SEGALA buku dan alat tulis yang bersepah di atas meja batu itu dikemas dan dimasukkan ke dalam beg. Sesekali matanya mengerling ke arah jam tangan yang dipakai. Aduh, laju pula jarum jam itu bergerak.
“Kau tergesa ni, nak pergi mana? Kerja tak siap lagi tu.” Nadia yang duduk di kerusi batu bersuara.
“Aku dah lambatlah,” balas Arya. Beg digalas.
“Lambat apa?”
“Pergi kerjalah. Dah pukul berapa dah ni. Dahlah, apa-apa nanti WhatsApp je. Aku balik dulu. Bye.” Usai mengucapkan salam, Arya laju berlari meninggalkan taman di mana dia dan rakan-rakannya membuat study group. Tidak dihiraukan mata-mata yang memandang ke arahnya. Yang penting sekarang ini adalah dia perlu segera sampai ke tempat kerjanya.
Buk!
Tubuh Arya terdorong ke belakang. Oleh kerana tidak dapat mengimbangkan tubuh, dia terus jatuh terduduk di atas jalan tar itu.
“Adoi...” Arya menyeringai sakit apabila punggungnya terhentak kuat. Sudahlah terhentak di atas jalan tar yang panas.
“Are you okay?”
Arya tidak menjawab soalan yang diajukan. Tolak tepi rasa sakit di punggungnya itu, dia bangun. Matanya mencerlung tajam memandang lelaki di hadapannya itu. “Buta ke? Main langgar je.”
“Eh, salah you. Kenapa marah I pulak?”
“Apa pulak salah aku? Aku jalan elok dah. Kau yang langgar aku.” Arya tidak mahu kalah. Beg di belakang tubuhnya dibetulkan.
Lelaki itu tersenyum sinis. “Hello cik adik, you tu yang langgar I. Kalau berlari kemain laju macam kereta api, mana nak nampak orang lain. Main langgar je. Hah, tulah padahnya. Sakit tak?”
Arya mendengus geram mendengar kata-kata yang dilontarkan lelaki itu. Sempat matanya memandang ke arah kad yang tergantung pada leher lelaki itu. Izham Amirudin. Fuh, nama je cantik.
“Pandang apa tu? Usya nama I ke?”
Arya buat wajah jengkel. “Perasan sangat. Dahlah, masalah betul jumpa kau ni. Aku pergi dulu.”
Baru Arya nak sambung langkah, tiba-tiba lengan kirinya dipegang. Arya tersentak. Kepalanya menoleh memandang gerangan yang berani memegang lengannya itu. “Lepas!”
“Okay, okay. Maaf.”
“Biadab kau ya? Sesuka hati nak pegang orang. Tak tahu hukum ke?” Garang Arya menyoal.
“My name, Izham Amirudin.”
“Eh? Tak nak tahu pun,” ujar Arya selamba. Dia soal lain, lelaki itu kata lain.
Izham tersenyum. Sedikit pun tidak terkesan dengan layanan kasar daripada gadis itu. “Nama you?”
“Tak perlu tahu.” Sejurus itu, Arya melangkah laju meninggalkan lelaki bernama Izham itu sendirian. Jam tangannya dikerling lagi. Membulat terus mata Arya. Dia sudah benar-benar terlewat untuk ke tempat kerja.
Keluar saja daripada pagar utama, matanya melilau memandang jalan raya. Nasibnya baik apabila kebetulan ada sebuah teksi melalui kawasan itu. Arya terus menahan. Sebaik teksi berwarna merah itu berhenti, dia terus masuk ke dalam.
YOU ARE READING
BABY GIRL MR ICEBERG (TERBIT)
RomancePrak! "My phone!" "RIP for your phone." "Encik! Hei! Telefon saya siapa nak ganti?" "What? Not my problem, dude." Bermula dengan pertemuan yang tidak dijangka itu, berakhir dengan sebuah perkahwinan. Daripada stranger, kepada husband and wife. ...