part 14

1.3K 94 11
                                    

PART 14

RAFA

Aku tak sangka akan di permalukan seperti ini. Badan aku penuh dengan tepung. Kepala aku kena hempap basin. Sungguh memalukan!! Perempuan tu boleh buat selamba saja tersengih macam sayur busuk. Yang si Fildan boleh pula dia cakap perempuan tu cuma bergurau. Hey! Kepala aku! Sakit tahu tak?

"Ma, you okay?" tanya Fildan
"What do you think? Am i okay? Bini Fildan ni tak tahu nak hormat mertua diakah?"
"Saya mana tahu mama nak datang. Lain kali guna handphone tu. Supaya saya bolehlah siapkan sesuatu. Lagipun mama masuk rumah tak bagi salam."
"See!! She 's talkback to me, Fildan!"
"Mama dahlah tu. Mama mesti laparkan? Sayang dah masak?"
"Dah. Jomlah makan."
"Kita makan dululah. Supaya mama sejuk sikit. Sayang siapkan makanan."

What?? Fildan langsung tak marah dekat perempuan tu. Dia bagi Fildan makan apa? Sementara dia siapkan makanan, aku ambil kesempatan cuci otak Fildan. Tapi dia buat macam angin limpas saja. Kalau tak kerana aku nak tumpang kesenangan dia jangan harap aku nak datang sini.

"Mama tak boleh terimalah bini Fildan macam ni."
"Give her a chances, mama. She's nice to me.  Mama pun janganlah asyik tengok yang buruk je. Yaya baik sebenarnya. Her attitude is be based on how you treat her, ma."
"So, sekarang ni mama yang salahlah. Bini kamu yang baik?"

Fildan geleng kepala. Selepas makan kami duduk berdua sebab aku dah pesan tak nak tengok Yaya. Geram aku kalau ingat kejadian tadi.

"Mama datang sini, mesti ada hal kan?"
"Mama nak tanya pasal wasiat arwah. Ada tak nama lain selain nama Fildan dan wakaf?"
"Maksud mama, nama mama?"
"Contohnyalah. Ada tak?"
"Nama lain tak ada tapi ada mention about my future wife. This house will belong to her."
"Ayah Kamu tak waras agaknya masa buat wasiat ni. Takkan nak bagi rumah nilai jutaan ringgit dekat orang yang baru Fildan kenal. Nonsense!"

Fildan berdiri dan ajak aku makan. Hilang selera aku. Takkan sikitpun tak ada ditinggalkan untuk aku. Im his only sister! Kalau aku minta hak aku, mesti Fildan akan tahu niat aku jaga dia selama ni semata-mata harta peninggalan tu. Baik aku senyap.

"Mama, papa macam mana?"
"Papa? Entahlah. Sejak kebelakangan ni banyak sangat projek luar dia. Banyak sangatkah projek dekat syarikat tu sampai tak lekat dekat rumah?"

Fildan tersengih dan berkata, "banyak sangat, mama. Papa kerja keras tu nak bagi mama duit juta-juta."
"Papa nak bagi mama duit juta-juta? Berapa sangatlah gaji papa dekat syarikat Fildan tu. Selama ni, harap Fildan saja yang bagi mama duit."

Fildan pegang tangan aku dan mengeluh.

"Mama, sekali sekala pantaulah papa dekat luar. Gaji papa bukan kecil tau. How if, papa simpan perempuan lain dekat luar?"

Aku terdiam! Aku tak pernah terfikir hal ni. Tapi kalau betul Azman simpan betina dekat luar, siap dia!

RANIA

"Macam mana, sayang? Dah jalankan plan kita?"

Azman memelukku erat. Ya! Aku ada hubungan sulit dengan papa Fildan. Dia nak harta Fildan, tapi aku nak Fildan dan hartanya. Takkan aku nak habiskan sisa hidup aku dengan lelaki berumur yang dah bau tanah. Nonsense!

"Belum lagi. Tak lama lagi. Sejak dia dah kahwin, saya susah sangat nak dekat dengan dia. But don't worry, this is Rania. Dia akan masuk perangkap juga nanti."
"That's my girl. Saya tak dapat buat apa-apa sekarang. Fildan macam dah tahu pasal penggelapan wang 2juta tu."
"Apa? Macam mana dia boleh tahu? Kalau dia siasat macam mana?"
"Saya kenal Fildan. Dia sayangkan keluarga dia. Kalau dia tak pandang saya, dia akan fikir perasaan mama dia tu."
"Habis sekarang ni macam mana?"
"Jangan risaulah, sayang. Akaun tu dah closed bererti kes tutup!"
"Thank god!"

PENGANTIN SAPUWhere stories live. Discover now