BAB 9

35.7K 2.3K 160
                                    

DULANG berbentuk empat segi itu ditatang penuh berhati-hati. Nombor meja dicari.

Table 15.

Arya melangkah ke meja bulat yang terletak berhampiran dengan pintu masuk restoran itu. Terdapat beberapa orang lelaki di meja itu. Semuanya nampak seperti... Berkarisma. Betul ke? Entahlah, hentam saja.

"Encik, ni minumannya," ujar Arya, sopan. Gelas berisi minuman pelbagai jenis diangkat satu persatu dan diletakkan di atas meja bulat itu.

"Kenapa lambat sangat? Dah setengah jam aku tunggu. Buat air pun lama ke?" soal salah seorang daripada empat orang lelaki di meja itu.

"Err maaf. Ada masalah sikit tadi. Maaf sangat-sangat," jelas Arya lembut.

"Lembab! Kata restoran 5 bintang, tapi lembab macam ni."

Arya terkulat sendiri dimarah begitu. Apa masalah pun dia tidak tahu. Sudah dijelaskan, sudah minta maaf lagi, tetapi masih mahu marah.

"Makanan mana?"

Arya menggaru kening. "Sekejap lagi ya. Tangan saya dua je. Mana boleh nak bawa semua sekaligus," balasnya berani.

"Menjawab kau ya?"

"Encik tanya. Saya jawablah." Selamba Arya berbicara.

"Eh kau ni..."

"Saya pergi dulu." Arya laju memotong percakapan daripada lelaki pelik itu. Eh, bukan pelik. Tetapi gila.

"Woi! Aku tak habis cakap lagi!"

Arya tidak menghiraukan jeritan daripada lelaki itu. Dia terus menuju ke kaunter. Nafas lega dihela. Gila. Ini kali pertama dia bertemu pelanggan perangai sebegitu. Tak reti bersabar. Kasar pula tu.

"Kenapa?"

Arya tertoleh ke kanan apabila suara garau itu kedengaran di telinganya. "Tuan..."

"Kenapa? Aku dengar bising-bising tadi. Apa hal?" soal Rafiq.

Arya diam. Tidak tahu mahu menjawab apa.
"Aku tanya ni. Jawablah. Bisu ke?"

"Err, sebenarnya..."

"Yaya, ni makanan meja 15."

Arya memandang dulang yang diletakkan di hadapannya itu. Meja 15. Bala lagi.

"Tunggu apa? Hantarlah makanan tu," arah Rafiq.

Arya mengangguk akur. Dulang diangkat. Bismillah diungkap sebelum kakinya melangkah. Meja bernombor 15 dituju. Semakin hampir dia ke meja itu, semakin berdebar dirinya. Lagi-lagi apabila melihat pandangan tajam daripada lelaki yang memarahinya tadi. Arya cuba berlagak tenang.

"Encik, ni makanannya," ujar Arya dengan suara yang sedikit tenggelam. Satu demi satu pinggan makanan diletakkan di atas meja. Usai itu, Arya berura mahu pergi dari situ. Namun pegangan pada lengan kirinya menghalang Arya daripada terus melangkah.

"Aku tak habis lagi dengan kau."

"Lepaslah encik. Encik nak apa lagi?" soal Arya sedikit berang. Lengannya terasa sakit akibat cengkaman kuat daripada lelaki itu.

"Lepaskan dia."

Arya memandang ke arah gerangan yang bersuara. Nafas lega dihela apabila melihat wajah Rafiq. Fuh, mujur bosnya datang tepat pada waktunya.

"Rafiq Adrian..."

"Yes. Lama tak berjumpa ya, Izham Syaqirin," ujar Rafiq sinis. Lengan Arya yang dipegang oleh lelaki itu direntapnya kasar.

Arya laju menyorok di belakang bosnya itu. Kejap. Izham Syaqirin? Mengapa nama lelaki itu sama seperti... Izham Amirudin? Arya menggeleng. Kebetulan mungkin. Tetapi jika adik beradik, logik juga. Kerana keduanya biadab. Huhu. Suka sangat pegang orang.

BABY GIRL MR ICEBERG (TERBIT)Where stories live. Discover now