PROLOGUE

3.8K 109 4
                                    

PROLOG

FILDAN AQRAM

Aku baru saja naik office sebab aku sibuk urus audition yang aku gelar untuk mencari calon isteri. Yes! Aku seorang yang berjaya dalam kerjaya tapi tidak dalam soal cinta. Adalah al kisah di sebaliknya tapi aku malu mahu ceritakan. Tapi yalah! Aku akan ceritakan juga.

Aku anak yatim piatu dan sejak kecil aku dijaga oleh keluarga ayah iaitu adik kepada arwah ayah aku. Aku tahu mereka jaga aku sebab aku adalah satu-satunya pewaris harta arwah ayah yang bernilai lebih ratusan juta ringgit. Kalau bukan sebab hak aku di jaga dibawah akta undang-undang, mungkin aku dah lama merempat ditepi jalan.

Aku membesar dengan penuh kasih sayang tapi tak pernah merasakan keikhlasan mereka. Tapi sebab aku tak ada sesiapa, aku cuba untuk menyayangi mereka. Mama Rafa adalah adik arwah ayah dan hanya dia satu-satunya keluarga yang aku ada. Mempunyai 3orang anak dan suaminya berkerja menguruskan syarikat arwah ayah.

"Fildan! Kenapa Fildan putuskan pertunangan dengan Jenny? Fildan gila sudahkah?" bentak mama Rafa
"Ma, saya tak gila lagi ni. Tapi kalau saya kahwin juga dengan dia, saya betul-betul gila plus bodoh!"
"What do you mean?"
"Perempuan tu simpan lelaki lain dalam kondo saya."
"Nonsense!"
"Ma, saya ni tak buta. Terang-terang saya nampak ada lelaki lain yang tidur dengan dia. Saya tak akan cakap kalau saya tak ada bukti."

Tergamam mama aku! Aku ada bukti dan aku tak akan terima apa-apa alasan. Ini bukan drama tv3 tapi ini kenyataan.

PAP!!

Bahu aku di tepuk oleh kawan baik aku si Benjamin. Aku punya khayalan pun terbang berkepul-kepul. Nampak muka Ben buat aku rasa mahu datang gastrik ja. Biasa dia kalau datang mesti mahu ajak aku makan.

"Apa hal kau? Jangan cakap kau nak ajak aku makan! Baru jam 11pagi ni, Ben."
"Taklah. Wei, Dan! Apa hal ni? Aku dengar kau buat peraduan mencari calon isteri. Betulkah?"
"Yes! Takkan nak membujang sampai ke tua macam kau."

Benjamin ketawa kuat buat aku jelak melihatnya. Menyakitkan hati betul gayanya. Nasib baik aku cuma ada dia sebagai kawan susah senang aku. Kalau tak, dah lama aku tendang.

"Dan, kau tu cari bini bukan bibik tau. Kau tahu bini? Sehidup semati, Dan. Bukan bibik boleh tukar ganti. Kau salah pilih bini, kau hancur."
"Aku tahulah apa aku buat. Sebelum ni aku pilih pun hidup aku dah hancur."
"Mana-mana kaulah. Jom, makan!"
"Kau kalau tk makan tak bolehkah?"
"Tak makan, kau pun mati, Dan."

YAYA ALANA

Tengok burung-burung berkicau dekat sawah abah buat hati aku riang. Apa taknya, sebentar lagi musim menuai akan bermula. Tak sabar nak tuai hasil padi. Nama pun orang kampung, hal macam ni bagi aku syurga dunia. Apa lagi bila lihat adik-adik aku yang melompat ke sana ke sini.

"Yaya!"

Aku menoleh dan lihat adik aku baru balik dari Kuala Lumpur. Maklumlah, dia punya cita-cita tinggi dan tak mahu jadi orang kampung terus. Bukan setakat cita-cita, angan-angan pun tinggi sangat nak kahwin orang kaya. Aku pula yng meluat kekadang bila dengar dia bercerita.

"Kau buat apa kat sini? Tak reti nak sambut adik kau ni balikkah? Masak something kah apakah? Aku sampai rumah, tudung saji kosong lagi. Kakak apa kau ni?"
"Kau apahal? Balik-balik nak marah. Nak makan, masak! Aku bukan bibik kau!"

Aku tak kisah nak masak untuk adik-adik aku. Tapi aku dah besar macam ni pun dia layan aku macam budak kecik. Eh, pleaselah!

"Kau balik masak! Aku nak makan. Kau nak aku bagitahu mak?"
"Kau fikir aku kesah? Tahulah kau anak emas mak."
"Tahupun! Kau tak masak, siap kau!"

