20: Majikan

3.1K 574 217
                                    

170 votes + 60 comments

Juyeon dan Taehyung kekal berdiri di hadapan muka pintu bilik tidur ayah mereka. Sementara menunggu private doctor selesai memeriksa Tuan Kim.

"Kenapa tak bawa ayah pergi hospital?"Juyeon menyoal Hoseok yang turut menunggu bersama mereka.

"Nanti kerajaan dapat kesan yang Tuan berada di situ. Lagipun, kumpulan Guk-jae tak boleh tahu yang Tuan berada dalam keadaan yang lemah macam ni. Nanti mereka mengambil kesempatan" balas Hoseok dengan penerangan yang panjang lebar.

"Kalau ayah mati, macam mana?" suara Juyeon sudah mula bertukar sayu.

Taehyung menepuk perlahan bahu adik bongsunya.

"Juyeon, ayah memang dah ada rekod sakit jantung sejak dulu. Kita tak boleh buat apa" balas Taehyung.

"Jawapan kau langsung tak membantu" balas Juyeon lalu menumbuk perlahan bahu Taehyung.

Telefon Kim Juyeon berdering menandakan ada panggilan masuk. Terus membuatkan keadaan menjadi senyap.

"Hello" Juyeon menyapa sebaik sahaja mengangkat panggilan daripada Park Jimin itu.

"Juyeon-shi, awak.. boleh balik awal sikit tak?" soal Jimin.

"Kenapa?" soal Juyeon.

"Err, Jaemin dan Minjung bela kucing, ada 4 ekor semuanya. Jadi, rumah,err.. agak berterabur" ujar Jimin dengan nada sedikit malu. Benda kecil macam tu pun dia dan Jungkook tak boleh nak uruskan.

"Laaa" balas Juyeon.

"Jadi, boleh tak awak balik awal sikit?" Jimin menyoal.

Juyeon memandang ke arah Taehyung dan Hoseok yang berdiri berdekatan dengannya.

"Saya balik dalam setengah jam lagi, tunggu kejap tau" balas Juyeon.

"Ok, terima kasih banyak-banyak, Kim Juyeon" kata Jimin sebelum panggilan itu ditamatkan.

"Aku kena pergi sekarang, nanti apa-apa call aku" balas Juyeon.

Cepat-cepat Kim Taehyung menarik pergelangan tangan Juyeon.

"Juyeon, temanlah ayah. Dia dah tak banyak masa" ujar Taehyung.

"Taehyung, aku sayangkan ayah. Tapi, kalau aku tak balik sekarang, rumah Jungkook akan jahanam" balas Juyeon.

"Juyeon" Taehyung menegaskan suaranya.

"Aku janji, lusa aku datang balik" balas Juyeon lalu dia beredar dari situ.

☆☆☆☆

Jimin membuka pintu apabila bunyi ketukan bertalu-talu dari luar.

Wajah Juyeon terpampar sebaik sahaja Park Jimin membuka pintu utama itu.

"Mana kucing-kucing tu?" soal Juyeon sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah itu.

"Dalam bilik Jaemin dan Minjung" balas Jimin dengan nada suara yang panik.

Terus Juyeon dan Jimin berlari ke arah bilik itu. Cepat-cepat Kim Juyeon memulas tombol pintu bilik itu.

Kelihatan Jeon Jungkook, Na Jaemin dan Na Minjung sedang berdiri di hujung sudut dinding sambil memerhatikan dua ekor kucing yang sedang mencakar-cakar cadar katil dua tingkat itu.

✔ Encik Anti-TeknologiWhere stories live. Discover now