part 19

2.3K 178 51
                                    

PART 19

RANIA

"Keluar dari rumah ni! Selagi kau tak jadi manusia, kau jangan balik. Kalau abah dengan mak kau sendiri tak mampu didik kau jadi manusia, biar dunia luar yang didik kau. Rasalah macam mana rasanya tak ada orang tua."

Kata-kata abah langsung tak aku hiraukan. Aku masih boleh hiduplah tanpa kamu! Aku angkat kaki dari rumah tu dan tak menoleh langsung. Menyesal? Tak sekali-kali. Aku takkan pernah menyesal sebab aku yakin aku boleh berdikari sendiri. Aku masih boleh gunakan Azman! Terlanjur maruah aku tergadai.

"Aku masih ada RM2juta dalam akaun aku. Buat apa aku nak hambakan diri dengan lelaki tak guna tu? Lepas ni aku nak jual rumah tu dan pergi jauh dari sini."

Ya! Aku dah tak mahu tinggal dalam Malaysia ni. Dah tak ada yang aku inginkan dekat sini. Dekat sinilah hidup aku hancur. Aku pasti sekarang Yaya tengah ketawakan aku. Pasti dia sedang berbahagia atas penderitaan aku.

RAFA

Aku langsung tak dengar khabar dari Aulia sejak keluar dari rumah tu. Entah apa khabarnya. Mungkin aku yang tak tahu mendidik anak sampaikan dia jadi seperti itu. Entah kenapa naluri aku terasa tak sedap sejak beberapa hari ni. Memikirkan masalah rumahtangga Fildan, fikirkan rumahtangga aku yang dah hancur. Kepala aku sakit!

"Fildan! Jumpa Yaya?"

Fildan menggeleng.

"Semua tempat Fildan cari tapi dia tak ada. Fildan dah buntu, mama. Mungkin dia dah tak nak maafkan Fildan lagi."
"Janganlah putus asa. Kalau kamu berdua memang jodoh, gaduhlah, bencilah macam mana pun, tetap akan bersama juga."
"Yalah. Fildan naik atas dulu."

Aku biarkan Fildan tenangkan perasaannya. Wlaupun aku tahu bukan mudah untuk siapapun yang berada dalam posisinya sekarang. Telefon yang aku letakkan di atas meja berdering dan aku terus menjawabnya.

"Hello!"
"Puan Asmah?"
"Iya. Dari siapa ya?"
"Kami dari hospital nak maklumkan bahawa anak puan Arman dan Aulia kemalangan dan berada dalam ICU."
"Apa??! Fildan!"

Aku rasa lutut aku seperti tak bertulang lagi selepas mendengar berita itu. Fildan bergegas turun dan kami terus berangkat ke hospital setelah itu. Aku berusaha menghubungi Azman tapi dia tak jawab panggilan aku. Dasar lelaki tak guna! Mesti dia sedang berfoya-foya dengan betina sundal tu sampai anak-anak terabai.

Setengah jam kemudian kami sampai di hospital dan aku di khabarkan dengan berita duka yang aku tak mampu untuk terima.

"Maafkan kami puan, kami dah cuba sebaik mungkin untuk selamatkan anak puan, tapi tuhan lebih sayangkan dia. Arman dah meninggal."
"Arman!!! Anakku!"
"Mama istighfar. Mama tak boleh macam ni. Ada Aulia yang masih perlukan mama."
"Aulia? Doktor, Aulia macam mana?"
"Hmmm... Team kami sedang cuba selamatkan Aulia. Tapi ada sesuatu diluar ilmu pengetahuan kami yang berlaku."
"Kenapa anak saya doktor? Selamatkan Aulia!"
"Kami sedang cuba. Tapi Aulia, ada cecair putih yang tak henti keluar dari mulutnya. Rasanya dia buat dosa besar yang puan tak ampunkan lagi."

Mungkin kerana kata-kata aku yang menyebabkan Aulia seperti itu. Aku telah mengharamkan air susuku untuk Aulia. Sekarang hanya taubatnya yang akan menyembuhkan dia. Ya, Allah! Berilah kesempatan untuk anak aku bertaubat. Setelah itu, andai kau ingin mengambilnya, aku redha. Aku tak berhenti berdoa sepanjang Aulia di rawat. Beberapa jam kemudian doktor keluar dan menemui aku.

"Puan, temuilah anak puan dan ampunkanlah dia supaya perjalanannya lebih mudah. Kalau ikutkan, anak puan dah lama meninggal tapi ada sesuatu yang menghalangnya." kata doktor

Aku pun masuk dan melihat Aulia memandang ke arahku dengan mulut yang penuh dengan air susu. Dengan tanganku aku mengesat air susu yang tumpah dari mulut Aulia dan membasahi lantai. Entah berapa lama sudah dia seperti ini. Airmata aku mengalir dan menyesal kerana telah menyumpah anak sendiri.

PENGANTIN SAPUWhere stories live. Discover now