatnya kembali setelah dipujuk oleh Iqbal. Mereka berdua meneliti setiap objek di hutan itu sehinggalah Harith menjumpai sesuatu yang mencurigakan.
"Iqbal sini kejap!" panggilnya.
"Hah kau dah jumpa ke?" Iqbal segera berlari ke arahnya.
"Ya aku yakin inilah dia pintu rahsia tu." jawab Harith dengan yakin.
Tanpa membuang masa mereka menarik tombol pintu itu sekuat hati dengan membaca basmalah. Akhirnya setelah beberapa minit mencuba pintu itu terbuka juga. Pintu itu berada di tanah, ditimbus dengan tanah agar tidak mudah dijumpai. Tetapi nasib menyebelahi mereka. Harith ternampak benjolan besi di tanah itu. Di dalamnya terdapat tangga. Harith masuk terlebih dahulu diikuti oleh Iqbal.
Fasha tertawa puas hingga terbatuk-batuk setelah berjaya melaksanakan misinya. "Akak, aku dah berjaya bawa pengganti akak. Tak lama lagi akak akan bebas dari sini."
"Bagus. Tinggalkan saja mereka di sini." suara itu menyahut.
Yusran bersembunyi di sebalik dinding di lorong itu. Dia telah pun mendahului Harith dan Iqbal. Kini barulah dia tahu masalah yang perlu diselesaikan mereka. Masalahnya dia berseorangan. 'Menyesal pula aku tinggalkan diorang tadi. Kalau aku guna alat ni takut dikesan oleh makhluk tu.' bisik hatinya.
Hirmi dan Afiq terjaga dari pengsan mereka. Afiq menguis tubuh Hirmi.
"Mi, tu abang Ali pun ada sama."
"Shh, meh kita pergi sana." kata Hirmi.
"Abang, bangun bang."
"Kenapa yang?"
"Sarah mimpi pasal anak kita. Dia minta tolong kita bang." ujarnya menangis tersedu sedan.
"Laa..benda dah lepas jangan difikirkan." kata Dahlan.
"Tapi kali ni lain sangat bang. Dia suruh kita datang ke tempat dia dibunuh tu. Kesian dia bang. Mungkin dia tersiksa di sana bang." ujar Sarah lagi.
Dahlan berfikir setelah mendengar kata-kata isterinya. Mungkin ada benarnya juga. Lama juga mereka berhenti mencari anak perempuan mereka itu. Mungkin ini suatu petanda. Mayatnya masih belum dijumpai. Pasti roh anaknya sangat tersiksa.
"Hmm, baiklah. Pergi bersiap, kita pergi ke sana. Abang call pihak polis dulu minta bantuan." kata Dahlan kepada isterinya. Sarah mengangguk.
"Abang Ali okey ke?" soal Hirmi.
"Ya jangan risaukan abang. Abang kan gagah perkasa." selorohnya.
"Dalam keadaan macam ni pun sempat bergurau." kata Afiq tersengih.
Kedengaran derapan tapak kaki seseorang berjalan menghampiri mereka. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat wajah yang amat mereka kenali itu.
"Fasha!" jerit mereka serentak.
Fasha tersenyum sinis. "Hai korang. Rindukan saya ke?" katanya.
"Eii, siapa yang rindukan kau? Ke kau yang rindukan aku?" balas Afiq. Afiq ni memang nakal sikit. Kadang-kadang suka menyakat orang. Time-time macam ni juga dia nak bermain.
"Hei!" jerkahan Fasha mengejutkan mereka.
"Hah tulah kau buat dia marah." bisik Hirmi kepada Afiq. Afiq tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Korang jangan main-main dengan aku. Nanti ada yang hilang nyawa." ugut Fasha dengan lantang. Tapi ugutannya tidak berjaya menakutkan dua sahabat itu kecuali abang Ali yang sudah beralih ke belakang mereka berdua.
"Hoi!" Fasha terkejut lalu menoleh ke arah empunya suara itu.
"Jangan kau berani nak apa-apakan kawan-kawan aku." Yusran bersuara. Fasha berundur apabila Yusran datang menghampirinya.
"Bagitahu aku kenapa kau buat diorang macam ni hah?!" jerkah Yusran cuba menakutkan gadis itu. Taktiknya berjaya. Fasha kelihatan tidak tentu arah.
"A-aku terpaksa buat macam ni kalau..kalau tak..a-adik aku..akan jadi mangsa.." jawab Fasha tersekat-sekat.
"Kenapa pulak?" tanya Afiq. Hirmi memukul lengannya kerana asyik menyampuk saja. Afiq menayang wajah selambanya.
"Se-sebab aku dah janji akan tolong bebaskan dia. Dia cakap kalau aku mungkir janji, adik aku akan jadi penggantinya. Jadi dia suruh aku cari orang untuk gantikan tempatnya." terang Fasha panjang lebar. Tiada gunanya lagi berselindung kerana kebenaran akan terbongkar akhirnya.
"Dia yang awak maksudkan tu siapa?" soalan cepumas dari Afiq lagi. Yusran menanti jawapan dari Fasha. Belum sempat Fasha membuka mulut tubuhnya sudah melayang ke dinding. Dia mengerang kesakitan yang teramat.