"RAY..."
Rayyan yang baru selesai membancuh nescafe panas menoleh. Keningnya terjongket sedikit. Pelik dengan kehadiran Daniel di pantri itu. Daniel seorang yang pemalas. Apa yang merasuk lelaki itu sehingga sanggup mencarinya di pantri.
"Why?" soal Rayyan, atur langkah mahu ke bilik pejabatnya semula.
"Dan laparlah," adu Daniel, bersama muncung di bibir.
"Hah?"
"Lapar. Dan lapar." Daniel mengulang aduannya. Siap pakej usap perut lagi mahu menunjukkan yang dia benar-benar lapar.
"Seriously Dan?" Rayyan seperti tidak percaya. Mereka baru makan tengahari dua jam yang lepas. Dan kini adiknya mengadu lapar. Perut atau tong?
"Yalah. Nak buat macam mana. Dah perut ni nak lapar. Lagi pun takkan abang lupa apa King suruh abang buat semalam?" Daniel menyoal. Rambut biru abangnya sengaja diusik.
Rayyan diam untuk beberapa saat. Mengingatkan tentang itu, terlepas satu keluhan daripadanya. Tangan Daniel yang bermain di rambutnya ditepis perlahan.
"Jom... Pergi restoran King," ajak Daniel.
Rayyan mengeluh kecil. Mug berisi nescafe panas itu diletakkan di atas meja. "Sekarang?"
Daniel mengangguk laju. Bibirnya sudah tersenyum.
"Fine. Tunggu bawah. Nanti aku turun." Rayyan akur. Mujurlah dia tiada sebarang mesyuarat penting pada petang itu.
"Yeah! Dan naik abang ya? Boleh? Boleh tak?"
"Dah kenapa? Kereta ada kan?"
"Tak nak drive. Tangan sakit. Tak boleh pegang stereng." Daniel cuba berdalih.
Mengecil mata Rayyan memandang adiknya. Seriuslah?
"Please..." Daniel sekali lagi membuat wajah comel.
Rayyan cuba sabarkan hatinya. Benarlah kata sahabatnya sebelum ini. Dia terlalu manjakan Daniel. Lihat? Seperti budak lima tahun sahaja perangai adiknya itu. Mujur sayang. Jika tidak, sudah dilempar ke luar bangunan.
"Boleh tak? Bolehkan?" soal Daniel. Masih menunggu jawapan abangnya.
Rayyan menarik nafas dalam lalu dihela perlahan. Sabar Rayyan. Dugaan dapat adik sebegini. Adiknya itu istimewa. "Fine."
"Yeah! Love you brother!" Daniel terus meluru ke arah Rayyan. Tubuh Rayyan dipeluk erat lalu dikucup kedua belah pipi abangnya itu.
Rayyan hanya membiarkan. Sudah biasa dengan semua itu. "Nah, tunggu dalam kereta. Tapi jangan usik barang dalam tu. Faham?"
Daniel menyambut kunci kereta yang dihulurkan. "Baik bos. Tak usik. Janji."
"Buktikan. Aku tak percaya janji kau," ujar Rayyan mendatar.
"Okay," balas Daniel sambil tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi.
"Pergilah turun. Tunggu apa lagi?" soal Rayyan apabila melihat adiknya masih berdiri di situ.
"Hehe nak pergilah ni. Jangan lambat tau. Mati kebulur kesayangan abang ni nanti."
YOU ARE READING
BABY GIRL MR ICEBERG (TERBIT)
RomancePrak! "My phone!" "RIP for your phone." "Encik! Hei! Telefon saya siapa nak ganti?" "What? Not my problem, dude." Bermula dengan pertemuan yang tidak dijangka itu, berakhir dengan sebuah perkahwinan. Daripada stranger, kepada husband and wife. ...