3: Katil

4.4K 849 213
                                    

80 votes + 25 comments

Jimin memandang wajah rakan karibnya itu.

"Serious lah, 3 bulan?" kata Jimin.

Jungkook sekadar mengangguk dan mengeluh perlahan.

Jaemin dan Minjung terduduk elok diatas sofa yang terletak berhadapan dengan sofa yang Jungkook dan Jimin duduk.

"Maaflah weh, aku boleh lagi kalau nak tolong kau dalam uruskan benda lain. Tapi bab jaga budak ni, memang aku tak lulus" kata Jimin sambil memandang kearah anak buah Jungkook itu.

"Pak cik tak nak jaga kitorang ke?" Minjung menyoal akibat pening dengan keadaan itu.

"Habis tu.. kitorang kena tidur bawah jambatan lah malam ni?" Jaemin pula menyoal.

"Okay! cukup!" akhirnya Jungkook hilang sabar.

Sekeping kad nama diambil atas meja makan yang diletakkannya semalam.

Lantas Jungkook menyuruh Jimin untuk mendail nombor itu.

Trutt.. Trutt...

"hello?" panggilan mula tersambung.

"Jungkook,dia dah angkat" kata Jimin sambil menghulurkan telefon itu kepada Jungkook.

"Ini, cik Kim Juyeon ke?" Jungkook menyoal.

"iya saya" balasnya.

"Ini aku, lelaki yang pernah terperangkap dalam lif dengan kau hari tu" ujar Jungkook.

"oh! pengarah drama what's wrong with secretary king kong tu kan?" balas Juyeon dengan teruja.

Jungkook tersengih bangga buat seketika apabila dia dikenali.

"ya, itu aku" balas Jungkook dengan bangganya.

"Ceh" kata Jimin selaku orang yang memegangkan telefon itu buat Jungkook.

"Biarlah" balas Jungkook sambil menjeling kearah Jimin.

"kenapa ya awak call saya?" Juyeon menyoal.

"aku nak minta kau jaga anak buah aku" kata Jungkook.

"oh, boleh je. Nanti share location dan bagitahu sekali masa yang awak nak saya jaga mereka" kata Juyeon.

"ok, nanti aku bagi" kata Jungkook lalu panggilan itu ditamatkan.

"Jimin, tolong share location dan bagitahu dia yang jaga diorang ni dari pukul 7 sampai pukul 5 petang" kata Jungkook.

"ok, jangan risau, nanti aku buat" kata Jimin.

"Yang kenetot dua orang ni, meh sini ikut pak cik" kata Jungkook kepada anak buahnya itu.

☆☆☆☆

"yang ni bilik korang, katil atas, katil Minjung, katil bawah, katil Jaemin" kata Jungkook sebaik sahaja masuk ke dalam bilik itu.

"tapi Jaemin nak katil atas" adu Na Jaemin sambil mencebik.

"Mana boleh! kakak yang dapat katil atas" balas Minjung.

"Tak nak! Jaemin nak katil atas!" teriak Jaemin.

Jungkook menyentuh dahinya akibat pening dengan gelagat anak buahnya itu.

"ok! esok pak cik beli katil dua tingkat satu lagi untuk Jaemin, nanti dua dua tidur dekat atas" kata Jungkook.

"Ok, janji tau" kata Jaemin lalu mengeluarkan jari kelingkingnya.

"iya janji" kata Jungkook.

"pak cik kena buat macam ni, baru betul janji" kata Jaemin lalu menarik jari kelingking Jungkook dan di silangkan dengan jari miliknya. Pinky Promise.

"apa-apa jelah" kata Jungkook lalu menarik semula jarinya.

Secara jujurnya, Jungkook tak berapa suka akan kanak-kanak, baginya, mereka itu menyerabutkan dan menyusahkan.

"ada apa-apa lagi?" Jungkook menyoal kepada Minjung dan Jaemin.

Lantas mereka berdua menggeleng laju.

"okay, good, pak cik nak pergi kerja. Dalam sejam lagi, penjaga korang sampai" kata Jungkook.

"urmm, tapi Pak cik" kata Minjung itu membuatkan Jungkook berpaling kebelakang.

"ya, apa lagi Na Minjung?" Jungkook menyoal.

"esok kitorang kena pergi sekolah" kata Minjung.

"wait, what?!"

TBC

iyeer aku tahu cerita ni nampak macam boshan.

Jangan risau sebab jalan cerita yang menarik belum mula lagi. Part comel-comel pun belum muncul lagii sabo jap. Tau!



✔ Encik Anti-TeknologiWhere stories live. Discover now