part 18

1.9K 200 49
                                    

PART 18

RANIA

Akhirnya! Akhirnya aku dapat pisahkan kau dengan Fildan. Ini baru permulaan Yaya. Kau akan hilang segalanya! Aku takkan berhenti selagi tak nampak kau hancur dan putus asa untuk hidup. Kalau boleh biar sampai kau bunuh diri. Sama macam aku sekarang hidup tapi sama seperti mati!

Ting!

📩 AZMAN
Miss you! Saya nak lagi rasakan kehangatan tubuh awak tu.

"Arrrghhh!!!"

Sejak hari Azman rogol aku, dia sering jadikan aku mesin seks untuk puaskan nafsunya. Airmata aku pun dah tak mampu untuk mengalir lagi. Kau tunggu kehancuran kau Azman!

Krek! Pintu terbuka dan Azman muncul di depan pintu. Dia bawa banyak barang lalu di letakkan ke dapur. Kemudian dia duduk sebelah aku.

"Kenapa rambut kusut sangat?"

Katanya lalu membetulkan rambutku. Jijiknya aku bila di sentuh lelaki jahanam seperti Azman hanya tuhan yang tahu. Tapi aku tak mampu untuk melawan saat ini selain daripada akur.

"Jom! Saya nak awak."
"Saya penatlah! Tak ada mood."
"Aku kata aku nak, sekarang!"
"Aku penatlah! Kau ingat aku mesin? Bila kau nak tinggal tekan butang on? Aku manusialah, sial!"

Pap! Pap!

"Sejak bila kau pandai lawan cakap aku ni? Kau melawan ya? Sini!"

Azman menarik tanganku lalu aku di tolak kasar di atas lantai. Tanganku di ikat di kaki meja seolah dia sudah sediakan tali dan memang nak lakukan aku seperti itu.

"Dasar binatang!"
"Jerit! Aku lagi suka kau jerit." sorak Azman smbil membuka bajunya satu persatu

Tak ada lagi rasa sakit yang aku rasakan kerana aku dah terlalu kebal untuk merasakan sakit. Kenapa aku diperlakukan seperti ini? Kenapa aku selalu sial!? Kenapa hidup aku tak senikmat hidup Yaya? Kenapa Allah?!!

YAYA ALANA

Aku tak tahu mana nak pergi selain dari balik kampung. Walaupun sebenarnya aku takut dengan mak dan abah, tapi aku tak ada tempat lain lagi untuk ku tuju.  Aku yang baru sahaja sampai melihat mak sedang menyapu halaman rumah.  Aku tarik nafas sebelum keluar dari teksi.

"Assalamualaikum, mak!" ucapkan sambil tersenyum
"Waalaikumsalam, Yaya? Balik seorang? Fildan mana?"

Aku terus saja salam tangan mak lalu memeluknya. Kali ini mak membalas pelukan ku tak seperti dulu.

"Fildan sibuk mak. Dia tak dapat balik. Abah mana?"
"Ada dekat atas tu. Abah kamu tu tak sihat. Pergilah naik tengok."

Aku terus naik dan melihat abah yang terbaring di ruang tamu. Sayunya hati saat melihat abah. Kalau aku mengadu sekarang, nanti keadaan abah akan bertambah buruk. Jadi aku buat keputusan untuk diam sementara tunggu abah sembuh. Aku pun tak tahu sama ada Fildan ceraikan aku atau tidak sebab dia masih belum buat keputusan. Dan aku masih lagi isteri sah Fildan.

"Abah."
"Yaya, balik sendiri?"
"Ya, seorang je. Menantu abah tengah sibuk."
"Eloklah kamu balik. Abah rindu sangat dengan kamu."

Aku terus peluk abah. Pecah juga tangisan aku akhirnya. Barulah terlepas beban di bahu aku walau aku tak mengatakan apa-apa dengan abah. Hanya dengan memeluknya buat aku merasa tenang. Tak lama selepas itu, mak naik sambil bercakap dalam telefon. Aku dapat agak itu panggilan dari Rania. Adik aku yang tak guna tu! Kalau aku tak fikir abah tengah sakit, nak saja aku buka mulut apa yang Rania  dah buat dekat aku dan Fildan.

"Eloklah Nia pulang. Abah tu tak sihat. Tak apa, mak tunggu." bunyi bicara mak  kepada Rania sebelum menamatkan panggilan
"Rania nak balikkah, mak?"
"Iya, dah lama juga dia tak balik lepas ambil kereta dia hari tu. Hari ni baru nak balik katanya."

PENGANTIN SAPUWhere stories live. Discover now