part 8

1.3K 77 3
                                    

PART 8

YAYA ALANA

Pusing kiri, pusing kanan. Tak dapat tidur pula. Aku tak sangka Fildan sanggup datang sini semata-mata untuk bersihkan nama aku. Teringat dia yang tidur di beranda buat aku tersenyum.

"Selamat menjalani hukuman."

Perlahan aku melangkah keluar. Niat aku sekadar untuk menjenguk keadaannya di luar. Biar macam mana pun dia tetap tetamu aku.  Aku berdiri di tepi tingkap dan aku lihat Fildan baring sambil bercakap dalam telefon.

"Bergayut dengan girlfriend lah tu."

Tak lama Fildan duduk dan menepuk nyamuk di lengannya.

"Banyak nyamuk, bro! Dia buang aku tidur dekat beranda tahu tak? Hahaha! Tak apa, Ben. Hati aku dah pilih dia. Setakat tidur dekat beranda ni apalah sangat. Kalau aku nak, boleh je aku tidur dekat kereta. Selesa, aircond lagi. Tapi Yaya suruh aku tidur dekat beranda. Katanya special. Aduhai, Yaya."

Aku senyum. Lelaki sejatikah yang ada dekat depan aku ni? Aku menapak semula ke bilikku. Sampai pagi aku tak dapat lelapkan mata. Fildan mula mengganggu fikiranku.

'Hati aku dah pilih dia.'

Kata-kata Fildan buat aku tak lena tidur. Asyik mengkhayal kemanisan kata-katanya dan tersenyum seorang-seorang. Jangan sampai aku gila bayang pula. Itu sangat memalukan. Bila dengar ayam berkokok, aku cepat-cepat ke dapur. Sudah jadi kebiasaan bagi aku untuk sediakan sarapan sebelum abah ke sawah. Tapi sampai aku di dapur, aku nampak Fildan sedang buat air panas.

"Awal awak bangun?"
"Sejuk dekat beranda. Rasa nak selesema pula."

Aduh! Serba salah pula aku.

"Duduklah, saya buatkan awak lemon panas. Milo tu tak sesuai."
"Terima kasih, sayang."
"Ihhh! Tak kuase i!"

Fildan ketawa dan duduk di lantai. Maklumlah rumah kampungkan. Sebab tu Rania tak suka balik kampung. Kalau balik pun sebab mak semata-mata.

"Pagi-pagi buta memekak. Tak tahu orang tengah tidurkah?"
"Maaf, mak."

Mak terus berlalu ke bilik air. Fildan pula buat-buat tak tahu. Lepas buat sarapan aku dan Fildan ikut abah ke sawah. Tak nak aku tinggalkan Fildan di rumah. Nanti mak cakap bukan-bukan pula. Cukuplah aku yang hadap makian mak setiap hari.

Aku perhatikan abah dengan Fildan berborak serius. Aku hanya duduk di pondok. Entah apa yang mereka bualkan aku pun tak tahu. Dua hari berlalu begitu cepat. Esok kami akan pulang ke KL. Berat pula rasa hati tinggalkan abah di kampung. Tapi aku baru saja kerja. Alang-alang aku dah merantau baik aku teruskan saja.

"Yaya, abah nak cakap sikit ni."
"Cakap banyak pun tak apa, bah."
"Yaya umur dah 30tahun. Tak adakah sesiapa dalam hati Yaya tu?"
"Abah, Yaya ni membesar depan mata abah. Abah lebih tahulah anak abah ni."
"Kalau macam tu, abah nak minta sesuatu."
"Apa tu?"
"Kahwin dengan Fildan."
"Abah.."

Terkejut aku dengar permintaan abah. Tapi berat rasanya nak menolak. Tapi kahwin dengan Fildan? Bukan aku nak jual mahal tapi ini soal hati. Hati aku masih ada Erol.

"Abah berkenan sangat dengan Fildan. Baik budaknya. Kalau ada satu hal yang abah boleh minta, abah cuma mahu Yaya kahwin dengan Fildan. Soal cinta, percaya cakap abah, lepas kahwin Yaya akan belajar untuk mencintai Fildan."
"Bagi Yaya masa abah. Yaya baru kenal dengan Fildan."

Abah angguk tapi aku tahu dia sedikit terkilan. Aku takut! Aku takut melukakan hati sesiapa. Sejak Erol muncul, hidup aku jadi lebih bahagia. Aku tahu dia dah berkahwin. Tapi aku tak dapat nafikan perasaan aku. Debaran aku masih sama macam dulu.

PENGANTIN SAPUWhere stories live. Discover now