Aku balik kerumah dan biarkan dia membebel sendiri. Yes! Rania memang adik aku, tapi aku selalu dibezakan oleh mak. Mak lebihkan Rania sebab dia sangat berpotensi dalam pelajaran. Sementara aku, hanya dapat markah cukup makan. Selalunya gagal. Nasib baik aku masih ada abah yang selalu beri aku kata-kata semangat.

Habis SPM je aku dah tak sambung belajar. Sebab aku nak ringankan beban abah. Lagi pun adik-adik aku lagi berpotensi dari aku. Esok lusa aku kahwin in sha allah aku akan hidup senang juga. Rezeki Allah yang atur. Lepas dari tu, aku tolong abah dekat sawah.

"Mak! Tengok Yaya tu. nia balik dari jauh, satu apa pun dia tak siapkan. Masaklah ayamkah makanan sedap-sedap. Dia tercongok depan bendang tu termenung. Kahwin tak juga!" adu Rania dengan mak aku

Ikutkan hati nak je aku cilikan mulut dia yang celupar tu. Langsung tak hormat aku sebagai kakak. Mak pula dah mula start enjin nak marah aku.

"Kau ni, Yaya! Dah tahu dari semalam adik kamu nak balik, tak reti-reti nak masakkan adikkah? Itupun mak nak kena suruh? Umur dah hampir senja tapi semua kerja nak kena ketuk baru nak buat." bebel mak aku
"Yaya baru habis dari sawah, mak. Kalau nak makan pun tunggulah. Kata banyak duit, kenapa tak makan dekat kedai. Nak menyusahkan aku juga."
"Eh! Mak tak ajar Yaya kurang ajar macam ni tau. Kalau tak Nia ni kerja keras bantu abah dan bagi sumbat perut kau makanan, siapa nak tolong? Nak harap Yaya? Kebulur kita semua dalam rumah ni. Pergi masuk dapur masak apa yang patut. Nia, pergi masuk rehat dulu. Penatkan memandu dari Kuala Lumpur?"

Kecik hati aku! Kalau tak sayang akupun, hormatlah aku sebagai anak sulung dan kakak. Jatuh maruah aku depan adik-adik aku yang lain. Kalau aku ada kuasa boboiboy dah lama aku rembat batang leher Rania tu bagi dia sedar supaya beradab sikit. Semua ni salah mak sebab biarkan Rania pijak kepala aku.

RAFA

Aku dah tunggu lama saat ni. Tapi aku tak boleh terburu-buru. Aku akan buat Fildan percaya dengan aku. Lagipun aku tahu dia sayangkan aku. Dari kecik aku jaga dia. Dah besar ni dia kena bagi aku kesenangan. Cukuplah aku susah payah besarkan dia. Tak ada yang percuma dalam dunia ni.

"Mama, macam mana ni? Aulia nak travel dengan kawan-kawan. Takkan 10ribu pun mama tak ada?" kata Aulia
"Memang tak ada! Lia ingat mama ni cop duitkah?"
"Mintaklah dengan anak emas mama tu. 10ribu tak banyak pun pada dia."
"Fildan baru dapat hak atas harta warisan uncle Aqram. Kalau mama minta sekarang, apa pula kata Fildan?" aku separuh berbisik
"Aulia tak kira. Apa cara sekalipun, mama kena sediankan duit tu. Bukan selalupun Lia travel ni. Mama tak sayang Lia, kah?"

Budak ni! Sedang aku memujuk Aulia, tiba-tiba Fildan muncul dengan sekeping cek lalu diberikan pada Aulia. Berlonjak kerianganlah Aulia. Aku juga yang melopong! Selama ni berpenat lelah membesarkan dia, tak pula dia bagi aku 10K tu!

"Lia hati-hati kat negara orang. Call mama selalu."
"Thank you, abang! You're the best brother!"

RANIA

Handphone di tangan aku belek. Mesej ke tak? Kalau aku mesej, nanti kena cop gatal pulak! Tak payahlah. Nanti aku balik baru jumpa dia. Kerja satu bangunan juga pun.

"Kenapalah kau buat aku gila bayang? Kalau aku tak dapatkan kau, jangan sebut nama aku, Rania! You will be mine!"

Aku senyum. Aku akan dapatkan bos aku walau apa cara sekalipun. Aku tak nak terus hidup di kampung. Mak dengan abah? Ada anak dara tua tu akan jaga. Buat apa aku nak susah hati fikirkan mereka?

PENGANTIN SAPUWhere stories live. Discover now