200 votes + 100 comments
Park Jimin POV💚Jejaka yang memakai baju berlengan pendek bersama seluar pendek paras lututnya sahaja itu berjalan ke arah sofa sambil membawa secawan air coklat panas.
Tangan kanannya setia memegang cawan air manakala tangan kirinya mencapai alat kawalan jauh televisyen.
Satu keluhan berat dilepaskan dari mulutnya akibat lelah dengan aktiviti persiapan majlis kahwin sepupunya. Aduhai, sepupunya sudah mahu berkahwin, padahal dirinya masih kekal membujang.
Park Jimin menekan butang pada alat kawalan itu lalu skrin televisyen mula memaparkan siaran berita tengah malam memandangkan sekarang sudah masuk waktu 12 tengah malam.
"Sebuah rumah agam di atas bukit telah meletup mujur sahaja letupan kecil yang tidak membahayakan jiran lain yang tinggal berdekatan dengannya, punca kejadian telah disiasat dan mendapati sebuah bom telah meletup di dalam rumah itu sekitar jam 9 malam tadi" kata pembaca berita itu.
"Ish ish ish, rumah siapa yang meletup tu, aduhai" kata Jimin sambil menghirup sedikit air coklat panasnya.
Skrin di televisyen berubah dari memaparkan wajah pembaca berita ke tempat kejadian rumah meletup itu.
"PFFT!" habis tersembur air coklat dari mulut Park Jimin apabila melihat skrin televisyen sedang memaparkan rumah Jeon Jungkook.
"JEON JUNGKOOK!" teriak jejaka itu.
☆☆☆☆
Jeon Jungkook POV💚
"Err" Kim Juyeon tidak tahu mahu mulakan dari mana. Kena minta maaf dulu ke?
Lantas Kim Taehyung menunjal dahi adik perempuannya itu.
"Nasib baik kita semua sempat lari keluar dari rumah tu tau masa masih dalam kiraan 5, kalau tak? kita semua mati tahu tak?" marah Taehyung sambil memukul kepala Juyeon.
"Jaemin tak kisah pun kalau mati sama-sama dengan akak" si kanak-kanak lelaki itu mula menyampuk perbualan mereka.
Ya tuhan, adik, awak tu baru hidup berapa tahun.
Tanpa membuang masa, Minjung mencubit lengan Jaemin. Masa-masa macam ni tak sesuai nak ungkapkan ayat-ayat cinta!
"Aduh!" Jaemin mengaduh kesakitan.
"Habis tu, malam ni kita nak tidur dekat mana?" soal Minjung.
"Err..." Juyeon tidak tahu mahu mengatakan apa.
"Jom pergi tidur dekat rumah akak! yeaa!" laung Jaemin dengan penuh nada gembira. Oh, tolonglah, rumah baru lepas kena bom pun boleh lagi positif sebegini?
Jeon Jungkook kekal memandang ke arah rumahnya dari jauh. Sudah tentu mereka semua perlu lari daripada rumah itu, jika tidak nanti pihak polis akan mulakan soal siasat.
Mujur sahaja Taehyung berkata yang dia akan uruskan pemindahan nama, dia akan menukar nama Tuan Gukjae sebagai pemilik rumah itu secara senyap-senyap supaya pihak polis akan percaya yang Tuan Gukjae mati akibat bunuh diri. Padahal dia mati disebabkan dibunuh oleh Hoseok.
Jeon Jungkook menghembus nafas lega apabila memikirkan dia sempat mengambil beg dompetnya.
Mata jejaka kacak itu tertumpu pada Kim Juyeon apabila telefon gadis itu berdering.
YOU ARE READING
✔ Encik Anti-Teknologi
Fanfic▪︎Mengapa Jeon Jungkook sanggup mendaki tangga untuk ke tingkat 11 sedangkan ada lif?▪︎ 《Jeon Jungkook Fanfiction feat. Na Jaemin 》 《🔹️Menampilkan Sedikit Pengetahuan Kimia🔹️》