BAB 2

51K 2.7K 297
                                    

RAYYAN dan Rafiq mengangkat kepala masing-masing apabila mendengar bunyi kerusi ditarik.  Kedengaran satu keluhan kecil daripada Rafiq. Manakala Rayyan sudah merenung tajam ke arah adik kembarnya, Daniel.

“Apa pandang Dan macam tu?” soal Daniel. Keningnya terjongket sedikit. Pelik apabila dua pasang mata itu memandangnya seperti mahu telan.

Bam! Tapak tangan Rayyan menepuk kuat meja makan. Tanpa berkata apa, kerusi yang didudukinya ditolak ke belakang. Dia bingkas bangun. Segala fail dan komputer riba di atas meja dikemasnya. “Blah.” Sepatah sahaja perkataan yang keluar daripada mulutnya.

Rafiq yang faham mengangguk kecil. Dia turut bangun dan membantu Rayyan mengemas.

“Eh, korang nak pergi mana? Kata ada benda nak bincang.” Daniel sudah berkerut hairan.

Anak mata berwarna biru milik Rayyan memandang tepat ke dalam anak mata kehijauan milik Daniel. “Office.”

What? Seriuslah bang? Dan penat datang sini, tiba-tiba abang suruh balik office? Apa ni?” soal Daniel tidak berpuas hati. Giginya diketap.  Baru sampai, sudah disuruh balik.

Office or she will die.” Mata helang Rayyan memandang sesaat ke wajah gadis di sebelah Daniel. Bibirnya tersenyum sinis sebelum kaki mengatur langkah keluar dari restoran itu.  Rafiq mengikutnya daripada belakang.

Melihat pemergian dua lelaki itu, Daniel mendengus geram. Dia bingkas bangun. Belum pun panas punggungnya di situ, sudah diarah balik.  Mahu membantah, takut ditembak pula.  Abangnya itu kejam lain macam.

“Eh, you nak pergi mana?” 

Daniel memandang ke wajah gadis yang menyoal.  “Ada kerja. You makanlah seorang. Okay? Nanti I call.” Usai berkata, Daniel bergegas keluar dari restoran itu. Langkah Rayyan dan Rafiq dikejar daripada belakang.  Mungkin silapnya juga kerana membawa teman wanita.  Rayyan sudahlah tidak suka pada kaum hawa.  Lagi-lagi mereka mahu berbincang soal kerja.  Memang patutlah Rayyan marah. 

Dek kerana tergesa, tanpa sengaja dia merempuh seseorang yang baru keluar dari kedai alat telekomunikasi. 

Argh!”

Daniel terpinga-pinga mendengar erangan halus itu. Dia memandang gadis yang menjadi mangsa rempuhannya tadi. Gadis itu sudah terduduk di atas lantai simen. 

“Err... Are you okay?” soal Daniel sambil menggaru belakang kepalanya.

Gadis itu tidak menjawab. Dia bingkas bangun.  Tapak tangan mengibas bahagian punggung, menghilangkan sisa kotoran yang melekat.  Sebaik wajahnya diangkat, matanya membulat.  “Encik lagi?”

Daniel mengerutkan kening. Gadis bertudung di hadapannya itu dipandang atas bawah. “Kita pernah jumpa ke?” soalnya pelik.  Setahunya, dia tidak pernah berkawan dengan mana-mana gadis bertudung. 

“Huh, kecilnya dunia ni asyik berjumpa orang yang sama.”

Daniel yang mendengar bebelan gadis itu menggaru kening.  Orang sama?  Sungguh dia tidak faham.

“Apa hal ni?” Rafiq yang baru tiba di sebelah Daniel menyoal.  Tidak jadi dia mahu masuk ke dalam kereta tadi apabila melihat insiden itu.

BABY GIRL MR ICEBERG (TERBIT)Where stories live. Discover now