14: Try

3.8K 633 212
                                    

150 votes + 50 comments

▪︎▪︎▪︎▪︎

Sebelum mula membaca , aku sarankan kau ada data dan internet yang laju supaya tak ganggu mood membaca❤

▪︎▪︎▪︎▪︎

Jeon Jungkook dan Kim Juyeon sedang duduk di kerusi yang terletak di dalam sebuah restoran.

Jungkook menawarkan diri untuk belanja gadis itu untuk makan tengah hari dan makan bersama dengannya sebaik sahaja selesai membeli barang keperluan tadi.

Lagipun, tinggal lagi setengah jam sebelum Jaemin dan Minjung selesai bermain di taman permainan yang terletak di tingkat 2.

Setelah Jungkook dan Juyeon membuat pesanan keadaan kembali kekok.

Makin bertambah rasa kekok apabila Jeon Jungkook tidak berhenti merenung kearah gadis itu.

Juyeon mengalihkan pandangannya kearah lain sambil dia cuba mengabaikan pandangan Encik anti-teknologi itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Juyeon mengalihkan pandangannya kearah lain sambil dia cuba mengabaikan pandangan Encik anti-teknologi itu.

Tapi Jeon Jungkook kekal merenung kearahnya dengan pandangan yang sama.

Juyeon kembali memandang kearah Jungkook, tepat memandang anak mata jejaka itu.

"Jungkook, awak ok?" Juyeon mula bersuara.

"Ok" balas Jungkook sepatah lalu dia kembali merenung gadis itu.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Juyeon menyoal.

"Tak, aku cuma terfikir sesuatu" balas Jungkook.

"Apa?" Juyeon menyoal lagi.

"Kalau aku pegang tangan kau, maksudnya, aku boleh sentuh dan guna semua alat elektrik kan?" Jungkook menyoal gadis itu.

"Nampak gayanya, macam tulah" balas Juyeon sambil tersenyum.

Tiba-tiba sahaja Jungkook meraut tangan kanan milik Juyeon dengan lembut.

"Jadi, marilah kekal bersama buat selama yang mungkin!" ujar Jungkook dengan nada teruja.

Juyeon tergelak kecil lalu dia mengangguk tanda setuju.

Tidak salah, bukan? Jungkook dapat menggunakan alat elektrik dan Juyeon boleh rasa lebih sihat dah selesa sebab cas dalam badan mereka mula stabil.

☆☆☆☆

Juyeon mengebas pakaian yang basah itu berkali-kali sebelum menyangkutkannya pada besi ampaian.

Tiba-tiba sahaja dia rasa ada seseorang sedang memerhatikannya daripada belakang.

✔ Encik Anti-TeknologiWhere stories live. Discover now