BAB 6

43.4K 2.4K 537
                                    

BANG BANG!

Beberapa das tembakan dilepaskan oleh Rayyan, membuatkan beberapa biji buah epal yang tadinya elok tergantung bersepai. Rayyan tersenyum puas hati seraya mengucup sniper kesayangannya itu.

"Tak ada tempat lain dah ke nak menembak?"

Kepala Rayyan tertoleh ke belakang, memandang gerangan yang menyoal. Dahinya berkerut. Pelik melihat Daniel elok sahaja duduk di atas sebuah kerusi kayu tidak jauh dengannya itu.

"Bila kau balik?" soal Rayyan, meletakkan sniper berwarna biru tua miliknya itu ke sisi.

"Baru. Bang, kenapa dok menembak malam-malam gini? Kalau jiran lain nampak, tak ke masalah nanti," ujar Daniel, mengingatkan si abang. Yalah, sebelum ini abangnya akan membuat latihan menembak di tempat khas yang disediakan. Bukannya di kawasan terbuka sebegitu. Tak naklah timbul apa-apa masalah dengan jiran nanti.

"Hilangkan stress." Mudah jawapan daripada Rayyan. Tubuh direbahkan di atas lantai rooftop.

"Agak-agaklah nak hilangkan stress sekali pun. Ganggu jiranlah," omel Daniel.

"Diamlah kau."

Daniel mencebik. Dia turun daripada kerusi lalu mengambil tempat di sebelah Rayyan. "Abang..."

"Hmm..." Rayyan berdehem menyahut panggilan Daniel. Mata asyik memandang dada langit yang penuh dengan bintang. Indah.

"I love you..."

Dahi Rayyan berkerut halus. Toleh ke sisi, wajah Daniel dipandang tidak berkelip.

Daniel yang perasan dengan pandangan abangnya segera menoleh. "Kenapa pandang Dan macam tu? Salah ke cakap I love you dekat abang sendiri? Sweetkan?" Daniel tersengih menayang gigi yang putih dan tersusun rapi itu.

"Banyaklah kau punya sweet," omel Rayyan. Kepala Daniel ditunjal dengan jari telunjuknya.

Daniel ketawa terbahak-bahak. Suka benar dapat menyakat abang kembarnya itu. Beberapa saat kemudian, barulah tawanya berhenti. Daniel berdehem kecil. "Abang..."

"What?"

"Abangku sayang..."

Rayyan mendengus geram. Dia bingkas bangun daripada baringan lalu leher Daniel dicekiknya geram. "Kau nak apa hah? Sengaja nak gaduh?"

"Abang! Jangan bunuh Dan!" Daniel terjerit sambil berusaha menolak tangan Rayyan yang berada di lehernya itu.

"Memang aku nak bunuh kau!" hambur Rayyan. Semakin kuat leher Daniel dicekiknya.

"Abang... Uhuk!"

Melihat Daniel sudah mula terbatuk, barulah Rayyan lepaskan leher lelaki itu. Puas hati!

"Tak sayang Dan ke? Sakit tau!" bebel Daniel. Lehernya diusap perlahan.

Rayyan buat wajah tidak bersalah. Tubuhnya kembali berbaring di atas lantai. Tangan kanan diletakkan di belakang kepala sebagai bantal.

"Abang, Dan ada benda nak tanya."

"Apa?" soal Rayyan tanpa memandang ke arah Daniel.

BABY GIRL MR ICEBERG (TERBIT)Where stories live. Discover now