90 votes + 25 comments
Jungkook memandang kearah Minjung.
"kenapa tak cakap awal-awal yang korang kena pergi sekolah?" soal Jungkook.
"M-minjung ingat, pak cik dah tahu" balas Minjung.
"Ergh, Esok pak cik uruskan pasal sekolah tu, hari ni duduk rumah dengan penjaga korang" kata Jungkook.
"Penjaga kitorang tu, lelaki ke perempuan?" Jaemin menyoal.
"perempuan" balas Jungkook.
"cantik tak?" Soal Jaemin lagi.
"Eh, lebih-lebih pula. Dahlah, pak cik nak kena pergi dah ni" kata Jungkook lalu melangkah keluar dari bilik itu.
☆☆☆☆
Jimin memandang kearah Jungkook yang sedang memakai kasut itu.
"kau pasti tak nak jumpa penjaga tu dulu?" Jimin menyoal, ialah Jimin pun tidak kenal siapa gadis itu, tiba-tiba sahaja menjadi penjaga kepada anak buah Jungkook.
"Jangan risaulah, aku dah pernah jumpa dia sebelum ni" balas Jungkook lalu gegas berdiri.
"Eish, payahlah cakap dengan kau ni" balas Jimin lalu berjalan meninggalkan Jungkook.
"Ha, kau jangan lupa pula yang kau tu penulis dialog. Baik kau pergi sambung tulis dialog drama tu" pesan Jungkook sebelum dia menutup pintu rumah.
☆☆☆☆
Kim Juyeon POV💚
Juyeon mengetuk pintu rumah agam yang sebesar bangunan Colosseum itu. Ceh, melebih sangat tu.
Sebaik sahaja pintu itu dibuka, terpampar wajah seorang lelaki.
"Kim Juyeon?" lelaki itu menyoal.
"ya, saya" balas Juyeon.
"Saya rasa, macam Encik Jeon Jungkook yang panggil saya datang sini" kata Juyeon apabila dia berasa hairan akibat orang lain yang membuka pintu.
"Oh, saya Park Jimin. Housemate Jeon Jungkook" jawab Jimin.
"Ohh" balas Juyeon setelah dia memahami situasi.
"Masuklah, budak-budak tu ada dekat dalam bilik" kata Jimin sambil mempelawa Juyeon untuk masuk.
☆☆☆☆
"Nama akak siapa?" Jaemin menyoal.
"Umur akak berapa?" Minjung pula menyoal.
"Kakak kerja apa?" Jaemin menyoal.
"Kakak penjaga kami ke?" tanya Minjung.
"Akak dah ada teman lelaki ke?" tanya Jaemin pula.
Juyeon menahan ketawanya, kanak-kanak ini sungguh comel.
"jawab soalan akak dulu, baru akak jawab soalan korang" ujar Juyeon.
"Tanyalah" balas Minjung.
"nama korang apa? umur korang pula berapa?" Juyeon menyoal.
"Na Minjung, saya 7 tahun" kata gadis kecil itu disertai dengan senyuman manis.
"Saya! Saya! Nama saya Na Jaemin, umur saya 5 tahun" jerit Jaemin dengan penuh riang.
Antara sebab mengapa Juyeon suka menjaga kanak-kanak, kerana telatah mereka sungguh comel! kalau nak dibandingkan bekerja di pejabat dan menghadap orang-orang yang membosankan itu.
"Nama akak, Kim Juyeon. Umur akak rahsia ehehe" kata Juyeon.
"akak ada teman lelaki ke?" tanya Jaemin.
"Eish, dari tadi asyik tanya benda yang sama je" marah Minjung.
"alah, biarlah!" balas Jaemin.
"Tak, akak tak ada teman lelaki" balas Juyeon jujur.
"Ok! Jaemin jadi teman lelaki akak!" kata Jaemin.
"Ahahaha, boleh-boleh" balas Juyeon.
"Eleh, ngada" kata Minjung kepada Jaemin.
☆☆☆☆
Jungkook melangkah masuk kedalam rumahnya. Jarum pada jam menunjukkan pukul 10 malam.
"Jungkook, anak buah kau.." ayat Jimin tergantung.
"Kenapa? diorang sakit ke?" Jungkook menyoal lalu berlari pantas ke bilik mereka.
"Eh, aku tak habis cakap lagi!" teriak Jimin apabila kelihatan Jungkook sudah mengangkat kaki ke bilik anak buahnya itu.
Sebaik sahaja Jungkook tiba di bilik anak buahnya, kelihatan mereka berdua sedang baring diatas katil 2 tingkat itu.
"Ada yang sakit ke?!" soal Jungkook.
"Tak mana ada" kata Minjung.
"Pak cik, tolong bacakan buku cerita sebelum kitorang tidur" kata Jaemin dengan riak wajah yang comel.
Oh, ini yang Jimin maksudkan.
☆☆☆☆
"
Jimin, tolong call Juyeon. Cakap dengan dia berhenti jaga anak buah aku sampai pukul 5 petang" kata Jungkook sebaik sahaja dia menuruni anak tangga.
"wae? dia ada buat salah ke?" Jimin menyoal.
"Nope, aku nak suruh dia jaga anak buah aku selama 3 bulan ni sepenuh masa, aku tak larat nak bacakan bedtime story setiap malam" kata Jungkook.
"Maksud kau, 24 jam?" Jimin ingin mendapatkan kepastian.
"Senang cerita, biar dia tidur sini, kan ada bilik kosong lagi" kata Jungkook.
"kau pasti?" Jimin menyoal lagi.
"Dahlah weh, bagi je dia tidur sini dan jaga anak buah aku selama 3 bulan ni, tak adalah hidup kau dengan aku susah nanti nak kena jaga si dua budak tu" kata Jungkook.
"Nanti aku bincang dulu dengan dia" kata Jimin.
"Aku harapkan jawapan yang bagus selepas itu"
TBC
Ha, sila spam komen dan vote muahahaha, baru cepat aku update, kan?
YOU ARE READING
✔ Encik Anti-Teknologi
Fanfiction▪︎Mengapa Jeon Jungkook sanggup mendaki tangga untuk ke tingkat 11 sedangkan ada lif?▪︎ 《Jeon Jungkook Fanfiction feat. Na Jaemin 》 《🔹️Menampilkan Sedikit Pengetahuan Kimia🔹️》