120 votes + 40 comments
Jaemin menuangkan air didalam segelas cawan yang berwarna hitam.
"Jaemin, buat apa tu, sayang?" soal Juyeon yang baru sahaja melangkah masuk ke ruangan dapur.
"Ehehehe, tercabut jantung Jaemin bila akak panggil, sayang" balas kanak-kanak itu bersama sengihan.
Juyeon hanya memberikan senyuman. Layankan sajalah perangai Na Jaemin si kanak-kanak gatal ni.
Kim Juyeon berjalan mendekati peti ais apabila Jaemin mula membuka pintu peti untuk meletakkan semula botol air itu ditempat asalnya.
"Jaemin nak buat apa ni?" soal Juyeon. Nampaknya, Jaemin bukannya nak minum, tapi dia seperti mahu berikannya kepada seseorang.
"Nak bagi dekat pak cik, ehehe" balas Jaemin dengan sengihan.
Dia mula bawa cawan itu dengan penuh hati-hati. Selangkah demi selangkah dia berjalan menuju kearah bilik Jeon Jungkook.
"Nak akak tolong?" Juyeon cuba untuk menghulurkan bantuan. Nanti, kalau budak itu jatuh tergolek habis tumpah semua air dalam cawan.
"Tak apa, Jaemin nak buat" balasnya dengan nada suara perlahan. Takut air tu tumpah kalau dia jawab dengan suara kuat.
Walaupun tiada kajian sains yang sahih, tentang air akan tumpah kalau kita bersuara. Tapi sebagai seorang kanak-kanak, pemikiran dia lebih kreatif.
Jaemin mengetuk pintu bilik Jungkook menggunakan tumit kakinya memandangkan kedua-dua belah tangannya sibuk memegang cawan tersebut.
Kim Juyeon membantu Jaemin dengan memulas tombol pintu itu. Jaemin mula melangkah masuk kedalam bilik Jungkook.
"Pak cik!" kanak-kanak itu melaung dengan deras.
Juyeon kekal berdiri di muka pintu bilik itu sambil memerhatikan gerak-geri Na Jaemin.
"Ha, nak apa ni?" soal Jungkook yang sedang duduk diatas katil miliknya sambil matanya tertumpu pada kertas kerja.
"Nak bagi air" kata Jaemin sambil menghulurkan cawan itu kepada Jungkook.
Jeon Jungkook mengalihkan pandangannya kearah wajah Jaemin. Wajah yang tembam, polos dan sebahagian dahinya ditutupi dengan rambut miliknya.
Tipulah kalau nak kata yang Na Jaemin ini tidak comel. Dia terlalu comel, belum termasuk dengan tawanya yang selalu berbunyi 'ehehehe' itu.
Jungkook meletakkan kertas kerjanya ketepi lalu cawan yang berada ditangan Jaemin itu mula bertukar ke tangan Jungkook.
Jejaka itu mula meneguk air dengan perlahan.
"Minjung, mana?" soal Jungkook. Jujurnya, dia rasa kurang selesa sebab Juyeon sedang memerhatikan mereka dari muka pintu.
Seram semacam. Lagi-lagi bila Jungkook dapat tahu tentang Kim Juyeon lahir dengan cas proton yang berlebihan.
"Dia ada dekat dalam bilik, tengah tidur tengah hari" balas Jaemin.
Jungkook hanya mengangguk sebagai balasan.
"Ermm, pak cik, Jumaat ni sibuk tak?" Jaemin menyoal.
"Jumaat?" balas Jungkook sambil mengimbas kembali jadual kerjanya.
Jumaat ini tiada shooting jadi, tidak sibuklah jawabnya.
YOU ARE READING
✔ Encik Anti-Teknologi
Fanfiction▪︎Mengapa Jeon Jungkook sanggup mendaki tangga untuk ke tingkat 11 sedangkan ada lif?▪︎ 《Jeon Jungkook Fanfiction feat. Na Jaemin 》 《🔹️Menampilkan Sedikit Pengetahuan Kimia🔹️》