part 13

1.3K 82 0
                                    

PART 13

FILDAN AQRAM

Siapa sebenarnya lelaki tu? Selain dari bekas bos Yaya, aku langsung tak tahu. Ini bukan pertama kali aku nampak dia. Apa hubungan mereka berdua. Yaya seolah mengelak dari dia berjumpa dengan aku sampai snggup beli barang dapur dekat tempat lain. Bukan aku tak nampak lelaki tu pegang tangan Yaya.

Balik tadi pun, Yaya terus berkurung dekat bilik sebelah. Kalau aku tak panggil mungkin dia tak nak keluar. Ya Allah, ujian apa ni. Perkhwinan kami baru sebulan lebih. Janganlah kau timpakan ujian sebelum aku menguatkan ikatan perkahwinan kami ni. Jangan sekarang Ya, Allah!

Habis aku solat, aku nampak Yaya berdiri lengkap bertelekung menunggu aku habis solat. Hidungnya merah. Begitu juga matanya. Aku tahu dia pasti baru habis menangis.  Semoga selepas dia solat, allah titipkan ketenangan dalam hatinya.

"Nak solat?"
"Tak, nak berenang ni. Nak ikut?"

Bini aku!!

"Lepas solat, kita berenang. Kolam renang besar dekat depan tu. Sayang tak guna. Berenang boleh hilangkan sakit hati. Tak percaya, cubalah!"

Tiba-tiba wajahnya menjadi redup. Entah apa salah dengan kata-kataku. Dia berjalan dan berdiri atas sejadah. Aku perhatikan gerak solatnya yang khusyuk. Terdengar esak tangis di sujud terakhirnya dan apabila dia duduk antara dua sujud, tiada lagi airmata yang keluar. Selesai solat dia berdiri dan salam tangan aku buat kali yang pertama. Yes! 100% dia buat salah dengan aku. Tapi sebagai suami, aku maafkan Yaya. Dalam hati aku katakan, apapun dosa atau salah yang dia buat dekat aku hari ni, aku maafkan.

"Jom berenang! Saya tak pernah mandi dekat air biru ni. Biasa dalam lumpur je." katanya sambil tergelak

Yes! Inilah bini aku. Dia boleh buang sedih atau marah dia dalam sekelip mata. Tapi bahaya! Dalam diam dia akan balas dendam. Aku dah kena banyak kali tapi aku tak serik. Aku lagi suka!

"Air tu tak birulah sayang. Yang biru kolam dia je."
"I tak kisah! I nampak biru, mean's birulah!"

Main tarik tangan saja dia turun bawah dan tak cakap apa-apa terus terjun. Dekat tangan aku ada handphone aku!

"Sayang!"

Aku tunjukkan handphone aku yang dah basah lencun dekat depan Yaya. Dia ketawa dan buang handphone aku dekat dalam air sekali lagi. Actually, aku nak marah! Tapi bila tengok Yaya happy, i just, tak apalah. Esok beli baru. Ada juga alasan aku belikan Yaya telefon. Yaya berenang siap buat kuak lentang lagi. Bukan main gaya dia. Aku nampak dia naik kemudian dari atas dia berlari ke arah kolam. Aku dapat bayangkan dia terjun atas aku dan aku tenggelam dekat sini. And yes! It's happened!!

Bluurrb! Blurrb! Blurrb!

Kami sama-sama tenggelam. Tapi dalam air yang berkocakkan aku dapat melihat Yaya menantang anak mataku dan semuanya seolah jadi slow motion.  Aku sentuh pipinya dan beberapa saat kemudian, dia naik ke permukaan. Dia pandang aku yang berjalan ke arahnya. Semakin dekat semakin dia mundur ke belakang. Sampailah badannya tersandar dekat tepi kolam. Dapat aku lihat dadanya berombak kencang.

Tanganku kini berada di antara tubuh Yaya dan dia terperangkap. Aku rapatkan wajah kami. Aku tak pernah ada perasaan seperti ini sebelum ni. Dada aku macam nak pecah! Bibir Yaya jadi sasaran mata aku saat ni. Merah merekah bibir Yaya. Buat ku menelan air liur. Semakin hampir bibirku bertemu bibirnya, Yaya memejamkan matanya. Begitu juga aku. Tiba-tiba Yaya menyemburkan air ke mukaku dari mulutnya.

"Hahahaha! Jangan harap dapat cium saya!"

Yaya terus naik ke atas dan tinggalkan aku keras dekat dalam kolam. Sungguh kejam!! Sikit pun tak bagi aku rasa. Aku naik dan berjalan ke arah meja untuk ambil tuala tapi!! Mana tuala aku?

PENGANTIN SAPUWhere stories live. Discover now