GETARAN daripada telefon bimbit yang berada di dalam poket seluar menyentakkan Rafiq yang baru sahaja mematikan enjin kereta. Telefon bimbit dikeluarkan. Skrin dipandang, melihat nama pemanggil.
Rayyan Louise.
Dengan rasa malas, panggilan itu dijawab. Corong telefon didekatkan ke telinga. "Hello..."
"Mana?"
"Macam biasa. Kenapa?"
"Buat apa kat sana? Kau memang tak nak masuk office dah ke? Nama je PA, tapi asyik tak ada." Kedengaran dingin sahaja suara Rayyan berkata.
Rafiq mengeluh pendek. "Tak masuklah. Lagipun tak ada hal pentingkan hari ni?""Okay."
Panggilan dimatikan begitu sahaja. Rafiq menjarakkan telefon bimbitnya daripada telinga. "Tak guna betul dia ni. Gitu je matikan panggilan," omelnya. Telefon disimpan semula ke dalam poket seluar. Pintu kereta dibuka dan dia melangkah keluar.
Masuk sahaja ke dalam restoran, dia terus menuju ke kaunter. Punggung dilabuhkan di atas sebuah kerusi. Sebuah fail berkulit keras dicapai. Dibuka fail itu lalu disemak isi kandungan di dalamnya. Ala maklum sudah lama tidak usya restoran sendiri walaupun ia terletak sekangkang kera dari rumahnya. Yang dia tahu, restoran elok dan untung masuk. Tiada rugi. Itu saja. Cuma semenjak dia tahu Arya kerja di restoran itu, barulah dia rajin sikit hendak ke situ. Itu pun kerana ada agenda sendiri.
"King!"
Bebola mata Rafiq melilau mencari arah datangnya jeritan itu. Berkerut dahinya melihat dua orang lelaki yang baru masuk ke dalam restorannya itu.
"Yo! What's up King? Apa macam, sihat tak? Lama tak jumpa kau. Dah dekat sebulan siot," sapa Isyraf sebaik berhenti di hadapan Rafiq. Bahu Rafiq ditepuk kasar.
"Macam yang kau lihat, aku sihat. Kau, bukan kat Brunei sana? Bila balik?" soal Rafiq. Pelik dengan kehadiran tidak diundang dua lelaki itu.
"Hari tu. Saja. Kat sana tak buat apa, datang sinilah." Isyraf membalas.
Rafiq angguk kecil. "Apa hal datang sini? Mimpi apa?"
"Tak boleh ke kami nak datang?" Sinis KG menyoal. Dia melangkah ke arah sebuah meja makan VIP. Kerusi ditarik lalu punggungnya dilabuhkan di situ. Isyraf turut melakukan hal yang sama.
"Memang. Korang tak diundang pun untuk datang. Sebenarnya semua nak makan je cari aku je kan? Nak makan percuma. Haih, nasiblah aku ni baik dengan member," omel Rafiq. Fail-fail berkaitan restorannya yang berada di atas meja kaunter diangkat lalu kakinya melangkah ke meja di mana adanya KG dan Isyraf. Dia duduk di kerusi kosong bersebelahan dengan KG.
KG mengerling Rafiq sekilas. Komputer riba yang dibawanya diletakkan di atas meja lalu dibuka. "Semalam kau ada seru kitorang. Tak ingat ke?" soalnya dengan jemari lincah menaip sesuatu pada kekunci komputer riba.
Terbuntang biji mata Rafiq mendengar soalan daripada sahabatnya itu. "Aik! Bila masa aku seru korang? Chat pun tak ini kan nak seru. Pelik," ujarnya kehairanan. Telefon bimbitnya dikeluarkan dan dia memeriksa sesuatu iaitu log panggilan. Manalah tahu kot-kot dia tengah mabuk dan dia tercall si KG atau Isyraf. Tetapi tiada.
YOU ARE READING
BABY GIRL MR ICEBERG (TERBIT)
RomancePrak! "My phone!" "RIP for your phone." "Encik! Hei! Telefon saya siapa nak ganti?" "What? Not my problem, dude." Bermula dengan pertemuan yang tidak dijangka itu, berakhir dengan sebuah perkahwinan. Daripada stranger, kepada husband and wife. ...