Part 17

2.2K 195 45
                                    

PART 17

FILDAN AQRAM

Sampai macam tu sekali papa buat dekat mama? Berpuluh tahun dia menumpang kesenangan mama, sekarang dia halau mama tanpa perasaan. Rampas semua harta yang mama ada. Aku tak boleh berdiam diri tapi aku tak boleh terlalu terburu-buru. Biarkan dia buat apa yang dia mahu buat. Sampai masanya dia akan aku buat berlutut memohon belas kasihan untuk drinya sendiri.

"Sayang, saya pergi kerja dulu. Tolong jaga mama dekat rumah."
"Okay, awak jangan risau. Hati-hati memandu."
"Okay."

Aku terus berjalan ke arah pintu tiba-tiba Yaya memanggilku.

"Awak!"

Aku menoleh.

"Pinjam tangan kanan kejap?"

Aku yang kehairanan pun menghulurkan tangan aku lalu Yaya menariknya dan di kucup. Aku tersenyum, rupanya dia nak salam aku. Dengan lembut aku pegang kepala Yaya dan aku rapatkan bibirku ke dahinya.

"Dah ada rasa cinta tak?" tanyaku
"Siii.....kitlah." balasnya
"Tak apa, lama-lama nanti jadi banyaklah tu. Saya pergi dulu."
"Okay, bye suamiku!" lontarnya dengan gelak tawa
"Bye, sayangku!"

Nampaknya aku dah ada peluang baik ni. Tapi hari ni, Yaya tak ikut aku masuk office dah sebab ada mama dekat rumah. Nasib baik Yaya faham keadaan aku. Tapi aku kena jaga dirilah nampak gayanya. Godaan terbesar aku adalah Rania. Dia tu sanggup buat apa saja asalkan dapat apa yang dia mahukan. Jauh sangat perangai dia dengan Yaya.

Sampai dekat office, aku nampak papa dah ada dalam bilik dia. Aku buat-uat tak nampak dan tak mahu dia tahu yang aku tahu pasal apa yang dia buat dekat mama. Tapi namanya orang buat salah, dia sendiri datang jumpa aku.

"Fildan, sekejap!" panggilnya
"Ada apa, papa?"
"Mama ada pergi rumah kamu tak?"
"Mama? Tak ada. Papa pun tahu mama mana suka dengan Yaya. Memang taklah dia nak datang rumah Fildan. Kenapa, mama tak ada dekat rumahkah?"
"Tak adalah. Papa tanya je. Sebab mama kata nak ke rumah kamu. Call kamu pun tak ada?"
"Tak ada papa. Lain macam je papa tanya ni. Ada apa-apa yang tak kenakah?"
"Tak adalah. Tak apalah, papa buat kerja dulu."

Dia terus masuk semula ke biliknya. Nampak sangat buat salah. Tak apa, bersenang-senanglah dulu. Aku berjalan masuk ke bilikku dan Rania sudah ada di sana dengan segelas air teh. Jangan kata dia nak bagi aku minum ubat tidur. Dah banyak drama buat macam tu, Rania. Aku takkan terkena. Oh, ataupun dia nak guna-gunakan aku?

"Kau nak apa?"
"Hai, abang ipar kesayanganku! Kasarnya sapaan."
"Kau masih ada dalam syarikat ni sebab ihsan kakak kau tau. Kalau ikutkan aku, dah lama aku tendang kau keluar."
"Fildan, salahkah aku cintakan kau? Kau boleh je kahwin 4 kalau kau nak. Kau lebih dari mampu."
"Tapi aku tak mampu nak pandang muka kau. Kau keluar sekarang! Sebelum sabar aku habis baik kau keluar.  Keluar!!"

Terangkat bahu Rania bila aku membentaknya dengan nada sangat kasar dan kuat. Tapi aku takkan terpedaya dengan airmatanya. Pintu dihempas kuat. Kalau aku tak fikirkan perasaan abah dekat kampung, aku dah lama bagitahu abah apa yang Rania buat ni. Aku tak boleh lemah depan Rania nanti akan memakan diri aku sendiri.

RANIA

Bengkak hati aku dengan Fildan hari ni. Aku tak tahu harus buat apa lagi untuk dapatkan dia. Kenapa susah sangat nak jinakkan Fildan? Aku hampir putus asa saat ini. Semua sebab perempuan bodoh tu! Kalau bukan sebab dia, aku dah kahwin dengan Fildan. Kenapa kau tak mati sekali dengan kembar kau dulu? Sekarang menyusahkan aku. Semua benda kau rampas dari aku. Kasih sayang abah sekarang cinta hati aku!

"Sayang, saya tunggu dekat tempat biasa. Kenapa tak keluar lagi?" SMS yang Azman hantar mengejutkan aku

Aku kerling jam di dinding dah hampir pukul 6petang. Patutlah dia SMS. Aku matikan PC dan terus keluar menuju ke tempat parking kereta yang biasa Azman tunggu untuk jemput aku. Sampai saja aku terus masuk dan sandarkan diri aku smbil pejamkan mata.

PENGANTIN SAPUWhere stories live. Discover now