part 10

1.4K 81 3
                                    

PART 10

FILDAN AQRAM

Dua minggu aku ajak keluar tak mahu. Ajak makan sama tak mahu. Aku datang jumpa sekejap pun dia tak mahu jumpa. Kenapa buat aku macam ni Yaya? Aku rindukan kau takkan kau tak rasa apa yang aku rasakan.

"Huh! Dua minggu kau menghilang, hari ni tahu pula kau jalan pulang?"

Terkejut aku dengar seperti riuh di bawah. Siapa pula yang mama marah? Aku terus keluar sampai tangga saja aku nampak Yaya berdiri depan mama.

"Buat apa kau datang sini?"
"Saya datang nak jumpa suami saya. Tak ada kena mengena dengan mama."
"Siapa cakap aku tak kena mengena? Fildan tu biarpun bukan anak aku tapi aku yang besarkan tau!"
"Saya cakap saya tak nak jumpa mama. Saya nak jumpa suami saya."
"Sayang!"

Yaya menoleh dan terus berjalan naik ke atas. Aku paut bahunya masuk ke bilik. Entah mimpi apa dia datang jumpa aku. Atau aku yang mimpi sekarang ni?

"Awak, towel please!"

Aku capai tuala dn berikan pada Yaya. Mungkin penat berkerja. Tapi kenapa dia nampak lain sangat malam ni? Pakaian tu? Solekan? Dia dari mana? Yaya masuk bilik air dan aku sediakan air minum untuk Yaya.

Lama aku menunggu tapi belum keluar-keluar juga Yaya dari bilik air. Tapi aku dengar bunyi percikan air bermakna Yaya masih mandi. Apa yang dia buat lama sangat dekat dalam tu?

"Sayang, lama lagi tak?"
"Siap dah!" sahutnya

Aku menunggunya di depan pintu. Bila dia keluar, Yaya terkejut tengok aku depan pintu

"Ya, Allah! Fildan!Awak dah kenapa tercongok depan pintu macam zombi nak makan otak?"

Fuh! Leganya aku bila Yaya dah kembali normal. Tak macam tadi muka dah tak boleh nak lukis. Tak nak aku banyak tanya yang penting dia ada depan mata aku sekarang.

"Saya penat. Macam biasa, awak tidur bawah."

Dengan langkah longlai Yaya naik atas katil dan terus bertiarap tanpa pedulikan aku yang merindu. Aku masuk bilik air untuk gosok gigi dan aku lihat pakaian yang dipakai Yaya dia buang ke dalam tong sampah. Pada mulanya aku berfikir kalau mungkin baju itu koyak tapi bila aku lihat dengan teliti, baju itu masih sangat baru dan masih ada haruman dari butik.

"Jangan-jangan dia ada lelaki lain di belakang aku. Atau... Ah! Aku tak boleh terlalu meneka."

Aku keluar dan tengok Yaya masih baring seperti tadi. Aku baring di sebelahnya tapi dia langsung tak bagi respons. Aku yang merasa baring Yaya seperti tak selesa untuknya segera membetulkan tubuh Yaya. Yaya mengeluh halus sebelum pusing lalu menyembamkan mukanya ke dadaku. Rambutnya ku belai agar dia dapat tidur semula.

YAYA ALANA

"Awak gilakah?"
"Tak, Yaya. Saya memang cintakan awak."
"Mengarut!"
"Saya memang dah kahwin. Tapi isteri saya dah lama meninggal. Sebab tu hari ni saya pilih untuk jujur pada awak yang saya cintakan awak. Awak pun cintakan saya, kan?"

Aku yang terkejut mula meruntun kerana menyangka selama ini aku bertepuk sebelah tangan. Airmata keluar tanpa aku sedar. Erol cintakan aku? Ya! Tapi... Fildan?

Saat itu aku hanya fikirkan Fildan. Aku tak boleh pentingkan diri. Perlahan aku undur dan lari keluar. Kebetulan ada teksi dan aku terus masuk agar Erol tak dapat kejar aku.

"Cik, nak ke mana ya?"
"Jalan Melawati."

Aku tak balik rumah Kak Jina tapi aku terus menuju ke rumah Fildan. Merasa sangat berdosa kerana keluar dengan Erol tanpa izin dari Fildan. Sepatutnya aku sedar yang aku tak boleh melakukan sesuatu tanpa izin Fildan kerana dia suami aku yang sah! Walaupun aku tak cintakan dia.

PENGANTIN SAPUWhere stories live. Discover now