BAB 5

44.9K 2.4K 226
                                    

DULANG berbentuk empat segi tepat itu ditatang.  Di atas dulang itu ada sebuah mangkuk berisi sup sayur.  Bebola mata Arya melilau mencari nombor meja yang memesan sup itu.  Dalam dia sibuk mencari, tiba-tiba dia dilanggar oleh seseorang dan...

Argh!” Jeritan Arya bergema dek kerana sup yang dibawa di atas dulang tadi tertumpah dan mengena kakinya.

Beberapa orang pelanggan yang ada di dalam restoran itu bergegas bangun dan menghampiri Arya. Ada yang membantu Arya untuk duduk, ada yang membantu membuka kasut yang dipakai oleh Arya.

“Cik, maaf. Saya tak sengaja.” Suara seseorang meminta maaf.

Arya tidak membalas. Berkerut-kerut wajahnya menahan perit dan pedih. Air mata ditahan daripada gugur. Tak nak nampak cengeng sangat.

“Kenapa ni?”

Arya tersentak mendengar suara gerangan yang menyoal. Tidak perlu tengok, dia sudah tahu siapa.

“Bos, kaki Arya terkena sup panas tadi.”

“Hah?” Rafiq mengerutkan dahi. Dia memandang ke wajah Arya. Kemudian pandangannya beralih ke kaki gadis itu. Jelas kelihatan merah.

Korang berdua, papah dia ke kereta aku.” Rafiq memberi arahan kepada dua orang pekerja perempuan yang berdiri berhampiran dengannya. 

Dua orang pekerja perempuan itu akur.  Mereka terus memapah Arya keluar dari restoran itu. Rafiq ke kaunter sejenak. Pesanan dititipkan kepada pekerja yang menjaga bahagian kaunter.  Setelah itu, barulah dia melangkah keluar dari restoran.  Kereta Honda miliknya dituju. 

Thanks.  Sambung kerja korang. Kemas sekali yang bersepah tadi,” ujar Rafiq kepada dua orang pekerja yang membantunya. Dia terus masuk ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan lantas dipandu keretanya itu untuk ke klinik berdekatan.

“Lain kali buat kerja elok-elok sikit.  Cuai sangatlah kau ni. Asyik-asyik langgar orang je,” bebel Rafiq.

Air mata yang Arya tahan sejak di dalam restoran tadi automatik gugur apabila mendengar bebelan Rafiq. Dahlah sakit kaki. Kena bebel pula dengan bosnya itu.

“Jangan menangis. Jangan jadi lemah, cengeng, lembik.  Aku tak suka,” bebel Rafiq lagi.  Matanya fokus memandang jalan raya. 

Mendengar kata-kata Rafiq, Arya pantas menyeka air matanya dengan tapak tangan. Rasa nak marah, tapi kena sabar. Risau kena tinggal kat tepi jalan pula nanti. Lagi naya. Sabar dan tadah jelah telinga.

*****

KELUAR saja dari bilik doktor, bebola mata Arya melilau memandang sekeliling mencari kelibat Rafiq. Melihat lelaki  yang sedang duduk di kerusi menunggu, Arya terus atur langkah menuju ke arah lelaki itu. Perlahan saja langkahnya. Melecur di kakinya tidaklah terlalu teruk kerana ia cepat dirawat.

“Tuan...”

Rafiq yang sedang bermain dengan telefon bimbit mengangkat wajah.  Dia berpindah duduk ke kerusi bersebelahan, memberi ruang kepada Arya untuk duduk. 

Arya senyum tipis.  Dia duduk di atas kerusi yang tadinya menjadi tempat duduk Rafiq.

“Dah siap ke?” soal Rafiq, memandang wajah Arya.

BABY GIRL MR ICEBERG (TERBIT)Where stories live. Discover now