part 16

1.7K 167 29
                                    

PART 16

YAYA ALANA

Kalau aku tak fikir Rania adik kandung aku, memang dah lama aku cilikan dia. Nasib baik aku rasa masih ada tanggungjawab sebagai seorang kakak untuk nasihatkan dia. Mungkin juga aku yang salah tapi aku tak pernah ada niat nak rampas Fildan dari dia. Dia juga sepatutnya terima kenyataan Fildan dah jadi suami aku. Apa cara sekalipun, aku akan pertahankan rumahtangga aku!

"Sayang, jom balik."

Kami terus turun dan masuk ke dalam kereta. Tiba-tiba aku nampak Rania masuk dalam kereta papa. Serapat itukah hubungan mereka?

"Awak, tu bukan papakah?"
"Mana? Papalah tu."
"Dengan Rania?"
"Rania? Sayang salah nampak kot. Raniakan halfday hari ni lepas berdebat dengan sayang tadi."

Betul juga. Rania terus balik tadi lepas aku cuci telinga dia. Tapi kenapa aku yakin yang aku nampak tadi Rania? Kalau bukan Rania, siapa pula perempuan yang ada dengan papa?

"Habis, perempuan yang saya nampak tadi tu, siapa?"
"Biasalah lelaki."

Jawapan Fildan buat aku menoleh ke arahnya.

"Tak, maksud saya biasalah lelaki kalau ada simpanan lain dekat luar."
"Awak pun sama! Entah-entah lepas ni jadi macam papa awak tu."
"Sayang nak ke? Nak sangat payung emas?"
"Boleh je! Tapi saya akan hadiahkan awak payung juga."
"Payung apa?"
"Payung yang biasa letak dekat kubur tu."

Huh! Berubah wajah Fildan. Dia ingat aku tak cintakan dia, dia senang-senang nak selingkuh? Walaupun perasaan cinta belum ada, tapi sebagai isteri aku akan jaga perkahwinan ni sebaiknya.

"Habis tu, bila sayang nak jadi isteri saya yang seutuhnya?"

Soalan Fildan kali ni buat aku kelu tak dapat berkata apa-apa. Melihat aku yang hanya berdiam, Fildan terus menyalakan radio. Usia perkahwinan kami sudah berjalan beberapa bulan tapi aku masih suci. Sikitpun Fildan tak pernah mengeluh atau cuba ambil kesempatan. Mungkin aku patut lupakan Erol, dan beri peluang dekat Fildan.

EROL

Sampai saat ini aku masih tak faham kenapa Yaya tolak lamaran aku? Sedangkan selama ni dia cintakan aku. Aku tahu sangat! Kenapa saat aku dah buka hati aku untuk dia, malah dia menolaknya. Apa pun alasannya, aku harus tahu. Ini soal hati dan perasaan.

"Mana perempuan kesayangan kamu tu? Sampai sekarang tak ada kamu bawa dia jumpa mamy?"
"Nanti dah sedia, Erol bawalah jumpa mamy. Kejadian hari tu buat dia takut agaknya."
"Mamy nak tanya ni. Perempuan tu anak dato' mana? Kerja apa?"
"Penting sangatkah harus anak dato'? Mamy, itu semua tak jamin kebahagiaan tau."
"Mamy tak nak anak mamy tersalah pilihan, itu aje! Ingat Erol, restu mamy yang akan jamin kebahagiaan kamu."

Kenapa aku tersepit di tengah-tengah? Aku jadi serba salah antara cinta ibu dan kekasih. Bukankah aku juga berhak untuk bahagia?

RAFA

Orang tua ni tak balik-balik lagi. Memang dia buat tak baik belakang aku ni. Firasat aku sangat kuat mengatakan yang dia ada perempuan lain.  Tak apa! Kalau aku dapat tangkap kau berduaan dengan perempuan lain, aku akan pastikan kau keluar dari rumah aku dan syarikat Fildan sehelai sepinggang!

"Mama ni kenapa? Ke hulu ke hilir, penatlah Lia tengok!"
"Kau apa tahu? Mama syak papa kamu ni main kayu tiga. Sekarang dah nak subuh tak balik-balik lagi."
"Biarkan je lah, mama. Papa tu dah besar panjang. Selagi papa bagi mama duit, biar aje lah dia nak buat apa dekat luar."
"Amboi! Esok lusa kamu kahwin, kamu nakkah berkongsi laki? Nak?"
"Nak! Selama dia bagi duit dekat Lia. No hal!"
"Mata duitan benar kamu ni."
"Mama pun sama."
"Dah pergi masuk tidur! Bukan kamu yang bayar bil astro, bil api ni nak melantak tengok tv sampai pagi."

PENGANTIN SAPUWhere stories live. Discover now